September 2017

Saturday, September 30, 2017

Friday, September 29, 2017

Thursday, September 28, 2017

Kesungguhan mèreka..



Pesta Air Perlis, pastinya pesta tahunan yang di nantikan buat rakyat Perlis, terutamanya mereka yang  terlibat secara langsung dalam pertandingan-pertandingan air ini. Tapi yang menjadi tarikan utama ialah Perlumbaan Perahu panjang yang menjadi sangat objektif bagi mereka, menjadi satu passion atau boleh di katakan satu kegilaan bukan sahaja peringkat belia, malahan juga bagi golongan veteran turut memberi sokongan seratus peratus, manakala bagi golongan kanak-kanak merupakan satu mainan mulut bercerita sesama mereka.

Persiapan perlumbaan perahu panjang ini bukanya mudah, sebulan pertama perahu yang sama di gunakan untuk latihan berkayuh. Ketepikan soal kerja menagkap ikan ( kebanyakan dari mereka bekerja sebagai nelayan) , ketepikan juga keseronokan lain, siang berkayuh malam mengatur strategi. Habis  latihan, tiba masa untuk menghias perahu. Pertandingan perahu panjang ni diberikan kepada 2 kategori, iaitu perahu 12 dan perahu 16. 

Hasil carian imej untuk pesta air perlis 2016

Menjelang hari perlawanan, pakat berhimpunan, siang dan malam bercerita, membuat persiapan. Saudara-saudara jauh sanggup balik berkampung beramai2, malahan ada yang seminggu sebelum pertandingan dah sampai. Ada yang snggup tidak balik berhari raya asalkan dapat balik untuk Lawan Perahu ini. Begitulah antara kegilaan nya.. sanggup segalanya demi memeriahkan pesta air ini.

Banyak nak aku coretkan.. tapi masa tak panjang.. nanti lah.. aku baru terasa akan passion nya mereka.!

Wednesday, September 27, 2017

Sambungan.... catatan sepi


Well.. dah lama tak mencatat, jadi aku rasa tak dak lah kot follower aku yang rajin dok baca... kalau adapon tentu perantau sesat yang singgah kemari. Kalau ada follower lama tu.. harap2 dapat la tinggalkan jejak.. tau la aku ada org yang baca..

Umoq2 separuh abad dah ni tak da lah nk merapu, meraban dan merepek dah.. cuma mencurah rasa yang tersimpan di dalam hutan rasa yg tak brtepi ni..

Ok stop juga dulu.. dh ngantuk ni. Nanti2 lah sambung....
Entah kan bila pulak ni

Tuesday, September 26, 2017

Lama benar tak menulis


Ok mmg dah lama.. lama benar takdak sebarang catatan. Hadirnya facebook antara faktor keseganan nan melampau.. apataknya.. tulis kat sini berapa keratnya yang nak baca?

Tapi untung juga masih ada tempat nak menulis... biarlah orang tak baca pon... biar lah jadi pencoret tanpa pembaca.. ada lah lebih baik...

Cukuplah dulu... catatan sepi buat yang dah lama tak mencatat...

Wednesday, September 20, 2017

Tuesday, September 19, 2017

Friday, September 15, 2017

Saturday, September 9, 2017

Friday, September 8, 2017

Thursday, September 7, 2017

Friday, September 1, 2017

Search This Blog

My Book Rack

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...