February 2009

Wednesday, February 25, 2009

Hujan...


kering-kontang.... 
sampai boleh main bola kat sawah... 

Sudah hampir dua bulan bumi Perlis nih tak di timpa hujan, dah kering kontang, merekah-rekah tanah kat sini, panasnya yang terik boleh mencecah 34 - 36c malahan kadang-kadang lebih, tapi sehari dua nih Alhamdulillah dah ada hujan ...  mungkin berkat doa dari tumbuh-tumbuhan dan bumi yang dahaga kan hujan maka ia pun turun dengan agak lebat.. tapi tidak lama, tapi ialah panas yang hampir dua bulan tu manakan cukup dengan hujan sepuluh minit untuk menghilangkan dahaga dua bulan tu kan, walau bagai mana pun cukup lah kita memanjat syukur.. itu juga rezeki dari Nya.. Alhamdulillah.....

Pesta Buku Perlis 2009 - Hari Petama


Hari ni adalah hari pertama PBP2009, pelbagai aktiviti yang telah di jalankan... antaranya ceramah pengurusan stress wanita, teknik menjawab soalan spm dan pameran serta pemeriksaan kesihatan oleh LPPKN.. nih antara senario yang dapat di rakamkan seharian nih... 













sehingga esok ada lagi beberapa aktiviti yang akan di jalan kan antara nya :  
  • Bengkel Anggun -10.00pg - Dewan Syarahan
  • Teknik Menjawab Soalan PMR (sains) - 3.00ptg - Dewan Syarahan
  • Pameran & Pemeriksaan Kesihatan oleh LPPKN

Pesta Buku Perlis 2009..


Meh kita tengok, pemandangan sehari sebelum pesta buku nih, masih kosong dan suni, persiapan masih lagi sedang di buat, peserta pon belum masukkan kan buku lagi... 
Keadaan gerai-gerai yang masih kosong dan lengang..

Hanya ada sorang supplier yang sedang menurunkan barang-barang...
Antara barang-barang untuk gerai BARKERPS..
..antara orang kuat BARKERPS.. sedang bertungkus lumus membuat persiapan..

.. antara persiapan terakhir

XPDC PD-MELAKA-KL part 4 : Ke Melaka


Kami bertolak ke Melaka selepas Check Out dari Motel seawal jam 8.00pagi untuk bertolak ke Melaka, singgah bersarapan sebentar dan kemudian teruskan perjalanan ke Melaka melalui jalan lama Teluk Kemang - Melaka ( err yer lah kot.. pasal tak naik highway dan jalan pon berliku-liku serta dalam proses kemasbaik lagi.. ) dan disepanjang perjalanan tu suka sangat aku tengok rumah Tradisional Melaka yang kecik molek tu.. 
(lebih kurang macam ni lah kot...)
Lebih kurang pukul 11.00 pagi kami sampai la kat destinasi pertama kami di Melaka, he hee mana lagi kalau tak ke Zoo Melaka, nak kabulkan hajat Athirah nak tengok Harimau, Gajah, Zirafahh dan seumpamanya (rakyat binatang).. sebetulnya memang dia suka sangat pon lah.. he he layan saja lah aksi dia... 


Besoknya lebih kurang pukul 8.30 pagi baru la bertola balik ke Jitra, tapi sempat juga singgah bersoping-moping kat KL, dari jam 12.30 tengahari sampai pukul 6.00 ptg.. adeh jenuh la dok merayau kat area JLN TAR, KLCC dan chow Kit.. sampai Jitra lebih kurang ...

Friday, February 20, 2009

Anieq Nu'man dah boleh meniarap..



gambar terbaru
Tengahari tadi kan, masa nak balik semayang, mama Anieq repot yang Anieq dah boleh meniarap, bukan tu sahaja malahan dah tendang-tendang kaki nak bergerak ke depan, hish macam tak percaya lah baru je 3 bulan lebih, dah tu pulak debab lak sikit si Anieq nih, tapi tengok tu macam aktif dah buas macam kakak dia jugak la, tak berhenti bergerak, susah nak dok diam.. jom tengok kat sini. . 

Thursday, February 19, 2009

Duit Plastik : apa pendapat anda?



