August 2008

Sunday, August 31, 2008

Saturday, August 30, 2008

Raptai Kawad....


 
Sekitar Rehearsal kawad peringkat negeri Perlis 2008 yang diadakan di Stadium Utama Negeri.. ini belum hari jadinya.. kalau hari jadinya memang tak akan serupa dengan ini, kalau aku nak ceta memang tak best.. tapi tunggu tengok lah nanti.. mesti lain dari yang lain..  nanti kita tengok ye...apa-apa pun, gambar-gambar kat sebelah kiri tu adalah staf perpustakaan yang terlibat... cuma sorang yang tidak dapat hadir kerana kurang sihat.. yang sorang tu nampak sebelah saja muka dia.. mungkin dia malu kot.. he heee.. 
Err malam ni tak dak la ada entry yang panjang lebornya.. cuma sebagai hint untuk besok saja... he hee mesti lah lain jadinya.. tak akan serupa dengan kontijen lain samada yang bertanding atau di paksa sekadar mengambil bahagian.. mewakili jabatan masaing-masing.. Oh ya sedikit makluman... rancangan nya semua kontijen di kehendaki berada di tempat letak kereta Stadium Utama Negeri Kangar (tempat pasar malam), dalam pukul 9.30 baru la kontijen berkawad masuk dan berkumpul di tengah padang.. se lepas tu baru bermula acara di dalam stadium.... jenuh la kami semua lenguh kaki dok tunggu habis acara... kalau yang kurang sihat boleh pengsan di buatnya...

Thursday, August 28, 2008

12345... terimakasih


Hari ni, pada jam 5.20 petang blog meter dah mencecah 12345 page view.. terimakasih pada semua.. dan juga tak lupa harap maaf kerana tidak dapat nak update lagi ni.. tengah dok sibuk berkawad, lepas tu pertukaran tugas yang menyebabkan tiada daya nak buat update.. InsyaAllah lepas kawad ni ada cuti.. aku akan cuba nak update balik semua entry yang dah tertinggal tuh.. buat masa ni.. layan saja lah gambar-gambar yang ada, mungkin gambar dapat menceritakan segalanya kalau pun tak semua.. tapi sebahagian nya dah ada di situ... sekali lago tocce.. tocce.. lawat lah selalu blog ini.. (eweeekkk..!!! haa haaa..!! )

Wednesday, August 27, 2008

Monday, August 25, 2008

Makan-makan yang tak syok....


Tadi kan balik saja dari keja, mem aku ajak gi makan, nak cari ais krim katanya.. emm maksud aku ABC.. alah dah petang macam ni.. susah jugak nih... jadi keluar lah petang tu, dengan hajat nak cari ABC... selepas bertukar-tukar fikiran, pendapat, cadangan.. maka kami mengambil kesimpulan nak gi maka kat gerai-gerai depan Stesyen BAs Ekspress tu, alah yang dekat Bulatan Jalan bukit Lagi tu.. sebelah dengan tokong sayur tuh... sampai saja nak masuk kat area tuh dah pukul 7 lebih dah, korner saja nak masuk, dah kena bayar parking singgit, aik dah la lom masuk lagi, pastu dah kol 7 pon masih kutip parking????? hmm dah park keta  tengok ada 2, 3 buah gerai yang di buka.. satu gerai bola sepak, satu gerai kat atas tu, dan satu lagi gerai nasi kandar kat sebelah hujung nun...


Mula-mula tu nak lepak kat gerai bola tuh, dah tak dak ABC.. pergi gerai seblah dia.. tengok-tengok ada mesin ais.. ha kira jadi la.. lepas tu kami duduk saja, datang lah pelayang kedai, emm tengok muda lagi.. segakpulak tu.. hah ok lah tu kan..? lepas tu order makan, aku mintak mee goreng tu, mana kala mema aku order nasi pataya.. bila tanya ABC.. dia cakap tak dok.. ais nya lom sampai.. adehhhh takkan la nakbangunpulok kan, dah la parking dah bayar.. tunggu saja lah, nak buat macam mana tak dak rejeki nak makan ABC kan? Esok-esoklah pulak gi cari... emm aku pon order la air oren sunkist tuh, mem aku lak order jus epal.. lepas 15 minit, sampai lah makannya.. aik air lom buat la pulok.. kena tunggu lagi 10 minit.. sambil-sambil tuh kami makan la cubit-cubit .. sementara air nak sampai.. mee tu rasanya ok jugak, nasi pataya tu mema aku kata kurengg la... lepas tu baru la air sampai.. athiranh tengok ada ais dia pob nak tumpang sama la.. amik jer gelas tu, aku cicip lah sikit, emm tak manis pon.. ok lah tu kan.. tak la aku makan manis sangat.. aku pon sedut la dengan straw.. sekali naik dengan gulanya sekali, kacau-kacau tengok hmm punya la banyak gula kat bawah tu.. isk bengan la aku... ingat nak tinggal macam tu ajer la... tapi mee tu aku habiskan juga la...


Lepas tu mem aku lak suruh rasa air jus epal dia tuh, laaa lagi la haru, dah la gula sekerat gelas, rasa epal pon tak dak... sungguh kami bengang dan tak pueh hati... aleh-aleh abis kan makan.. kami pon nak balik la, dek pasal tak pueh hati, kami gi komplen jugak la kat cashier tu pasal air epal yang tak terasa epal tuh, sekalai dia sound kat orang dapur dia "eii.. kapa buat air apa nih haaa.. air anggur ka.. sampai tak rasa epal".. ceh macam nak perli kami la pulok... hampeh tol.. sepanjang perjalan balik tuh tak abis mem aku dok pot pet- pot pet.. aku diam saja lah.. bengang kat dalam ati sajok ler... kepada sesapa yang ada hati nak makan kot tuh, tengok2 sama lah.. , dan besok nya memang ponada kawan-kawan aku yang terkena macam tu... kang kapa terkena macam aku nih, pandang-pandang sama la tempat yang nak pi tu...

Seharian bersama Athirah..


Sebenarnya hari ni, mem aku pi kerja, tinggalah aku, Athirahdan Angah Athirah saja.. jadi tak banyak la aktiviti yang boleh di buat.. pagi-pagi selepas hantar mama dia gi keja dalam kol 6.50 pagi, Athirah akan tengok katun dulu , sambil isap susu, lepas dah puas tengok tv, dia akan gi ngacau Angah dia dok sapu sampah lak, kadang-kadang tu dia amik penyapu dan sapu sampah sekali.. emm rajin kan budak Tie'ah nih he hee.. dalam kol 10.00 mcam tu baru mandikan dia.. lepas tu dia makan.. dan dalam kol 11.00 lebih-lebih.. baru tidokan Athirah dalam buaian.. dalam kol 1.30 - 2.30 lebih kurang baru dia bangun.. masa ni jenuh berperang la..

