Skip to main content

Makan-makan....

 
Hari sabtu hari tu. mem aku ada la buat makan-makan sikit, bukan ada apa sangat saja jemput ahli keluarga dia mai makan kat umah aku ni, bukan ada sebarang occasion sangat pon cuma nak makan-makan saja lah, adalah dalam 12 - 15 orang rasanya, tak banyak pon, ikan bakar tu dalam 5 ekor, udang goreng kunyit, sotong goreng tepung, tomyam campur , errr sayur kangkung goreng belacan... pastu ada la sikit-sikit ulam... awal nya tu sempat lah aku snap sekeping dua gambar, lepas dok sibuk tidurkan Athirah pasal mama dia jadi ketua chef, tukang bakar ikan ialah Tuk Ayah dan Tok Ngah Athirah, tukang masak ialah Tok Ngah Athirah dan Tok Pah dia jadi penyedia bahan masakan dan pembantu chef.. Tok Nyang dia jadi pengarah seni masakan... dok atas kerusi sahaja pasal dah kurang larat nak bergerak banyak...

Anyway majlis yang kecik nih pon kadang-kadang terasa jugak kemeriahan dia juga, pasal kat umah aku ni ada dua tiga kerat orang saja.. jadi bila ada orang lain datang memang terasa meriah la... mengenai ikan-ikan, udang dan sotong tu kalau dimakan di gerai makan boleh mencecah 300 - 400 oooo... ni kira projek save budget nih... apa-apa pon niat nak makan-makan ni terlaksana sudah... sehingga projek makan-makan seterusnya... moga murah rejeki ler.... InsyaAllah akan datang ada lagi....

Comments

Neeza Shahril said…
sedap tuuuu.. nak sikit ;)
Zul Abdullah said…
meh neeza...
cepat-cepat sebelum terlambat.. kalau dah terlambat tinggai tulang dan kulit saja la... :)
Catwoman said…
Wahhhh,sedapnyer En. Kelu. Nak makan gak,boleh ke?

Popular posts from this blog

Khutbah Jumaat 08112024 - JAIPs secara ringkasnya.

She got the 'P'..