Hari ini saya terbaca satu artikel yang menarik berkenaan Kredit Kad daripadaCNN, bertajuk Life Without Plastic. Ianya sangat menarik dan saya ingin berkongsi beberapa isi penting yang saya perolehi.
Tahukah anda dengan berbelanja menggunakan kredit kad, pembeli sebenarnya mempunyai toleransi tinggi untuk berbelanja pada barang yang berharga yang lebih tinggi berbanding jika menggunakan wang tunai. Kajian yang dijalankan di McDonald menunjukkan setelah mereka mula menerima kredit kad pada tahun 2004, pelanggan Kredit Kad membelanjakan US7 secara purata vs US4.5 apabila mereka bayar menggunakan wang tuna. Ini bermakna, pengguna Kredit Kad membelanjakan 35% lebih tinggi dari kadar perbelanjaan menggunakan wang tunai.
Saya sangat bersetuju dengan kenyataan tersebut. Sebelum ini, saya mempunyai 2 KK iaitu dari Maybank dan Citibank. Sejak membaca tentang banyak buku-buku Personal Finance terutamanya buku Total Money Makeover, saya membuat keputusan untuk tidak lagi menggunakan Kad Kredit. Untuk KK Citibank, saya buang terus pada bulan Mac 08. Tetapi Maybank masih berada di dalam dompet kerana komitmen membayar 2 laptop secara bulanan yang dibuat sebelum berjumpa buku TMM ;) Kalau ada duit pon tidak dibenarkan bayar habis. Tak pelik kan, sebab mesti bank dah buat keuntungan di situ walaupun katanya’ zero interest’.
Pengalaman menggunakan Kad Kredit tidak perit mana. Saya tak pernah kene interest bulanan tapi pernah kene 2 caj iaitu: Caj bayar lewat RM5 ( dua kali bermakna RM10) dan Caj kehilangan Kad Kredit RM50. Dulu saya nampak Kad Kredit sangat perlu, jadi apabila Kad tiada, saya sanggup dapatkan semula kad baru. Itupun memang kecuaian sebab kad sebenarnya tak hilang ada terselit kat celah-celah bahagian dalam kereta.Berapakah kerugian saya disitu? RM60!
Sejak tidak menggunakan Kad Kredit memang saya amat merasakan yang saya menjadi lebih Frugal ( berjimat cermat)! Awas, Frugal bukan bermaksud kita perlu menjadi ‘murah’. Suka sangat saya dengan The Art Frugal Livingyang ditulis oleh J.D ini. Dengan membayar menggunakan wang tunai, saya merasakan perbelanjaan lebih terancang dan ini membolehkan saya membuat lebih pelaburan.  Ingatkan dulu susah sangat berbelanja tanpa Kad Kredit, tapi sebenarnya mudah saja.
Teringat saya pada bulan April lepas, seorang agen Kad Kredit dari sebuah bank approach saya untuk menjadi pelanggannya. Dia tidak berjaya berceramah kerana mulut saya tak berhenti menceritakan bahaya Kad Kredit, lebih-lebih lagi bila saya tunjukkan buku TMM yang kebetulan ada di sebelah. Saya kata baikla awak ni jadi agen Unit Amanah, dapat bantu orang buat pelaburan untuk masa depan, bukan menjual plastik tersebut yang kononnya medium kecemasan tetapi sebenarnya membantu orang membuat hutang dan menghancurkan masa depan. Kesian brother tu, sorry eh brother. Tapi dia kata dia kagum dengar celoteh saya, macam seorang Certified Financial Planner eheh :p . Anyway brother.. itu memang goal saya..to be CFP. Tapi you pon memang cool la.
Sesetengah daripada individu merasakan at least one Kad Kredit perlu .  Perlu macamana?  Tepuk  dada tanya selera! Di dalam artikel CNN tersebut, penulisnya Rosato juga berkongsi dengan kejayaan 10 keluarga yang berjaya hidup tanpa Kad Kredit. Mereka hebat. Saya juga tidak sabar untuk hidup tanpa plastik tersebut. hehe
Rosato membuat kesimpulan menarik:
So maybe living without plastic won’t make you thinner, more athletic and healthier. But there’s no doubt that giving up credit cards can go a long way toward helping you spend less and save more. Who doesn’t want that, especially today?
Bagaimana dengan anda? Sanggupkah anda hidup tanpa Kad Kredit? Jika sudah berjaya, kongsikan rahsia kejayaan tersebut!!
Lastly, a wise saying for you to ponder:
Strength and growth come only through continuous effort and struggle - Napoleon Hill
di petik dari sini


Errr apa pendapat korang yer pasal penggunaan kad kredit..?