Aku biar sajalh selagi dia tak pegi dapur.. (takut dia naik dan main tangga..), tak keluar dari umah.. pasal panas sangat sekarang ni, mmg tak sesuai nak main kat luar... emm berpusing-pusing saja la dala umah ni.. entah dalammasa bila tah dia amik kain tudung mama dia, dan dok main-main ala iklan Yusof Taiyoob tuh, yang dok pakai macam purdah tu.. dah tengok macam tu hilang ngantuk aku, terus capai handphone lepas tu aku selendangkan tudung tuh.. pastu aku snap gambar... lepas 2 - 3 keping tangkap.. dia pon nak tengok la.. tengok jer gambar mengekek dia gela.. dia kata " owang openg " (orang topeng).. he hee

Sunday, August 24, 2008

Hari jalan-jalan makan kenduri...


 
Hari tu kan ada aku bagitau yang Athirah pergi main kat taman di Denai Larian Pengkalan Assam kan, ari ni dia nak pegi lagi, kebetulan lak kami nak gi pasar cari barang-barang nak di masak nanti.. pagi ni juga aku ada mesyuarat koperasi kakitangan kerajaan di Dewan Residensi (bekas rumah MB dulu).. jadi bawaklah dia sekali, tanpa di mandi dan di mekapkan dulu,    sementara aku nak masuk daftar kat dewan residensi tu, mama di bawak  la pi taman dulu... tapi kan oleh kerana tersangat awalnya.. dalam pukul 8.30 macam tu tidak la dapat dia nak bermain pasal air kat tempat main tu masik ada, belumn kering pasal semalam kan hujan...  jadi masih juga teringin nak main tapi dah kotor sangat tak dapat la bermain.. itu la mukanya yang muncung 16 itu..  
 
Lepas balik dari pasar, dalam pukul 11.00 macam tu, kami bertolak lah ke Jalan Kilang Gula, berhampiran dengan ladang tebu dan Kilang Gula.., nama kampung dia Kg Sg Buluh... he heee.. sepupu aku, yakni anak maklong aku la.. Anak dia hak no dua dari bongsu akan melangsungkan majlis kahwin.. emm tengok dari majlis tu besar jugak la.. pasal ada 5 khemah yang disediakan. Dengar ceritanya, awal-awal pagi lagi sekor lembu dah di tumbangkan untukmajlis kenduri nih, ok la tuh boleh makan daging yang fresh lagi... hidangan dia tak banyak.. ada goreng daging berkuah, gulai rebung dengan tulang lembu, ikan temenung bakar, air asam dan ulam-ulaman.. ringkas ajer..  okeh la tu.. dapat juga aku snapkan beberapa keping gambar, berlagak ala-ala jurufoto professional..pada hal pakai handphone saja... abis ketepi la juru-juru kamera pro tuh.. :) . Dalam pukul 1.00 tengaharimacam tu.. kami bertolak balik la.. pasal kemengantukkan Athirah dah sampai tahap bayu laut dah... stiimm je mata dia.. 
 
Sampai umah dalam pukul 1.25 tengahari, terus tidokan athirah dalam buaian, dan kejap je terus dia tertido.. kemudiannya terus semayang Zohor kemudian pi pulak kenduri kedua di Sungai Padang, Athirah kami tinggalkan saja kat angah dia.. hmm pandai-pandai la Angah dia jaga nanti kan.. ? Ketika kami sampai kat tempat kenduri ni pengantinnya baru saja sampai, jadi sempat aku snap satu gambar jer lah... lepas tu lak kan kena lak menapak masuk dalam kampung, tak leh masuk keta la, moto pon sekerat jalan saja... bila sampai umah dia baru aku tau yang ada dua pasangan yang kawin ari ni.. buat sekali gus..mesti jimat belanja nih... emm sebelah tuan umah ni kiranya sepasang la anak dia.. jadinya keluar sorang masuk sorang la... he hee maksud aku, tuan umah dapat sorang menatu pompuan, dah tu lak anak pompuan dia dah di bawa orang la... he lebih kurang macam tu lah.. taklama la kami berada kat situ pasal panas sangat.. kuat betul bahang matahari kat situ.... 

Lepas makan-makan lebih kurang, bertolak lah pulak kerumah kedua... (ketiga hari ni).. kat sini umah taman la pulak.. jenuh juga nak parking pasal ramai juga lah jemputan dia.. umah nih kiranya sepupu mem aku la pulak..ketika kami sampai, pengantin dah sampai tapi sedang bergambar kat dalam umah, jadi nya ketika kami sedang makan-makan baru la pengantin keluar untuk makan beradab... dapat la snap gambar ari jauh...  lama juga kami ada kat sini hingga pukul 4 lebih.. dah tu siap pulak boleh bawak balik lauk.. hu huu senang sungguh.. kiranya hari ni jalan ada berkat la.. 3 umah pi makan kenduri dapat jumpa 4 pasangan pengantin.. bukan selalu tu.. kadang2 sampai umah kenduri pengantin dah di bawak pergi, tak pon ada kat dalam bilik tukar baju, tak pon pengantin dah berjalan sana sini.. 

Sampai umah dah pukul 4.20 petang, tengok-tengok Athirah masih belum bangun tido.. isk maratahon lak la dia, tido 3 jam berterusan.. uh uh senang keja la kalau macam ni...

Friday, August 22, 2008

Kesian Aleya..


 
Di perkenalkan, ini kawan baru Athirah, nama dia Aleya... nama ni Athirah sendiri yang beri, abahnya ni sesaja bagi nama Aneka.. pasal beli kat pasaraya Aneka.. tapi akhirnya nama Aleya juga yang dia gunakan.. apa-apa sajalah Tie'ah oooo... kami heran juga dari mana dia dapat nama nih, rupanya nama ni ialah cucu kepada 'A-wan' yang dok ngasuh dia tu.. ooo baru saja kami tau nama cucu dia nih, mungkin Athirah selalu dengar nama tu di sebut maka terguna pakai lah kat kawan dia tuh... semenjak ada Aleya nih, nak kemana-mana mesti di bawaknya bersama, kadang-kadang dia mengigau sewaktu tido malam, pasal kat umah mengasuh tu depa suka ngusik dia nak amik atau nak buat Aleya dia tu.. hu hu sayang sungguh dia kan...? 
Pagi ni dalam dok sibuk sibuk bersiap aku ada la nampak Athirah dok ronda-ronda dalam umah, ingatkan dok cari apa.. rupanya dok cari wet tissue, ingatkan nak buat apa.. aku pon ikut ler dia pelan-pelan, ooo rupanya di wak masuk dalam bilik dan pi lap badan Aleya dia tu, pastu letak kat atas kepala Aleya dia tu, pastu aku tanya la dia pasai apa di wat macam tu, dia kata "Aleya Demam...!!"... aku nak tergelak pon ada, penin pon ada.. last-last aku amik handphone tangkap gambo dia... :))  --- rupanya dia masih ingat masa kami dok lap badan dia, lepas tu letakkan cool fever atas kepala dia masa dia demam tuh.. isk .. isk 
  
Bermula dari malam kemarin, lebih kurang pukul 11.00 malam, hujan turun dengan agak lebatnya, menyebabkan terhenti sebarang cadangan nak tengok Ast*o.. abis tu nak bukak PC lama-lama pon aku menjadi semakin segan la.. pasal tu cerita Athirah main kat taman tu ada gambar nya saja tak de sebarang update... hmmm entah pukul berapa hujan berenti, pasal lepas tu aku masuk tidor dah... sedar-sedar alarm bunyi waktu subuh.. lepas dah siap-siap semua lepas tu hantar kak aku naik bas nak gi keja, on the way balik tu, hujan turun pulak... adeh jadi la seharian hujan... 
Masa aku nak bali semayang Jumaat tu tengok ok jer la, dah berenti hujan, cuma masih terdapat awan-awan kelabu di sana sini, ingat ok lah tu tak hujan dah, tapi sangkaan meleset.. di ketika aku sedang bersembahyang Jumaat tadi hujan turun pulak, walaupun tak begitu lebat, tapi cukup untuk memabasahkan orang yang meredah hujan, dan aku terdiri dari orang yang meredah hujan itu, oleh kerana jarak umah dan masjid yang tidak begitu jauh, maka darjah kebasahan aku agak kurang la, okey la tu baju tu leh pakai gi keja lagi la... 
On the way nak gi keja tu, hujan masih lebat.. dan kerana hujan lebat maka perjalan keta pon lembab, berderat-derat kat trafik light, maka sempat la aku snap dua tiga foto nih..   

