September 2009

Tuesday, September 22, 2009

Selamat Hari Raya...




Salam, dan selamat hari raya Aidil Fitri, setelah sebulan berpuasa, menahan lapar dan dahaga, juga perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa, juga dari sebarang dugaan-dugaan lain boleh mengurangkan pahala puasa.. hmm dah lama aku tak mencoret kat sini, dah rasa kaku jari jemari nak menaip panjang-panjang, bukan itu saja malahan idea nak mencoret pun dah tumpul.

Berbalik pada kesah raya tahun ni, rasanya meriah juga walaupun biasa-biasa sahaja, dengan keadaan ekonomi yang kurang mengizinkan persiapan juga agak terhad, semuanya kena catu, he hee kesianya.. macam biasa sembahyang sunat Aidil fitri di masjid dekat umah, jadi senang tak payah kalut2, lepas saja sembahyang sempat juga berziarah kedua pusara ayah dan ibu serta kakak yang telah pergi dahulu, kemudian sebuah dua rumah sedara mara sebelum balik ke kampung mem aku.

Kat sini tak banyak sangat aktiviti jalan-jalan yang dapat di jalankan, pasal bila dok dekat rumah orang tua-tua (tok nyang Athirah dan Anieq), biasanya akan sentiasa ada orang yang datang berhari raya, tambah pulak bila ada ramai sedara mara, jadi macam tak putus-putus orang datang...


..keluarga kecik ku

... keluarga kami

...berziarah

Saturday, September 19, 2009

Thursday, September 10, 2009

Angan-angan


Hai.. entah apa kena dengan aku ni, sejak aku terpandang akan dia, hati aku tergaru-garu, mungkin malam ni mimpi aku akan terganggu lagi, igau aku akan jadi makin panjang, walaupun hanya terpandangkan gambarnya .. tapi aku sudah jatuh cinta, entah kenapa hatiku mudah sangat jatuh cinta kali ni, maafkan lah aku sayang, maafkan abah Athirah dan Anieq, abah jatuh cinta pandang pertama dengan Nokia N97 Mini ini, harus aku kena ikat perut untuk dapat kan nya.. tapi entah kan bilo.. harganya pun mencecah 2K.. hu huu

Search This Blog

My Book Rack

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...