Itu saja...???????


Isk.. korang pon tahu kan, aku sekarang nih kerja berganti-ganti di dua kaunter, sekejap bahagian rujukan, sekejap kat bahagian kanak-kanak, jadinya sekarang ni semua orang sedang sibuk berurusan dengan tugasan masing-masing untuk menjayakan Pesta Buku Perlis 2009, Anjuran Perpustakaan Awam Perlis dengan Badan Kebajikan Sukan dan Rekreasi -BAKERP .. (adeh aku tak leh nak hapal nama penuh dia lagi.. punya la panjang..), aku pulak terpaksa bertugas di dua-dua kaunter, isk berkejar-kejaran la aku, sekejap diatas, sekejap kat bawah.. 

Hari ni pon macam tu juga, masih lagi bermarathon aku nih, sekejap atas, sekejap turun pulak bawah, yer la bila dah pukul 5 jer kat bawah pegawai aku dah balik, kena ganti dia, kat atas orang yang bertugas belum lagi balik, entah kemana perginya dengan urusan dia.. jadi nak buat macam mana? Akhirnya aku tutup jer lah kaunter atas.. turun bawah pasal bahaian atas tu ada pengawal jaga, bahagian kanak-kanak yang jauh di belakang bangunan nih mana lah ada guard nak jaga, jadi cover kat sini ajer la.. 

Sekali bila sampai je kat bawah, pegawai aku nih dah siap tutup bilik mana-mana yang perlu, cuma tinggal lampu saja satu dua lagi, kebetulan pulak bebudak takdok, mungkin sukan sekolah masih belum habis, baru je aku nak padam lampu.. terkedek-kedek datang dua orang budak cina, ingatkan nak hantar buka ka, nak pinjam buku ka, tapi rupa nya hanya nak beli 'art sand' yang kelab jual tu, lepas bayar duit terkedek-kedek depa balik, adeh buat penat aku bukak komputer, lampu-lampu, bilik-bilik nih, kalau ku tahu kan ke senang, alang-alang dah bukak komputer nih sempat juga la aku buat apdet kan... 

Err selsema aku masih ada tapi dah berkurangan dah, nanti kalau sempat aku apdet balik pasal XPDC PD-MELAKA-KL tuh.. ada lagi ceritanya tu...

ini lah rupa nya sand art tu (lebihkurang)
gamaknya dah menjadi kegilaan kesukaan bebudak la ni,
nak kata laris tu idak le, tapi laku juga la.. 

Wednesday, February 18, 2009

XPDC PD-MELAKA-KL part 3 : Ada Ayah Pin berlarian di atas Bumbung Motel..


12-02-09


Hari kedua di Port Dickson bermula seawal 8.30 pagi, selepas bersiap semua, kami pon bertolak ke destinasi yang telah di tetapkan, tetapi sempat juga singgah bersarapan di sebuah gerai on the way nak pergi ke Tanjung Tuan pasal hendak melawat Rumah Api Tanjuang Tuan yang terkenal sebagai tempat melihat anak bulan juga tempat mencerap bintang ( errr ye ke.. macam tu la kata guard situ..) sampai kat situ dalam pukul 9.30 pagi kot.. lepas tu kena lah berjalan untuk sampai ke puncak... jauh juga la.. dalam 850 meter rasanya.. dah tu pulak jalan dia berliku-liku dan mendaki pulak tuh.. sungguh aku teruja.. dah lama tak buat aktiviti macam nih, yang paling seronoknya Athirah ponlayan jugak.. tak mau di dukung... dia nak berjalan.. dan memang dia berjalan di sepanjang perjalan naik tuh, lepas tu ramai lah yang memimpin dia.. dia kata kononnya student2 semua tuh adalah kawan-kawan dia la.. siap panggil " kawan-kawan..." ala-ala macam bebudak sekolah bercerita tu la....