Thursday, August 21, 2008

Taman lagi...


 
Sampai saj aku kat umah, mem aku ajak keluar, Athirah kononnya dah jemu seharian terkurung dalam umah, mula-mula kat umah pengasuh dia, nih balik umah pon dok main kat dalam saja... jadi kami buat rancangan nak pi pasar malam saja lah kat Kangar... on the way tu, terlalu pulak kat Denai Larian Pengkalan Assam, dan Athirah pon apa lagi merengek nak mai kat taman la... masa tu dah pukul 6.30 petang.. hmm mau tak mau layan saja la.... seronok juga ada kat sini.. leh tengok ada orang dok jogging, ada yang bersenam robik, ada juga bebudak skateboard.. terhibur jugak la... tak lama kami kat situ,  yer lah dah dekat nak Maghrib, nak gi pasar malam lagi, jadi menagis la budak itu.. tak puas main.... selepas di pujuk lebih kurang.. baru la boleh tinggalkan tempat itu...

Tuesday, August 19, 2008

Monday, August 18, 2008

Kiri.. Kanan.. kiri... kanan....


 
Hari ni, sempena 31 Ogos 2008, aku memulakan latihan kawad, bermula dari jam 9.00 hingg 11.00 pagi, sungguh perit latihan ni, tapi bukan kerana latihan kawad yang perit tapi keadaan cuaca yang panas memang memeritkan. Tahun ni, aku tidak di minta untuk berkawad mewakili perpustakaan, kerana perpustakaan telah ada calon-calon yang telah di pilih, yang tentunya mereka-mereka yang istemewa yang terbukti mendapat perhatrian dari majikan ku.. (hu hu.. hu huu..), sebaliknya tahun ni aku di tendang untuk berkawad bersama Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri Perlis. Kontijen ini terdiri dari beberapa jabatan iaitu Pejabat Perpaduan, Muzium, Perpustakaan dan juga dari Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan.Negeri Perlis sendiri... walau apa pun latihan hari ni tak begitu serius, boleh lawak-lawak gitu... 
Hari ni juga, hari pertama aku bertugas di kaunter perkhidmatan pelanggan, merangkap kaunter fotostat.. jadi kerja aku hari ni adalah buat fotokopi untuk pengguna yang memang ramai hari ni, pasal cuti sekolah... berada disini memang mengimbas kenang masa mula-mula masuk kerja.. kira-kira 15 tahun dulu ( looo.. dah lama aku keja kat sini kan.. sedar tak sedar dah 15 tahun berlalu).. macam - macam kisah ada kat sini dulu, kenagan cinta monyet.. (yang lewat kot).. hu huu teringat juga batch yang masuk sama aku, saekarang dah berkeliaran entah ke mana, tinggal lah aku kesorangan kat sini... tak per lah biarlah kisah lama tu berlalu... aku ada kehidupan perlu di teruskan, ada keluarga yang perlu dijaga...
Oh ya.. besok... aku ada kursus yang akan diadakan di Perpustakaan Sultanah Bahiyah UUM... jadi aku kena tido awal la... ohh ya dua hari aku kursus kat sana, kursus yang berkaitan dengan Perkhidmatan Kaunter yang berkesan.. teramat sesuai lah dengan tugas aku sekarang ni (eh sebelum ni pon aku bertugas di kaunter jugak kan..?) ... hmm ...apa -apa lah.... ikut saja lah arahan... 

Sunday, August 17, 2008

Jom jalan-jalan....



Hmm.... hari Sabtu  lepas... aku, mem dan angah athirah nak bawak dia pi ronda-ronda di Alor Setar.. tapikan oleh kerana dia letih hari tu, mungkin lepas buas bermain, pukul 4.00 petang baru dia bangun, jadi kami bawak jugak la, bukan pasai apa sangat.. nak cari baju raya siap-siap kat dia.. he hee awal beno kan cari baju raya.. tapi bila pikirkan yang nanti mama dia sarat dah dah tentu tak larat nak ronda-ronda cari baju raya dia, dah la berpuasa kan..? Selain dari tu juga angah dia pon nak tumpang sekaki juga la, beli baju untuk anak menakan dia lah kot.. he heee.. 

Okeh, selepas berbeli belah, siap dok try kat situ sambil berpilih-pilih baju gitu di celah keriuhan dan keramaian orang di Kompleks Star Parade tu, hmm macam biasa la Athirah ni kalau dah di bagi kasut memang kecoh saja lah jadinya, abis di rentap baju-baju yang bergantungan kat rak tu, jenuh juga la aku kepung... mama dan angah macam biasa dengan biasanya terus memilih pakaian.. Bila dah selesai semua baru lah singgah kat McD tu.. beli fries dan juga ais krim tu... bukan main suka la mek Tirah ni, sampai orang lain nak tumpang pon tak boleh... 

Dalam pukul 7.30, kami keluar dari Bandaraya Alor Setar dengan harapan sempat sampai rumah sebelum habis Maghbrib.... laju jer aku bawak, tapi tak le terlampau laju pasal jalan licin selepas hujan.. sampai jer kat sempadan Kedah Perlis, dah pukul 8 lebih-lebih gitu.. hmm sempat nih aku fikir... tapi selepas tu kan kenderaan berderet-deret kat depan, hish apa pesal lak pulak nih, ada roadblock ker senja-senja macam ni, pastu kenderaan kat line depan pon tak der yang lalu.. lepas tu kan nampak ada moto lalu dari depan suruh kita orang belok masuk jalan ban.. hmm aku pun cilok jer lah... dari jalan ban tu baru la aku nampak ada eksiden kat simpang jalan nak ke Sg Padang.. emm keta apa tah aku tak sempat nak tengok pasal nak cepat balik , akhirnya selepas cilok sana sini, pukul 8.25 samapi umah.. fuhh lega sempat solat .. walaupun lewat sikit.

Lepas sesi makan dan bersantai nih, nak cuba try baju-baju Athirah ni sekali lagi sebelum di simpan, try punya try semua ok, cuma satu seluar nih yang agak keck pinggangnya, mungkin juga jurujual tu dah tertukar size nih.. jadi terpaksa lag pergi semula besoknya...


