Skip to main content

XPDC PD-MELAKA-KL part 1

10-02-09


Sebelum aku mulakan cerita pasal XPDC ke PD-MELAKA-KL nih, aku nak mintak maaf pasal lama sangat delay cerita ni, sebenarnya perjalanan ni bukan lah di rancangkan sebetulnya, hanya satu kebetulan dan diluar perancangan pon, rancangannya bulan 3 nanti baru lah nak travel, bila adik Aniq dah besar sikit... Tapi dengan tiba-tiba saja mem aku kena menggantikan pengiring program lawatan ni yang terpaksa berkursus kat tempat lain, kalau boleh tu memang mem aku tak mau pegi lah sementelah adik Anieq yang masih kecil dan belum pernah ditinggalkan, juga kesian juga dia pasal menyusu mama dia... tapi kerana tugas, apa kan daya terpaksa lah di tinggalkan adik Anieq ( rancangan asalnya nak bawak Adik juga, tapi mesti susah jadinya nanti, nasib baik Tok Pah dia mau ngasuh.. kalau tak harus kena bawak juga..)

Perjalanan bermula dari dari rumah Tok Pah ( he hee.. bagi panjang ceta la ni..). Selepas balik dari keja, selepas siap kemaskan segala keperluan, kami bertolak ke rumah Tok Pah lebihkurang jam 7.00 petang, untuk tinggalkan adik Anieq kat situ, lepas sembahyang Isyak baru kami bertolak ke Polimas Jitra, emm macam kesian tau nak tinggalkan adik Anieq, tengok muka dia sayu aje.. tak penah lak dia terjaga dalam pukul 9.30 malam, tapi malam tu dia terjaga.. macam nak hantar mama, abah dan ayong gi jejalan saja.. Athirah juga malam tu tak la dia ngantuk pulak, mungkin excited nak naik bas kot(macam abah dia juga la..), dalam pukul 10.30 malam kami sampai kat Polimas, tengok belum ada yang sampai lagi... jadi sempat lak kami ronda Pekan Jitra cari ration. Mana lah tau kot lapar di tengah malam... Dalam pukul 11.20 macam tu baru kami patah balik ke Polimas.. sampai saja dah ada  5 - 6 orang student dah tunggu, dalam 11.30 macam tu baru bas sampai, terus saja kami masukkan bag kedalam perut bas (?) Dalam jam 11.45 malam baru kami bertolak selepas semua student (dalam 36 orang macam tu, 30 perempuan  6 lelaki) sampai.. di awal perjalanan tu Athirah masih lagi tak tido, masih lagi dok bersembang, bertanyakan nak pergi mana, masih dok tengok kenderaan kat atas highway tu, tanya itu tanya ini, sampai dekat pukul 1.00 pagi baru dia tertido.. mungkin dia masih tak biasa dengan bunyi bising enjin bas kot.

11.02.09

Kami sampai di R&R Seremban dalam pukul 6.30 pagi, dalam perjalan yang lancar, tiada hujan dan henti-henti dalam perjalanan, mungkin dah lewat malam menyebabkan masing-masing tido saja (kecuali Pakcik Dreba tu la.. ), singgah sebentar di hentian Rawang untuk mengisi minyak (.. juga buang minyak..) dalam pukul 5.00 pagi(huh laju juga pakcik tu bawak kan..?) Sempat juga ber Subuh di R&R Seremban  juga sarapan pagi sebelum bertolak semula pada jam 7.30 pagi untuk check in kat Pearl Villa Motel kat Teluk Kemang, Port Dickson Negeri Sembilan... 

Comments

Popular posts from this blog

Kalau Grab di Perlis - Inspired By Copilot

Entri kira muat...

Kasihani lah....