Perjalanan ke puncak mengambil masa lebih kurang 20 - 30 minit aku rasa, boleh memerah keringat untuk berguguran, tapi aku suka sangat.. dah lama tak beraktiviti mendaki macam nih.. tapi perjalanan yang memenatkan itu memang berbaloi dengan view yang indah... dengan cuaca yang agat dingin memang menyegarkan badan... Hampir sejam ada kat situ, selepas puas menikmati panorama yang lawa itu, menghidup udara yang segar dan memerah keringat yang hampir berkarat tidak pernah dikeluarkan tuh, juga selepas puas berposing-posing sakan tuh maka kami pun bertolak turun dalam pukul 12.30 tengah hari.. bertolak turun memang lah tidak sesusah masa naik, rasa nya sekejap saja dah sampai... dah sampai kat bawah baru lah masing-masing dah rasa lenguh sana lenguh sini,.

Dalam perjalanan balik tuh sempat juga singgah kat Muzium Angkatan Tentera kat Port Dickson, ada dua tempat kami pergi, satu tuh ada di tempatkan kereta perisai.. dan yang satu tempat lagi tu macam-macam ada, ada kereta perisai, ada kapal terbang, kereta api dan juga gua bawah tanah yang menunjukkan bagaimana komunis hidup di dalam terowong.. di situ juga ada tugu peringatan pada askar yang terkorban semasa bertugas... cantik tempat dia.. yang seronoknya Athirah la, suka sangat dia boleh bergambar dengan Thomas.. (alah kartun kereta api Thomas and friends kat Astro tuh...) Habih melawat semua tuh dah pukul 2.30 petang, aku sempat tapau nasi goreng untuk makan tegah hari / petang.. dan macam biasa bila dahletih berjalan tuh dalam perjalanan balik Athirah tertido juga lah..

Sampai kat bilik angkat masuk bilik pon tak tersedar juga Athirah nih, hmm apa lagi lepas maka dan sembahyang semua abah dan mama pon tumpang berdua kaki juga la... letih juga la, dah lama tak jalan-jalan macam tuh, sementara tuh student2 tuh pergi aktiviti kat pantai.. kami join depa dalam pukul 6.00 petang selepas Athirah bangun .. tapi taklah mandi-mandi laut, tengok macam tak berselera pulak, mungkin dah petang sangat kot, Athirah dengan mama di saja dok main-main kat gigi air tuh, biarkan ombak membelai betis-betis itu... aku hanya berjalan-jalan sambil tangkap gambar

... dalam 7.15 petang baru lah kami berjalan balik ke motel, sempat juga singgah makan-makan kat Restoren Masakan ala Thai sebelah Motel tu... jadinya malam tu masing-masing buat aktiviti sendiri la. Oleh kerana tak dak aktiviti, student2 pon keluar cari makan sendiri-sendiri la, ada yang pergi restoren masakan ala Thai tu, ada juga yang keluar dengan bas nak pi cari KFC.. jauh gak tuh kat Seremban tu nak cari KFC... aku dok layan tengok berita saja lah, Athirah dan mama dia pergi rumah sebelah sembang-sembang dengan student dia.. dalam masa tuh lah ada moto lalu depan rumah sambil press moto kuat kuat, lepas tu dia patah balik, sekejap kemudian dia datang lagi press moto kuat-kuat lagi, ingatkan bebudak moto nak race ke apa ke.. tapi kejap tu juga dengar dia pekik "Allah Hu Akbar.. Allah Hu Akbar".." Ya Allah Selamatkanlah anak Adam, bebas kan mereka dari kemungkaran dan kesesatan..." macam tu lebih kurang... aku terus saja kuncikan pintu.. dahla tinggal aku sorang-sorang kat bawah, kang dia terjah masuk jenuh aku nak kepong, bebudak lelaki semau keluar gi makan termasuk dreba2 bas.. kemudian mem aku tepon kata ada orang gila, ada bebudak kat umah tu dah nangis2 ketakutan.. isk haru nih.. Kejap kemudian datang lah sorang guard India dengan tokei motel tu kot berbangsa cina pergi kejar mamat tuh, depa dah siap telepon kat polis, dah tenang sikit baru aku tanya kat tokei cina tu apa pasal, dia kata ada orang mabuk kot.. hmm orang mabuk boleh seru Allah Hu Akbar ka..? Kemudian tuh baru la sorang student lelaki nih datang, pergi tengok.. siap dok layan bersembang lagi dengan mamat tuh, lepas tu baru Polis datang.. lepas tu polis tu pujuk-pujuk dan sembang lebih kurang mamt nih pon balik la.. selepas polis tu gertak nak hantar kat Tampoi.. dari cerita dari student ni dan juga polis tu baru la tau kesahnya.. rupanya ni dok belajar Tabligh, mungkin dari amalan dan pembelajaran tu, dia tak boleh nak terima ilmu tinggi2 macam tu, kirannya macam gila isin la kata orang tua, pasal dia datang kat motel tu dia kata ada nampak Ayah Pin kat atas bumbung rumah tu, jadi dia datang nak selamatkan kami semua la... jadinya cerita tu tamat kat situ saja la... 