Hari kedua ke Alor Setar, kami keluar pagi-pagi lagi la, dalam pukul 9.20 macam tu, sampai kat Alor Setar, dalam 10.15 selepas singgah dua tiga tempat, selepas tukar seluar dia dengan skirt pasai seluar tuh dah abis sizenya, rugi RM1.50 pasal skirt tuh murah dari seluar... nak dapatklan wang balik memang dah tak boleh.. isk.. selepas tu bergerak cari seluar kerja aku lak la, seluar kerja nih merangkap seluar raya la, nak save budget punya pasal... dalam pukul dua belas setengah baru keluar dari Bandaraya Alor Setar nih selepas singgah take away McD tuh, juga beli bubur ayam McD.. abis Athirah makan sepanjang jalan balik tu, mungkin dah lapar seleaps sepagi berjalan-jalan... 


Sampai umah, kak aku dah siap nak gi makan kenduri, ada dua tempat, satu di Titi Tok Bandar dan satu lagi di Taman Kemajuan.. seleaps makan nasi lebih kurang, mata Athirah ni dah separuh terbuka, termata mengantuk dah tu, pasal seharian tak tidor lagi nih, sampai umah dalam pukul 2.45 petang terus masukkan dia dalam buai, tak sampai 5 minit dah tidor dia, mungkin pasal letih berjalan kesana sini makanpukul 6.30 petangbaru lah dia bangun tidor.. hu huu hampir 4 jam tido.. itu dah kategori pensannn dahtu Cik Tieh oiiii...

Thursday, August 14, 2008

Seminar Parenting@work...


Hari ni aku menghadiri satu seminar yang agak menarik pada pandangan aku, hmm yer lah hampir kesemua staf perpustakaan yang terlibat, dan kesemunya terdiri dari mereka yang dah berkeluarga, jadinya yang bujang-bujang tu tidak di benarkan masuk la.. ( :) )...  selepas pendaftaran kami diberi satu file yang mengandungi manual dan tantatif program juga ada buku nota.. cantik dan lawa jugak.. seleaps semua tu, baru lah di beri input demi input , juga aktiviti demi aktiviti.. dan antara aktiviti yang sempat aku rakam macam di atsa la, satu badan banyak topi... dimana menurut pencaramah ni, kita dalam kehidpuan ni sering bertukar topi, bila kita masuk pejabat kita pakai topi pejabat,  bila masuk majlis pakai topi majlis, dan bila balik rumah pakai la topi rumah tangga.. paling senang di fahami.. kita kena sentiasa  berada dalam setiap situasi... maka jangan lah di campur adukkan maslah dalam setiap situasi tu.. dan bila balik umah tu buang lah masalah-maslah lain.. beri tumpuan sepenuhnya pada keluarga dan anak-anak.. 
Pada dasarnya, caeramah ni agak enjoy terutama bila dah satu clan yang dah lama terpisah, jarang berjumpa, di himpun dalam satu dewan.. memang bagai nak rak la dewan tu.. kadang-kadang sampaikan penceramah dan fasilitator macam tak leh nak handle, macam depa sendiri terikut dengan perangai kami semua nih.. he he di mana aku rasakan akalu pergi ke tempat lain payah nak jumpa...  apa pon aku suka sebenarnya.. dan kalau boleh semianar macam ni tidak di beri dalam jangka masa yang pendek kerana pengisian dia jadi agak padat, mungkinb kalau makan masa 3 -4 hari, dalam suasana yang lebih santai di pulau ka.. tentu akan lebih mendapat sambutan.. apa pon program berjalan lancar, tahniah kepada perpustakaan dan juga ucapan berbnayak terima kasih kepada Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara, Malaysia (LPPKN) kerana sudi menjayakannya...

Wednesday, August 13, 2008

Mengalih arah....


Seperti yang sedia maklum bahawanya tuan empunya blog ini akan bertukar kedudukan.. bertukar tempat kerja.. jadi lepas ni dia akan kurang berinternet lah kesahnya jadi terpaksa lah cari alternatif untuk mengisi masa senggangnya.. jadi selepas berfikir sana, berfikir sini maka ini lah penyelesaiannya.. kembali membaca novel.. sebenarnya membaca novel ni adalah kegemaran ku semnjak dari bangku sekolah lagi.. membaca buku cerita hikata.. cerita misteri.. bahkan novel-novel memang dah menjadi darah daging aku dari dulu.. bahkan penah satu kesah.. dalam kelas aku yang lama masa darjah 2 atau 3 kot, aku penah pecah kan satu almari lama.. ingatkan ada buku apa-apa yang boleh di baca.. tapi sebaliknya jumpa buku cerita lama-lama yang menggunakan bahasa-bahasa lam.. hah aku pon layan juga buku tu..
Habis buku kat lib tu aku baca.. maklum la lib sebelah kelas.. lambat je cikgu masuk aku ada la kat situ.. apa saja buku yang aku tengok menarik memang aku baca.. masuk sekolah baru aku di lantik jadi pengawas perpustakaan, makin menjadi-jadi hobi aku nih, abis buku-buku yang nak di buang/ rosak aku baca... lepas tu masuk ke sekolah menengah pon aku kena jadi pengawas perpustakaan.. masa tu sekolah petang.. tapi pukul 10 , 11 pagi aku dah sampai kat perpustakaan , boleh sambung aktiviti membaca.. bahkan kalau komik-komik pun banyak kat umah masa tu.. hu hu gila membaca betui aku.. tapi hak yang berfaedah tu teramatlah kurang nya..
Lepas tu masuk keja.. mula-mula keja kat lib nih memang target nak baca novel banyak-banyak.. sanggup kami tolong bahagian proses buku untuk mendapatkan novel baru nak di baca.. bahkan berebut-rebut kami.. siap tempah-tempah hak kawan tengah dok baca..  dan selepas tu masuk system perpustakaan aku dah mula gila komputer.. walaupun sekadar main game.. ada peluang main solitaire tuh pon dah jadi satu ketagihan.. dah tu boleh pulak lawan dengan kawan-kawan.. kemudiannya masuk pulak internet.. lagi la aku pulun aku membaca.. berita, blog , chat.. malahan apa saja benda baru aku baca.. aku betul ketagihan.. hu huu..
Lepas ni nampak gayanya aku kena berkadar-kadar saja la.. tak boleh nak pulun-pulun.. biarlah orang pulak yang pulun.. aku hanya perlu jaga keperluan pengguna saja.. h uhuuu...

Tuesday, August 12, 2008

Untuk renungan : Hadis Palsu Rejab - Syaaban


Agama wajib dipelihara ketulenannya supaya tidak berlaku campur aduk antara rekaan manusia dan perintah Allah dan Rasul-Nya. Jika agama boleh direka cipta, maka wahyu sudah tentu tidak diperlukan, juga Rasul tidak perlu diutuskan. Oleh itu Islam mengharamkan pembohongan di atas nama agama.
Dalam persoalan hadis, ramai kalangan kita yang begitu tidak berdisiplin dalam memetik hadis-hadis Nabi s.a.w., begitu juga dalam menghuraikannya. Sebahagiannya langsung tidak mengambil berat persoalan kethabitan iaitu kepastian di atas ketulenan sesebuah hadis.

