Skip to main content

Selamat Ulang Tahun


Setahun dulu

sekitar 7.00 pagi,
aku termenung, memikir..
apa tujuan sebenar hidup ku,
kemana tujuan hidup ku,
siapakah yang akan melengkapkan hidup ku,

tepat jam 7.32 pagi,
seorang insan lahir kedunia,
mungkin ini lah, tujuan satu kehidupan,
dan ini juga sebagai pelengkap suatu kehidupan..

tapi,
aku masih belum yakin,
aku masih ragu,
di hadapan ku, masih kelabu,
sirna tetap meyelubungi pandangan ku..
adakah cahaya disebalik sirna itu?

Hari ni,
Tepat jam 7.32pagi,
Genap setahun,
Insan kerdil itu dah sethun,
walaupun sirna masih menyelubungi,
tapi cahaya hadapan makin terlihat,
sesungguhnya itu lah satu janji,
itu la azimat,
dan keyakinan makin menghijau..

sesungguh hanya kerana kau,
seorang Athirah,
Selamat Hari Lahir,
moga sirna di hadapan mu,
secerah bintang timur dilangit,
menjadi pedoman, kepada pelayar kehdupan,
dan sesungguhnya kehadiran mu,
pengubat seluruh jiwa raga ku..

Comments

Popular posts from this blog

Kalau Grab di Perlis - Inspired By Copilot

Entri kira muat...

Kasihani lah....