June 2007

Wednesday, June 27, 2007

Monday, June 18, 2007

Happy Belated Birthday!


Sekitar mini majlis ulang tahun Athirah yang pertama, walaupun majlis kecik (.. budget pon kecik) tapi kira ok la, pasal ramai juga yang datang, emm keluarga sebelah mem aku, sebahagian dari jemaah masjid dan juga dua tiga keluarga dari kampung aku, malahan pengasuh anak aku dan jiran2 nya, juga teselit di situ Jamsari Sabian (bekas penjaga gol Selangor dan sekarang bermain untuk Kedah) sekeluarga.

Wednesday, June 13, 2007

Apa nak di kata?



Iye lah, apa aku nak kata? sesungguh tiada apa yang boleh dikata .... bila kita berpegang pada suatu keyakinan, dan keyakinan itu menjadi satu obsesi, dan obsesi itu kita akur.. pedulikan kata orang.. sesungguhnya aku tahu apa kehendak aku, aku tahu apa yang aku lakukan. dan aku percaya apa yang aku lakukan adalah benar... jadi pedulikan orang lain...!!

Tuesday, June 12, 2007

Selamat Ulang Tahun



Setahun dulu

sekitar 7.00 pagi,
aku termenung, memikir..
apa tujuan sebenar hidup ku,
kemana tujuan hidup ku,
siapakah yang akan melengkapkan hidup ku,

tepat jam 7.32 pagi,
seorang insan lahir kedunia,
mungkin ini lah, tujuan satu kehidupan,
dan ini juga sebagai pelengkap suatu kehidupan..

tapi,
aku masih belum yakin,
aku masih ragu,
di hadapan ku, masih kelabu,
sirna tetap meyelubungi pandangan ku..
adakah cahaya disebalik sirna itu?

Hari ni,
Tepat jam 7.32pagi,
Genap setahun,
Insan kerdil itu dah sethun,
walaupun sirna masih menyelubungi,
tapi cahaya hadapan makin terlihat,
sesungguhnya itu lah satu janji,
itu la azimat,
dan keyakinan makin menghijau..

sesungguh hanya kerana kau,
seorang Athirah,
Selamat Hari Lahir,
moga sirna di hadapan mu,
secerah bintang timur dilangit,
menjadi pedoman, kepada pelayar kehdupan,
dan sesungguhnya kehadiran mu,
pengubat seluruh jiwa raga ku..

Search This Blog

My Book Rack

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...