Skip to main content

Mengalih arah....

Seperti yang sedia maklum bahawanya tuan empunya blog ini akan bertukar kedudukan.. bertukar tempat kerja.. jadi lepas ni dia akan kurang berinternet lah kesahnya jadi terpaksa lah cari alternatif untuk mengisi masa senggangnya.. jadi selepas berfikir sana, berfikir sini maka ini lah penyelesaiannya.. kembali membaca novel.. sebenarnya membaca novel ni adalah kegemaran ku semnjak dari bangku sekolah lagi.. membaca buku cerita hikata.. cerita misteri.. bahkan novel-novel memang dah menjadi darah daging aku dari dulu.. bahkan penah satu kesah.. dalam kelas aku yang lama masa darjah 2 atau 3 kot, aku penah pecah kan satu almari lama.. ingatkan ada buku apa-apa yang boleh di baca.. tapi sebaliknya jumpa buku cerita lama-lama yang menggunakan bahasa-bahasa lam.. hah aku pon layan juga buku tu..
Habis buku kat lib tu aku baca.. maklum la lib sebelah kelas.. lambat je cikgu masuk aku ada la kat situ.. apa saja buku yang aku tengok menarik memang aku baca.. masuk sekolah baru aku di lantik jadi pengawas perpustakaan, makin menjadi-jadi hobi aku nih, abis buku-buku yang nak di buang/ rosak aku baca... lepas tu masuk ke sekolah menengah pon aku kena jadi pengawas perpustakaan.. masa tu sekolah petang.. tapi pukul 10 , 11 pagi aku dah sampai kat perpustakaan , boleh sambung aktiviti membaca.. bahkan kalau komik-komik pun banyak kat umah masa tu.. hu hu gila membaca betui aku.. tapi hak yang berfaedah tu teramatlah kurang nya..
Lepas tu masuk keja.. mula-mula keja kat lib nih memang target nak baca novel banyak-banyak.. sanggup kami tolong bahagian proses buku untuk mendapatkan novel baru nak di baca.. bahkan berebut-rebut kami.. siap tempah-tempah hak kawan tengah dok baca..  dan selepas tu masuk system perpustakaan aku dah mula gila komputer.. walaupun sekadar main game.. ada peluang main solitaire tuh pon dah jadi satu ketagihan.. dah tu boleh pulak lawan dengan kawan-kawan.. kemudiannya masuk pulak internet.. lagi la aku pulun aku membaca.. berita, blog , chat.. malahan apa saja benda baru aku baca.. aku betul ketagihan.. hu huu..
Lepas ni nampak gayanya aku kena berkadar-kadar saja la.. tak boleh nak pulun-pulun.. biarlah orang pulak yang pulun.. aku hanya perlu jaga keperluan pengguna saja.. h uhuuu...

Comments

:: Wiween :: said…
aik..encik suke membaca novel liena afiera malik yek? hehe
Zul Abdullah said…
cikgu wiween..
sebenarnya saya tak terikat untuk baca seseorang penulis saja.. cuma baru nak berjinak balik.. lepas nih mungkin baru ada penulis yang di minati... :)
cikin mohd said…
besh ke nOvel tu?
Zul Abdullah said…
cikin...
baru baca seploh muka surat.. dah kena mai berkursus.. balik nih la sambung balik... tapi kan tengok macam best saja...

Popular posts from this blog

Khutbah Jumaat 08112024 - JAIPs secara ringkasnya.

She got the 'P'..