Adeh dah lenguh jejari aku nak menaip, panjang la pulak ceta ni, nanti aku sambung lain lah, ceta lawatan ke Melaka pulak....

Tuesday, February 17, 2009

XPDC PD-MELAKA-KL part 2


11.02.09


Selepas Check In dan simpan barang masing-masing, mandi-mandian juga berlepak-lepakkan sebentar, maka bermula lah program pertama yang disediakan oleh student, sebagai pemantau mem aku hanya ikut saja lah program yang depat buat, semua urusan di uruskan oleh student sendiri, jadi kami main tumpang ikut sahaja lah, lawatan pertama iala melawat ladang burung unta (Ostrich), yang terletak berhadapan dengan pagar Poli Port Dickson, konon nya terdapat burung unta dan dengan sedikit bayaran boleh di tunggang, juga terdapat haiwan-haiwan lain la.. lebih kurang macam mini zoo la, tapi kan bila sampai saja kat sana, tengok tempat tu dekat saja dengan motel penginapan kami, dah tu kecik saja, burung pon macam tak banyak saja, seolah-olah tempat ni macam tak di jaga, dah tu pulak kan nak masuk kena bayar lak RM6.00 sekepala, masing-masaing rasa macam tak berbaloi, pada aku kalau tengok burung unta kat ladang jabatan haiwan Perlis kat Padang Besar tu lagi banyak, cargas dan terjaga.. jadi semua akat tak mau masuk dan terus ke program seterusnya.... Nilai 3.

Dalam pukul 10.30 pagi macam tu kami pon bertolak ke Nilai, tempat yang dikatakan syurga bershoping, hmm tapi dalam hati aku tak dapat nak gambar kan apa jenis barang yang nak di belikan.. (budget tengah bulan, paham2 aje la...) Dalam pukul 12 tengahari bemula lah aktiviti shoping ini, aku, athirah ngan mem hanya ber window shopping dan makan-makan saja tapi dalam masa tu sempat juga menyambar kain sepasang ( .. dah namanya pompuan kan..?) hanya itu sajalah yang yang kami bawak balik dari Nilai 3... Dalam pukul 3.00 petang bertolak balik ke motel untuk program petang di Pantai Teluk Kemang, dalam perjalanan balik tu Athirah lak tertido, jadi samapi kat bilik angkat masuk bilik masih lagi tak jaga, makan kedua abah dan mama pun tumpang tido berdua-dua kakinya, para student itu meneruskan program depa maing-masing... ntah pulak apa program depa petang tu, kami tertido sampai pukul 6.30 petang, terus tergesa-gesa mandi dan sembahyang, lepas tu habiskan ration yang beli semlam tu, malam dalam pukul 8.30 malam keluar pulak ke Pasar Malam untuk cari makan.. 

Habis lah sudah cerita hari pertama di Negeri Sembilan, nanti aku sambung cerita hari kedua dan kat Melaka..