Apa sahaja yang dikatakan hadis terus sahaja dibacakan kepada masyarakat tanpa meneliti takhrij dan tahqiq (keputusan) para ulama hadis terhadap kedudukannya.
Lebih malang ada yang menyangka apa sahaja yang dikatakan hadis maka pastinya sahih dan wajib di imani.
Dengan itu apa sahaja yang mereka temui daripada buku bacaan, yang dikatakan hadis maka mereka terus sandarkan kepada Nabi s.a.w. tanpa usul periksa, sedangkan mereka lupa akan amaran yang diberikan oleh baginda Nabi s.a.w. dalam hadis yang mutawatir:
إِنَّ كَذِبًا عَلَيَّ لَيْسَ كَكَذِبٍ عَلَى أَحَدٍ مَنْ كَذَبَ عَلَيَّ مُتَعَمِّدًا فَلْيَتَبَوَّأْ مَقْعَدَهُ مِنْ النَّار
“Sesungguhnya berdusta ke atasku (menggunakan namaku) bukanlah seperti berdusta ke atas orang lain (menggunakan nama orang lain).“Sesiapa yang berdusta ke atasku dengan sengaja, maka siaplah tempat duduknya dalam neraka.” (Riwayat al-Bukhari, Muslim, dan selain mereka).
Berbohong menggunakan nama Nabi s.a.w. adalah satu jenayah yang dianggap sangat berat di dalam Islam. Perbohongan atau berdusta menggunakan Nabi s.a.w. adalah menyandar sesuatu perkataan, atau perbuatan, atau pengakuan kepada Nabi s.a.w. secara dusta, yang mana baginda tidak ada kaitan dengannya.

selanjutnya sila baca : Dr Maza

Musim berganti lagi...


Dua keping gambar, yang aku amik dengan menggunakan handphone telah ku edit dan hasilnya aku rasa macam satu gambar nostalgia, mengimbau kenangan lama, di zaman musim bersawah dulu yang tiadk menggunakan jentera berat penuai padi.. zaman di mana awah mak bergotong royong bersama-sama orang kampung untuk mencari sesuap nasi dan juga sedikit wang untuk pembiayaan keluarga.. dulu bila tiba musim menuai macam ni, maka berpakat-pakat berderau lah orang kampung, hari ni di sawah dia ni, besok orang lain pulak dalam grup yang sama.. lepas tu makan dan minum disediakan oleh isteri-isteri yang terbabit dalam berderau ni.. bermula dari pagi lagi, tanak pulut bersama ikan kering (masin), lepas tu nyok kukur (kelapa muda di parut) dan juga kopi o dan teh untuk sarapan, tengahari pulak nasib berlaukkan ikan haruan, keli dan puyu di buat gulai, asam pedas.. manakala waktu petang pulak ada bubur kacang dengan roti, atau biskut.. sedap betul.. jadi meriah la kampung.. Anak-anak bermain bersama-sama, berkejaran di kawasan laman, yang dah besar tu kena la tolong ibu ayah mengangkat padi yang dah di tuai... 
 
Kini, musim menuai datang lagi, tinggal lah mostalgia lama, musim menuai sekarang ni tiada lagi berderau, yang ada hanya jentera besar menuai padai, lori-lori menadah hasil menanti di tepi sawah untuk membawa hasil ke kilang, di timbang, di gredkan dan di bayar harga dia, tuan tanah tunggu sahaja di rumah, tokei lori yang akan mengurus semuanya... tuan rumah cuma tunggu wang sahaja.. mudahnya hdup zaman sekaang ni, senangnya berurusan.. namu tiada lagi kenangan itu..
*** entry selepas 2 hari tak dak internet di pejabat.. 2 hari aku bermenung tanpa tujuan :) , dua hari juga aku belajar untuk mengenal kembali buku-buku dan juga majalah-majalah... sudah lama aku tinggal buku dan majalah hany kerana ada internet, dan internet dapat memberi liputan terluas sebarang maklumat yang aku berikan bila dah tak dak ni.. sunyi jadinya aku...

Monday, August 11, 2008

Pengurangan Aktiviti Blog dan Messenger...


PENGUMUMAN 
Merujuk kepada perkara di atas, adalah dengan ini saya merujuk kepada Aku Janji yang telah di meterai dan juga senarai-senarai tugas yang telah di berikan berjanji untuk memberhentikan mengurangkan aktiviti-aktiviti berblog, bloghopping dan seangkatan dengannya, juga aktiviti ber YM serta seangkatan dengan nya bermula dari minggu depan 18.08.08.
  
Mungkin ini adalah pernyataan terbaik ayang akan terjadi pada masa akan datang dalam tempat kerja aku, mungkin... kenapa aku kata mungkin?.. yeah hari ni aku telah di serahkan satu surat yang mana mengkehendaki aku bertukar tempat bertugas yang mana kegiatan berblog aku, merayau aku dan ber'ym' aku akan terbatas kerana tiada sambungan internet. Senarai tugas aku yang baru ini menjauh kan aku dari kegiatan berinternet, system perpustakaan dan senagkatan dengan nya, walaubagaimana pun, sekiranya perlu , aku akan untuk membantu di tempat lama bila di perlukan dan juga aku di wajib kan mengemas kinikan susunan buku-buku di tempat lama di samping di tempat yang baru...

Hu huuu... cuba tuan-tuan dan puan puanlihat dan baca serta di fahami, pernyataan ini ... hu huhuu..  aku  jadi
MeNgOnG..!!!!

Sunday, August 10, 2008

Makan-makan....


 
Hari sabtu hari tu. mem aku ada la buat makan-makan sikit, bukan ada apa sangat saja jemput ahli keluarga dia mai makan kat umah aku ni, bukan ada sebarang occasion sangat pon cuma nak makan-makan saja lah, adalah dalam 12 - 15 orang rasanya, tak banyak pon, ikan bakar tu dalam 5 ekor, udang goreng kunyit, sotong goreng tepung, tomyam campur , errr sayur kangkung goreng belacan... pastu ada la sikit-sikit ulam... awal nya tu sempat lah aku snap sekeping dua gambar, lepas dok sibuk tidurkan Athirah pasal mama dia jadi ketua chef, tukang bakar ikan ialah Tuk Ayah dan Tok Ngah Athirah, tukang masak ialah Tok Ngah Athirah dan Tok Pah dia jadi penyedia bahan masakan dan pembantu chef.. Tok Nyang dia jadi pengarah seni masakan... dok atas kerusi sahaja pasal dah kurang larat nak bergerak banyak...

Anyway majlis yang kecik nih pon kadang-kadang terasa jugak kemeriahan dia juga, pasal kat umah aku ni ada dua tiga kerat orang saja.. jadi bila ada orang lain datang memang terasa meriah la... mengenai ikan-ikan, udang dan sotong tu kalau dimakan di gerai makan boleh mencecah 300 - 400 oooo... ni kira projek save budget nih... apa-apa pon niat nak makan-makan ni terlaksana sudah... sehingga projek makan-makan seterusnya... moga murah rejeki ler.... InsyaAllah akan datang ada lagi....

Friday, August 8, 2008

Jimat Minyak...


