Skip to main content

Kisah hari ni lagi..

Bersambung lagi kisah hari ni, Bang Ngah, ada lawatan sekolah, jauh betul lawatan sekolahnya.. membawa sampai ke Perlis, alah macam balik kampung juga rasanya. Depa punya Itinari perjalanan cukup mudah. Pagi selepas masuk waktu sekolah mereka bertolak dari Sungai petani dan sampai di Muzium Kota Kayang dalam pukul 9.15pg, ok smooth ja perjalanannya. Sampai ja, katering makan dah siap makan tengahari (bungkus) yang sediakan oleh Kedai Makan Mee Zdin, memang favorite la.. Sebelumnya kita tolong lah kawtim bagi dapat harga Rahmah Budak Sekolah, Alhamdulillah, di permudahkan segala urusan. Nanti boleh aja makan kat mana2. Selepas dari Muzium Kota Kayang mereka akan ke Taman Eksotik Buahan dan Kebun Anggur, Gua Kelam dan lepas tu, sempat la Shopping di Padang Besar.. 



Sedikit Brief tentang Muzium Kota Kayang, Muzium Kota Kayang, ia terletak di Perlis, Malaysia dan merupakan satu kompleks sejarah yang popular di Perlis. Muzium Kota Kayang menawarkan pelbagai maklumat mengenai sejarah Perlis. Terdapat pameran tinggalan akhaeologi dan sejarah dari kapak batu Neolithik, senjata, barangan tembaga, siling, replika dokument, dan carta keturunan diRaja. Pelancong juga dapat melawat laman muzium di mana terdapat tapak Kota Indera kayangan, istana, dan dewan istiadat silam.

 Muzium Kota Kayang terletak di kaki bukit batu kapur yang bertindak sebagai halangan dari serangan musuh, sementara terdapat terusan yang pernah menjadi laluan bot antara Kota Kayang, Kuala Perlis, dan Alor Setar. Koleksi Terdapat tiga galeri iaitu galeri am yang mempamerkan kronologi pembinaan Kota Kayang, peralatan harian golongan bangsawan di Perlis, galeri arkeologi yang mempamerkan hasil penyelidikan Kota Kayang dan sekitar negeri Perlis serta galeri Kedah / Perlis yang mempamerkan salasilah diraja negeri Perlis bermula dari Nabi Muhammad s.a.w dan replika bunga emas, kesan pendudukan penjajah dan pelbagai koleksi yang menarik.

Alamat Muzium Kota Kayang ialah Al-Marhum Kayang, Kuala Perlis, 02000 Perlis. Nombor telefon muzium ini ialah +604 9770027 / 0419 dan nombor faksnya ialah +604 9782678

kita tak pandai lukis, bior je la AI yang lukiskan.. tapi gambar ni chubby sikit.. 

As a foonote, Ayong is struggling his SPM now, or what i can say be like SPM Monsoon Season.. macam-cam hal nya, biasa la, perhatian nak juga, struggling pon jenuh juga,  apa-apa pon good luck untuk dia, moga jangan patah semangat, perjuangan sedang menuju ke kemuncak, dan moga perjuangan ini akan menjadi kenangan terindah sepanjang kehidupannya nanti. 


Comments

Popular posts from this blog

Kalau Grab di Perlis - Inspired By Copilot

Entri kira muat...

Kasihani lah....