Skip to main content

Hari ini hari Ahad....

Lawa je muka dia awal tu... lepas tu ngusik tak gi tengok gambar dia...
He hee tengok tuh.. dah jadi sengal... ha haa haa
Yehaaa... hari ini hari Ahad... tak de amenda nak di buat, mengasuh Athirah saja.. tu pun sebahagian nya dia dok dengan Angah dia, makan pon Angah dia yang suap.. harap pak dia ni, memang dia tak mau la... Athirah pon buat masa ni ok la lagi, masih tak jemu-jemu dok tengok kartun kat tv tuh, entah la.... bila la nak jemunya tengok katun nih, dah macam-macam katun yang di hafalnya, Jin Jan la, sunny la, thomas la, Mickey Mouse, Minnie Mouse, Tom n Jerry dan entah bermacam-macam lagi, semunya dia tau... dan dia nak tengok takleh tumpang la nak tengok haklain.. dia la semua nak tengok.. isk..
pokok ketapang yang sedang mengugurkan daun...
hah tengok lak background dia.. biru jer langit tak berawan.. 
Habih dah boring tu, ronda-ronda la kat kawasan rumah, bawak kemera sekali.... hmmm sekarang nih dah musim panas, kering dan kemarau.... hujan dah sebulan rasanya tak turun, air kat bendang memang dah kering, bendang pon tinggal tunggul padi sahaja,  padinya dah habis di tuai, jadi panasnya makin menjadi-jadi la... boleh membawa kepada kejadian puting beliung sekarang nih, angin pon agak kuat sekarang nih, puting beliung ni di skala kecik la.. hanya menerbang kan jerami-jerami padi, kadang-kadang tu dengan arang-arang nya sekali diangkut dan diangkat, kadang-kadang tu setinggi bangunan 3 tingkat.. bayangkan.. lepas tu habis la masuk dalam rumah, maka berdebu habis dalam rumah, tapak kaki pon jadi hitam jugakk..  
pokok mempelam siam tepi rumah...
dah berbunga... 
Selain tu jugak, sekarang nih nampak gayanya pokok mempelam , juga mempelam harumanis dah mula berbunga, tengok tu macam nak lebat saja tahun ni, pokok buah buahan pon juga dah mmula nak berbunga, tadi sempat jengok pokok rambutan belakang rumah tu, hmm dah ada haya-gaya nak berbunga, kalau ada rejeki boleh la merasa pulak, kalau lebih kita hantar lah sikit bagi orang masjid leh merasa, pasal masjid nih sebelah umah saja...  ade lah dah habih laporan.. nak gi cuci keta lah.. berdebu-debu dah keta tuh.... sayng nya tak dok gambar lagi.. nanti la aku masukkan...

Comments

Neeza Shahril said…
comelnya Athirah.. ikut muka sape lah tu.. mesti mak dia!! hehee..

zul, kalau mangga berbuah dan masak, hantar2 lah kat sini yeee.. hehehe..
Catwoman said…
Alahai comel nye!!!

Popular posts from this blog

Kalau Grab di Perlis - Inspired By Copilot

Entri kira muat...

Kasihani lah....