 
Pernahkah anda di tawarkan untuk menggunakan produk ini? Atau pun pernahkah anda menggunakan produk ini? Produk ini dikatakan dapat menjimatkan penggunaan minyak kenderaan samada petrol maupun diesel.. selain dari menjimatkan petrol juga di katakan mengurangkan kos penyelengaraan kenderaan? 

Jika jawapan anda ya.. sila nyatakan kesan kepada kenderaan anda dan juga jangka hayat kenderaan anda..sila reply dalam ruangan comment. Sekian, kerjasama anda amat-amat di perlukan, komen anda di ucapkan berbanyak terima kasih.

Jika tidak berkaitan sila abaikan kenyataan ini. 
maklumat lanjut boleh di dapati disini
-------------------
adeh betapa poyo nya kenyataan di atas, harus aku masih dalam keadaan emosi yang kurang merangsangkan.. ekoran dari kemarin, seharian hari ni aku rasa maleh tak dak dah...  maka jadi lah kenyataan di atas.. maafkan aku, semoga akan baik jadinya nanti...

Thursday, August 7, 2008

Dua hari dua malam...


Dua hari dua malam.. begitulah lamanya untuk aku nak selesaikan masalah blog aku ni, daripada aku saja gatal-gatal cuba template baru.. lepas tu memang kena tukar terus.. dalam masa tu kalau sapa ada masuk laman blog aku mesti penin, sekejap template lain, sekejap lagi template lain.. Kepala aku jadi penin, tekak ku loya serasa nak muntah.. sampai lewat malam aku cuba nak betulkan mana coding-coding yang senget tu (senget di fikiran aku la... tuan punya pamplet tu tak rasa pon kan?)..
Akhirnya dalam pukul 1.30 semalam.. baru lah timbul aura dan semangat nak teuskan pamplet ni.. selepas dua hari pasang, buang, pasang buan, try pamplet lain lagi.. akhirnya ini juga menjadi penawar hatiku.. he heee.. hari ni.. aku jadi mengong ler.. asyik mengantuk saja...
Hoo yeee... ari ni ari Khamis, berbaju batik la pulak, kalau meronda dalam Kangar depa kata hari ni hari Dato'- dato'.. hu hu yer ka.. agak-agak kalau berbaju macam ni boleh masuk majlis raja ke tak yer..? Bolehh. pasal bukan kuning diraja , ini hanya kuning gold sahaja..
Update! 5.40ptg !
Semalam..
Aku di berikan surat untuk menyertai satu Bengkel di Perpustakaan Negara yang berkaitan dengan katalog pada 7 & 8 Ogos ni ,.. uih dah lama aku tak di beri peluang untuk masuk kursus, terutamanya kursus berkaitan keperpustakaan dan komputer..   seronok lah aku, bersemangat lah aku nak pi.. dah lama aku tak meronda dan berhjalan-jalan sana-sini, seronok lah aku menguruskan sana sini yang ku rasa perlu...
Hari ni,
Mode aku tersangat seronok.. dan aku tak menjangka kan bahawa nasib ku hari ni tak sepeti hujan di awal pagi tapi panas di kala petang, rupanya.. dalam pukui 4.50ptg ni aku dapat call yang pencalonan aku di batalkan, pasai pihak perpustakaan negara mahu sorang calon yang belum pernah pergi kursus  ni, jadi musnah lah harapan.. tak dapat lah aku pergi... tensionnnn pon mula ber maharajalela semulaaaa.... adeeehhh pening aku... baru nak sonok , dah kena tebas....

Wednesday, August 6, 2008

Warna warni merdeka...


Sempena Bulan Merdeka ni, tempat keja aku ni ada buat sedikit pameran (mini pameran) tentang Tokoh-tokoh menuntut kemerdekaan dan ahli-ahli politik zaman kemerdekaan, di samping tu ada juga pameran barang-barang yang selalu di gunakan masa zaman pasca dan awal kemerdekaan.. tapi tak banyak barang pon.. saja suku-suka saja mengembali nostalgia zaman dulu.. Pameran ini di kendalikan oleh Unit Seranta. Antara Barang yang di pamerkan ialah mesin taip lama, basikal tua, lampu gasolin dan juga seterika la..


Tuesday, August 5, 2008

Kisah abah & anak



Ini lah kisahnya, bila dah anak yang dah pandai main air ni, mula nak tunjukkan belangnya bermain air, bukan lah keranan nak tunjuk skil membasuh kereta, bukan juga nak bodek abahnya untuk pergi ketaman, bukan juga berniat nak abis lambungkan meter air abah dia.. semata-mata seronok nak main air sajalh ni..

Mula-mula tu lepas dia bangun tido (pukul 6.45 tu dia bangun), dia nak tengok kartun kat Channel 611, lepas tu dah cerah sikit dia nak meronda kat luar, nak tengok pokok bunga, nak kutip buah mempelam yang luruh, nak sapu sampah dan juga bakar sampah bersama angah dia.. (tapi macam biasa la, jadi mem besar sajala.. mulut becok sana sini, komplen sana sini, tanya sana sini.. dah puas kacau angah dia...

Nampak pulak abah dok basuh keta, emm seronok tu boleh main air, mula-mula dia sapu keta tu dengan tangan dia, lepas dia himpit abah dia yangsedang cuci keta, lepas tu dia mintak kain cuci.. hah lepas tu dengan paip air tu dia amik... jadi apa lagi abah pon amik gambar saja la... lepas tu baru angkat mandi dan abah pon sambung kejanya.. hu huu.. rajin juga anak dara aku ni yer..?

menurut carta...

Jawapan 1- Bodek abahnya nak pergi taman mendapat 66%

he hee..

Monday, August 4, 2008

Nira Nipah.. aduh sedap nya...


