Skip to main content

Kesungguhan mèreka..


Pesta Air Perlis, pastinya pesta tahunan yang di nantikan buat rakyat Perlis, terutamanya mereka yang  terlibat secara langsung dalam pertandingan-pertandingan air ini. Tapi yang menjadi tarikan utama ialah Perlumbaan Perahu panjang yang menjadi sangat objektif bagi mereka, menjadi satu passion atau boleh di katakan satu kegilaan bukan sahaja peringkat belia, malahan juga bagi golongan veteran turut memberi sokongan seratus peratus, manakala bagi golongan kanak-kanak merupakan satu mainan mulut bercerita sesama mereka.

Persiapan perlumbaan perahu panjang ini bukanya mudah, sebulan pertama perahu yang sama di gunakan untuk latihan berkayuh. Ketepikan soal kerja menagkap ikan ( kebanyakan dari mereka bekerja sebagai nelayan) , ketepikan juga keseronokan lain, siang berkayuh malam mengatur strategi. Habis  latihan, tiba masa untuk menghias perahu. Pertandingan perahu panjang ni diberikan kepada 2 kategori, iaitu perahu 12 dan perahu 16. 

Hasil carian imej untuk pesta air perlis 2016

Menjelang hari perlawanan, pakat berhimpunan, siang dan malam bercerita, membuat persiapan. Saudara-saudara jauh sanggup balik berkampung beramai2, malahan ada yang seminggu sebelum pertandingan dah sampai. Ada yang snggup tidak balik berhari raya asalkan dapat balik untuk Lawan Perahu ini. Begitulah antara kegilaan nya.. sanggup segalanya demi memeriahkan pesta air ini.

Banyak nak aku coretkan.. tapi masa tak panjang.. nanti lah.. aku baru terasa akan passion nya mereka.!

Comments

Popular posts from this blog

Kalau Grab di Perlis - Inspired By Copilot

Entri kira muat...

Kasihani lah....