Skip to main content

Kiri.. Kanan.. kiri... kanan....

 
Hari ni, sempena 31 Ogos 2008, aku memulakan latihan kawad, bermula dari jam 9.00 hingg 11.00 pagi, sungguh perit latihan ni, tapi bukan kerana latihan kawad yang perit tapi keadaan cuaca yang panas memang memeritkan. Tahun ni, aku tidak di minta untuk berkawad mewakili perpustakaan, kerana perpustakaan telah ada calon-calon yang telah di pilih, yang tentunya mereka-mereka yang istemewa yang terbukti mendapat perhatrian dari majikan ku.. (hu hu.. hu huu..), sebaliknya tahun ni aku di tendang untuk berkawad bersama Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri Perlis. Kontijen ini terdiri dari beberapa jabatan iaitu Pejabat Perpaduan, Muzium, Perpustakaan dan juga dari Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan.Negeri Perlis sendiri... walau apa pun latihan hari ni tak begitu serius, boleh lawak-lawak gitu... 
Hari ni juga, hari pertama aku bertugas di kaunter perkhidmatan pelanggan, merangkap kaunter fotostat.. jadi kerja aku hari ni adalah buat fotokopi untuk pengguna yang memang ramai hari ni, pasal cuti sekolah... berada disini memang mengimbas kenang masa mula-mula masuk kerja.. kira-kira 15 tahun dulu ( looo.. dah lama aku keja kat sini kan.. sedar tak sedar dah 15 tahun berlalu).. macam - macam kisah ada kat sini dulu, kenagan cinta monyet.. (yang lewat kot).. hu huu teringat juga batch yang masuk sama aku, saekarang dah berkeliaran entah ke mana, tinggal lah aku kesorangan kat sini... tak per lah biarlah kisah lama tu berlalu... aku ada kehidupan perlu di teruskan, ada keluarga yang perlu dijaga...
Oh ya.. besok... aku ada kursus yang akan diadakan di Perpustakaan Sultanah Bahiyah UUM... jadi aku kena tido awal la... ohh ya dua hari aku kursus kat sana, kursus yang berkaitan dengan Perkhidmatan Kaunter yang berkesan.. teramat sesuai lah dengan tugas aku sekarang ni (eh sebelum ni pon aku bertugas di kaunter jugak kan..?) ... hmm ...apa -apa lah.... ikut saja lah arahan... 

Comments

risanur said…
slmt berkursus...moga menjadi ahli kaunter yg terbaik slps balik dr kursus..chaiyo chaiyo!!
Neeza Shahril said…
naik pangkat tu zul, kena wakil kementerian.. mesti glamer ni.. hehehhh..

jaga counter ke? mesti ramai awek masuk situ.. tu yang senang jadi cinta monyet.. ;)
Zul Abdullah said…
risanur..
terima kasih dan InsyaAllah..

Neeza...
Emmm naik pangkat tu payah sikit la.. tapi kalau naik tangga kena selalu la.. glamor la bebudak cari nak fotostat buku.. hee heee

Heheee dulu, memang ramai awek yang masuk.. tapi last-last berkawan dengan sesama library jugak laa...

Popular posts from this blog

Khutbah Jumaat 08112024 - JAIPs secara ringkasnya.

She got the 'P'..