Mari tuan-tuan, mari puan-puan, adik kakak dan abang-abang, mari kita minum air asli pengubat dahaga tekat juga meredakan kerensaan perut, ayuhsemua mari kita minum nira nipahyangsegar lagi asli. HU huu.. apa kena dengan aku hari ni, baru ku hirup secawan nira nipa, dah meroyan , melalak bercerita keseluruh alam, bertap sedapnya, manisnya, sejuk dan segarnya air nira nipah ni... sekali kena memang nak lagi... war-warkan musim nira dah kembali..
Okeh mari kita tengok kegunaan nipah ni..
Cuba pakat-pakat tengok.. yang mula-mula tu memang dah buah nipah... sedap juga buah nipah ni.. tetapi nak menghasilkan nira.. buah nipah ni kena buang la.. pasal nira akan keluar dari batang tandan nipah ni.. lepas tu batang dia akan di sadap, baru keluar nira.. lepas tu akan di tahan (takung) dengan menggunakan tukei.. ok dulu tukei ni di buat dengan menggunakan buluh, buluh yang sesuai ialah buluh minyak yang biasa di dapati di kampung-kampung la.. tapi sekarang ni dah moden dah ada yang menggunakan botol-botol plastik minuman dan juga ada yang terus menggunakan plastik minuman tu. Untuk makluman juga kalau pakai tukei buluh tu, dia kena diasap selalu dengan di bakar dengan daun lalang untuk mengelakkan dari tukei tu berbau masam, tapi nanti tukei tu akan berbau asap daun lalang la.. mungkin pasal tu ramai yang tak suka bau asap ni... bagi aku, aku suka sangat bau asap nih, nostalgia betui... yang menggunakan plastik ni dah boleh siap di jual ... satu plastik ni rasanya dalam RM 4.00 kot.. atau sekarang dah naik harga..
Selain dari di buat nira, pucuk daun nipah juga di gunakan sebagai rokok, lebih dikenali rokok daun nipah, dimana tembakau yang di mampatkan di gunakan sebagai 'candu'nya.. biasanya pucuk yang baru 'sua' di tebang, kemudian akan dikatan-katankan untuk di amik pucuknya.. kemudian akan buku untuk di ambik bahagian dalamnya.. lidinya akan dia buang, selepas dah buang kemudiannya di jemur sehingga kering.. lepas tu baru di potong mengikut size nya.. kemudian baru di pasarkan.. hmm sekarang ni permintaan rokok daun memang dah popular, pasal dia murah... tapi kalau tak tau nak membalutnya susah la...
Satu lagi kegunaan nipah ialah daunnya, daun nipah ni boleh di buat atap, dulu-dulu sebelum ada atau zink, atap asbestos dan genting, daun nipah dan bertam adalah keperluan untuk di buat atap.. sekarang ni pon pasaran ataup daun nipah ni masih menggalakan, kebanyakkan di gunakan untuk binaan hiasan lanskap, pondok-pondok di taman.
Last sekali, ni buah nipah... sedap juga di makan.. kalau dulu, hilang nya aku dari umah, tak balik makan nasi, tak pi main di masjid ka, lepas ngaji Al Quran lepas tu parang ilang ka, hmm mesti dok makan benda ni, sodap ooo..

Sunday, August 3, 2008

Bacalah anakku...


Hu huu hari ni, buat kali pertama, aku dan mem pergi berkursus bersama, dan kursus ini adalah berkenaan secara langsung tentang bagai mana nak mengajar anak untuk membaca se awal mungkin... dari penerangnan yang di beri terdapat kanak-kanak yang mengikuti program ini dapat membaca se awal 3 tahun setengah.. teruja lahaku dan mem untuk nak bagi Athirah boleh baca awal, bukan pasal apa, sekarang ni pon dia suka dengan buku, tapi buku buku bergambar sahaja...

Menurut penceramah tu, Encik Othman bin Ahmad, dari Read Network.. program ni menggunakan kaedah Fonetik.. iaitu tidak perlu menghafal a, b, c,.. tapi sebaliknya menggunakan kaedah bunyi huruf. Pada keseluruhannya kursus ini memang dapat memberi idea macam mana nak buat, tapi untuk melaksanankan dalam umur Athirah sekarang ni, tak banyak boleh di buat hanya boleh perkenalbunyi-bunyinya sahaja, lepas tu baru boleh gunakan kad.. jadi buat masa ni rilek la dulu kan..? pelan-pelan asalkan berjaya, jangan gelojoh la pulak...

Posted by Picasa

Friday, August 1, 2008

M enghormati tugu negara...


Kenyataan Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin
Tentang Upacara Tugu Negara Sempena Hari Pahlawan

“Perbuatan mana-mana individu muslim sama ada pemimpin atau rakyat yang meletakkan kalungan bunga, tabik hormat dan bertafakur yang dilakukan untuk Tugu Negara adalah bercanggah dengan prinsip-prinsip akidah Islam yang anti kepada sebarang unsur keberhalaan.

Perbuatan seperti itu seakan menjadikan tugu berkenaan berhala yang dihormati. Sekiranya pun pelakunya tidak mempunyai sebarang iktikad bahawa itu semua memberi manfaat dan mudarat, maka perbuatan itu adalah sia-sia dan bodoh. Ia tetap haram kerana meniru perbuatan musyrikin.

Jika pelaku beriktikad itu memberikan kemanfaatan kepada keamanan, kedamaian ruh mereka yang telah meninggal dunia, maka itu adalah perbuatan syirik yang jelas. Akidah Islam menentang sebarang unsur keberhalaan.

Pemimpin atau sesiapa sahaja yang terlibat dalam perbuatan ini hendaklah bertaubat kepada Allah dan kembali kepada akidah Islam yang sebenar.

Firman Allah: (maksudnya) “Dan demi sesungguhnya, Kami telah memberi kepada Ibrahim sebelum itu jalan yang benar (dalam bertauhid), dan Kami mengetahui akan halnya. Ketika dia berkata kepada bapanya dan kaumnya: “Apakah patung-patung ini yang kamu berdiri di hadapannya (memujanya)? Mereka menjawab: “Kami dapati datuk nenek kami selalu menyembahnya. Ibrahim berkata: “Sesungguhnya kamu dan datuk-nenek kamu adalah dalam kesesatan yang nyata”. (Surah al-Anbiya 50-54)”

di petik dari : http://drmaza.com/

Kenangan itu...


KALAU KORANG LAHIR PADA TAHUN 1973-1985..
(yer.. yer aku di lahirkan tahun '71)

MESTI KORANG INGAT NI


Kita membesar dgn menonton G-Force, Transformers, Thundercats, SilverHawk, Woody Woodpecker, Chipmunks n Mickey Mouse. Not to forget NinjaTurtles, Mask, Smurfs dan Voltron. Lagi satu Gaban.
(dah tentu aku tengok... dan aku suka, bahkan aku dah tengok dari cahnnel 7 Tv Siam.. lama sebelum masuk ke Tv Malaysia lagi.. hanya RTM waktu tu..)

Berus gigi time waktu rehat kat skolah rendah. Hmm.... mesti pegang cawan
warna-warni kan. Mencangkung kat tepi parit dgn classmates semua kat sebelah.
(He hee sekolah aku jauh dari parit.. tapi dekat dengan kolam ikan buatan.. jadi kat situ la kami sumer mencangkung.. hu huu lelaki dan pompuan)

Ingat tak, misi kat skolah masuk kelas dgn list dentist appointment. Pastu bunyi gigi member kite kene gerudi kat bilik sebelah. Ada gigi yang berlubang, kene la tampal.
(maunya aku tak ingat, sampai termimpi-mumpi aku takut.. dah tu surat kebenaran dari misi tu aku hilangkan.. pasal takut.. sampai dapat surat kedua baru bagi arwah mak sain..)

Ni sure korang ingat...program minum susu di sekolah. Nak galakkan budak-budak time tuh minum susu. Sekotak 30 sen jek beb...
(kami dapat free saja... pasal suka bodek cikgu.. dan cikgu pon suka bodek kami suruh buat macam-macam)

Cikgu-cikgu kalau nak denda, mesti guna pembaris panjang warna kuning tu. Pukul tapak tangan... kan ?
(yaaa selain dari kena berdiri kat atas kerusi.. pastu upgrade ke atas meja.. atau kena berdiri luar kelas {sonok juga boleh skodeng budak kelas sebelah} atau kena pusing pusat..{uih hasab ooo kena pusing pusat ni})

Semangkuk mi sup ke, mihun sup ke, 50 sen jek kat kantin.
( yer la.. laksa pon 50 sen.. kalau mewah sikit beli nasi goreng kot tingkap kantin... nih kira jual asing la.. tapi baru singgit saja.. air baru seposen segelas..)