XPDC PD-MELAKA-KL part 1


10-02-09


Sebelum aku mulakan cerita pasal XPDC ke PD-MELAKA-KL nih, aku nak mintak maaf pasal lama sangat delay cerita ni, sebenarnya perjalanan ni bukan lah di rancangkan sebetulnya, hanya satu kebetulan dan diluar perancangan pon, rancangannya bulan 3 nanti baru lah nak travel, bila adik Aniq dah besar sikit... Tapi dengan tiba-tiba saja mem aku kena menggantikan pengiring program lawatan ni yang terpaksa berkursus kat tempat lain, kalau boleh tu memang mem aku tak mau pegi lah sementelah adik Anieq yang masih kecil dan belum pernah ditinggalkan, juga kesian juga dia pasal menyusu mama dia... tapi kerana tugas, apa kan daya terpaksa lah di tinggalkan adik Anieq ( rancangan asalnya nak bawak Adik juga, tapi mesti susah jadinya nanti, nasib baik Tok Pah dia mau ngasuh.. kalau tak harus kena bawak juga..)

Perjalanan bermula dari dari rumah Tok Pah ( he hee.. bagi panjang ceta la ni..). Selepas balik dari keja, selepas siap kemaskan segala keperluan, kami bertolak ke rumah Tok Pah lebihkurang jam 7.00 petang, untuk tinggalkan adik Anieq kat situ, lepas sembahyang Isyak baru kami bertolak ke Polimas Jitra, emm macam kesian tau nak tinggalkan adik Anieq, tengok muka dia sayu aje.. tak penah lak dia terjaga dalam pukul 9.30 malam, tapi malam tu dia terjaga.. macam nak hantar mama, abah dan ayong gi jejalan saja.. Athirah juga malam tu tak la dia ngantuk pulak, mungkin excited nak naik bas kot(macam abah dia juga la..), dalam pukul 10.30 malam kami sampai kat Polimas, tengok belum ada yang sampai lagi... jadi sempat lak kami ronda Pekan Jitra cari ration. Mana lah tau kot lapar di tengah malam... Dalam pukul 11.20 macam tu baru kami patah balik ke Polimas.. sampai saja dah ada  5 - 6 orang student dah tunggu, dalam 11.30 macam tu baru bas sampai, terus saja kami masukkan bag kedalam perut bas (?) Dalam jam 11.45 malam baru kami bertolak selepas semua student (dalam 36 orang macam tu, 30 perempuan  6 lelaki) sampai.. di awal perjalanan tu Athirah masih lagi tak tido, masih lagi dok bersembang, bertanyakan nak pergi mana, masih dok tengok kenderaan kat atas highway tu, tanya itu tanya ini, sampai dekat pukul 1.00 pagi baru dia tertido.. mungkin dia masih tak biasa dengan bunyi bising enjin bas kot.

11.02.09

Kami sampai di R&R Seremban dalam pukul 6.30 pagi, dalam perjalan yang lancar, tiada hujan dan henti-henti dalam perjalanan, mungkin dah lewat malam menyebabkan masing-masing tido saja (kecuali Pakcik Dreba tu la.. ), singgah sebentar di hentian Rawang untuk mengisi minyak (.. juga buang minyak..) dalam pukul 5.00 pagi(huh laju juga pakcik tu bawak kan..?) Sempat juga ber Subuh di R&R Seremban  juga sarapan pagi sebelum bertolak semula pada jam 7.30 pagi untuk check in kat Pearl Villa Motel kat Teluk Kemang, Port Dickson Negeri Sembilan... 

Sunday, February 15, 2009

XPDC PD-MELAKA-KL


Uish.. aku baru saja sampai dari KL jam 2.30 pagi tadi, tido kat rumah mak mentua kau sebab nak amik adik Anieq, masih letih dan mengantuk lagi nih, beg pulak baru saja bawak turun dari keta, banyak kain baju nak kena basuh, bilik nak kena kemas, he hee jadi tak sempat nak update panjang-panjang, nanti-nanti la aku ceta kan pasal XPDC yang terkejut tergempar ini....  

Search This Blog

My Book Rack

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...