Skip to main content

Saya Pinjam ...


Semalam, keputusan UPSR telah diumumkan, ramai ibubapa yang pergi bersama anaknya untuk mengambil resultnya.. harap-harap bagi yang berjaya bersyukurlah.. dan kalau boleh tidak terlalu ditunjukkan kegembiraan yang keterlaluan dihadapan mereka yang kurang berjaya mau pon yang tidak berjaya. Sesungguhnya anak-anak ini masih terlalu mentah.. Bagi yang berjaya Alhamdulillah perkembangan anak mereka mungkin terkedepan dari yang belum berjaya, bukan bermakna anak-anak ni tidak boleh berjaya, bukan juga bermakna mereka tidak pandai.. tapi mereka belum sampai tahap untuk berjaya begitu.. percayalah.. bagi yang belum berjaya harapnya jangan di marahai malahan pujuk sebaiknya.. jalan di hadapan masih cerah..masih luas dan masih banyak kesempatan. 


Kata-kata ini saya simpan disini.. yang akan jadikan sepabagi pedoman kerana nanti saya juga akan sampai ketahap ibubapa pada anak2 yang begini.. Ya saya tahu ada ibu-bapa tercedera emosi melihat ibu-bapa lain meraikan kecemerlangan anak melalui status-status FB.
Mereka berdiam diri tidak mengklik apa-apa pun status kejayaan. Kita sebut Alhamdulillah atas kejayaan mereka. Kepada ibu-bapa yang anak-anak tidak mendapat kecemerlangan UPSR. Jangan gusar, bintang mereka akan bersinar selepas ini. Insya-Allah doa Puan dan Tuan ketika sujud akhir itu tidak sia-sia kerana Allah berikan ganjaran berdasarkan usaha bukan pada hasil.
Allah dengar dan Allah makbulkan.
Orang yang tewas dalam peperangan pun Allah kurniakan syahid kerana usaha bersungguh-sungguh mereka. Terus mendorong anak menggunakan cara Nabi. Berikan skrip harapan kepada mereka. Puji kejayaan kecil mereka. Letakkan A+ atas usaha sedaya mampu mereka. Mereka yang gagal ada cerita menarik untuk dikongsikan apabila mereka berjaya,
Bukankah itu yang kita mahu tonton di TV bagaimana hero tewas awal dan menang di akhirnya? Jika terlalu menang, hidup anak jauh lebih bosan juga. Benar? Jika ada bakat yang hidup dalam diri anak, temukan beliau dengan mentor dan kursus yang sesuai agar bakat biasa-biasa jadi mahal dalam pasaran. Antaranya yang saya tahu Foresight : Young Innovators' Studios
Kongsikan kepada beliau kisah kegagalan dakwah Nabi dan kegagalan tokoh-tokoh besar yang kemudian menemui kejayaan luar biasa. Kerap halakan mata mereka ke arah buku-buku kisah para tokoh ini di rumah. Jadikan ia kod fikiran yang baru, dimasukkan sedikit demi sedikit. Jadikan mereka berjiwa besar secara senyap-senyap. Laburkan wang untuk buku-buku sebegini. Jadikan mereka berjiwa besar secara senyap-senyap. Ini merupakan tulisan pelajar corot yang pernah gagal di sekolah, bahasa Inggerisnya cukup-cukup makan, tetapi Allah bukakan rezeki dari enam buah negara.
Berkat doa almarhum ibu yang tidak pernah putus ketika anakandanya gagal dan payah. Doa ibu yang sama seperti puan-puan diperlukan mereka ketika ini untuk kekal tabah membina masa hadapan. Dipetik dari :Zamri Mohamad

Comments

Popular posts from this blog

Kalau Grab di Perlis - Inspired By Copilot

Entri kira muat...

Kasihani lah....