Time skolah menengah, korang sure beli kasut skolah Bata BM Turbo atauPallas Jazz. Ada yang suka kasut high-cut yang buatan china tu...ada yang suka stoking tebal laaa....
(yer la kasut hong keong tu la.. high cut ngan low cut beli siap-siap pasal dok main sepak raga, jadi tak la sakit sangat pasal masa tu sure bola rotan punya... kadang-kadang tu sampai bengkak dahi..)

Internet? email? Menda alah ape tu?
(haa la.. tapi aku mula kenai komputer pon masa sekolah menengah, tingkatan 4 kot, tergedik-gedik aku tengok cikgu angkut masuk bilik store yang baru di upgrade jadi bilik komputer.. walaupun tak layak pasal aku ilmu hisab nih kantoi.. tapi lepas lembut2 leher ngan cikgu baru la leh masuk..)

CD? Ape tu? Kaset tape penah laa dgr......Tiket wayang pun 5 ringgit je.
(he hee tengok wayang pon setahun sekali, tu pon tiket free masa hari Kebangsaan di panggung wayang Kuala Perlis- ceta masa tu james bond la.. )

Kite pegi kedai runcit, beli Chickerdis, Mamee , Kum Kum, UFO, O-Ya,Ding Dang chocolate balls yang ada mainan kat dlm die, 'telur' keras warna warni, 'rokok' chewing gum, KIKI Bubble Gum. tak dilupakan, 'TiKam'. bile dah abih exam, main Monopoly la, Donkey la, Happy Family la dlm class.
(he hee aku penah kena marah pasal main tikam nih, pasal aku punya seronok main sampai habis duit.. duit tambang balik pon abis.. terpaksa la bang aku mai hantar duit lain untuk tambang balik)

Tapi bunyi loceng laa yang paling best skali. Boleh beli aiskrim ngan apek kat luar sekolah tuh...
(apek tu siap tungu depan pintu pagaq sekolah lagi.. dah tu ada main tikam juga dapat hadiah ais krim .. kadang kadang tu menang boleh dapat sampai dua tiga.. ais krim tu siap boh jagung lagi dan di himpit ngan roti.. sedap oooo..)

Lagi satu loceng masa nak pegi rehat. tinggal kan keje skolah, jom kita pegi makan. Budak-budak yg dpt Rancangan Makanan Tambahan (RMT) mesti keluar awal.
(meski pun aku kategori anak yatim [pasal ayah aku meninggal masa aku umo 4 tahun].. tapi tak dapat RMT.. tapi kelas aku dekat ngan kantin.. mana-mana ada lebih.. kami lah tukang perabisnya...)

Lagi satu yang seronok mase time Pendidikan Jasmani, PJ. main bola laa,rounders laa...
(haa laa..)

Permainan kegemaran, main guli, batu seremban, penutup botol, batang aiskrim, 'Pepsi Cola one-two-three' , 'Police & Sentry', main kejar-kejar duduk...
(mai toi, perang-perang guna senapang kayu dengan peluru batang bemban, main bola kat masjid, main hoki dengan batang maru berbolakan buah pom pom, tangkap ikan karin [ikan laga], aci ligan[hambat;kejar] atas pokok{hak ni ekstrim sikit.. jadi macam monyet pon ada.. bergayut dari pokok ke pokok})

Kita hilangkan dahaga dgn aiskrim 10 sen. Yang tube aiskrim, ada byk2 color tu. Kalau nak makan, kene patahkan kat tengah2 die!
(ada juga ais krim malaysia yang di masukkan dalam plastik kecik tu, ada perasa oren, jagung, asam, kadang-kadang tu bubur kacang pon ada... best oooo.. {nanti kena buat jugak la kalau dah Athirah nak makan ais pop tu saja..})

Bipat kertas kecik2, pastuh buat lastik. Hmmm..ni pun kita main dulu ni. Baling2 kapur laa.
(sungguh seronok... kadang2 tu nak ngorat pon pakai main baling-baling kapur juga...)

Hmm...budak2 skarang, bagi diorg, diorg mane penah dgr lagu 'We Are theWorld, We Are the Children...' dan lagu 'Uptown Girl' yang diorg tau,yg Westlife nyanyi....bkn Billy Joel nyanyi...
(masa tu gila mikel jakson la.. )

Bagi diorg.....

Ada satu je Jerman kat dunia ni, dan ade satu je Vietnam.

AIDS wujud sejak diorg lahir.

CD pun wujud time diorg lahir.

Michael Jackson dah putih dah time tu

Diorg percaya Spiderman dgn Incredible Hulk tu filem2 baru.

Diorg tak bley bayangkan skrin hitam putih utk sebuah komputer.

Diorg tak penah tau pun 'Atari' dgn 'Game & Watch'.

Diorg tak percaya penah ada TV hitam putih... dan diorg skarang tak reti nak switch on TV kalau takde remote control.

Dan diorg tak paham macam mane kite boleh survive dkt universiti tanpa handphone...

Hmm...jom kite check, kite ni dah tua ke:

1. korg paham ape yang korang baca kat atas ni, dan korg sure tersenyum

2. kebanyakan member2 skolah menengah kite dah kawin

3. korg sure pelik bile nengok bdak2 kecik main komputer, selamba je

4. kita geleng kepala bile nengok bdak2 skolah menengah guna handphone

5. kita dah tak byk sembang2 dgn member melalui telefon lagi setiaphari

6. bile jumpe member lame dari semasa ke semasa, seronok bile bersembang pasal cerite2 lame, cerite2 kelakar yang kite alami mase dulu time kecik2, nakal2 dulu...

7.. last skali, bile dah bace testimonial ni, korang akan terpikir utk forwardkan dkt member2 lame korg.Sure diorg suke punye laa...heheh

tapi apa yang pentinglah kan.... bila kenangkan saat ni semua dgn mendalam..mungkin ada diantara kita mengalirkan air mata....yelah mana taknya bebudak zaman skrg walhal anak sendiri pun takkan lalui zaman yg sebegitu lagi..sayangnya masa begitu pantas berlalu...Dimanakah kita???

Yer lah masa berputar sedikit demi sedikit meninggalkan kita, kenangan masa lalu tu tetap ada dalam lipatan sejarah, kadang dok tertanya-tanya di manakah kawan-kawan, di manakah cinta hati zaman cinta monyet dulu..?

buat cinta hati ! ingat dak lagu ni?


Masihkah kau ingat
Pada waktu itu
Sekuntum bunga mekar
Ku selit ke rambut mu

Masihkah kau ingat
Ia menjadi mimpi
Dan menjadi rindu
Masihkah kau ingat

Masihkah kau ingat kita berlari-lari
Di kaki langit mencari pelangi
Lalu hujan turun kita basah bersama
Masihkah kau ingat
Masihkah kau ingat

Masihkah kau ingat
Sekuntum bunga itu
Di tapak tangan ini
Ia menjadi layu

Lalu ku genggam

Ia menjadi debu
Masihkah kau ingat
Masihkah kau ingat

:- kopratasa.

Entry ini aku petik dari cerita-nini

Search This Blog

My Book Rack

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...