Selepas puas bercanda di pesisiran Pantai teluk Nipah.. Lepas makan tengahari maka bertolak balik ke Perlis yang tersayang.. segala kenangan semasa berada disana tetap terpahat dalam ingat, malahan menjadi kenangan yang tak kan luput ditelan zaman. kira-kira jam 1.00 tgh hari berangkat ke Jeti Pulau Pangkor dan sekitar Jam 2.30 petang baru sampai ke Jeti Lumut selepas singgah sana sini ikut laluan feri..
Dalam pukul 3.00 juga bertolak balik ke rumah.. Mulanya lepas naik kereta pakat dok bising lagi la.. makan jajan yang di beli di sekitar Jeti Lumut, tapi belum pon sampai Kawasan Seri Iskandar pakat lena abis dah.. tinggal abah dengan mama saja yang masih segar bersembang-sembang.. Punya lah depa pakat letih, sampai berhenti untuk solat di Hentian Taiping sapa pon tak terjaga.. menyenangkan lah mama dan abah untuk bergilir pergi solat..
opss selfie lagi atas feri masa nak balik
kenangan yang ditinggalkan
Comments