Skip to main content

salam SST 8 peratus hari ni


Ramai orang bagi salam SST 8 peratus hari ni.

Pada saya, mengkritik tak ada masalah. Cuma mesti kena ada fahaman yang betul. Masalah orang kita, dia pun tak faham apa yang naik 8 peratus tu, tapi melompat bising lebih-lebih. Di Malaysia, cukai kita adalah SST (Sales and Service Tax). Kadar cukai sales dan service adalah berbeza.

Sales tax dikenakan pada kadar 10 peratus (ada sesetengah barangan kena 5 peratus) tapi service tax sebelum ni ialah 6 peratus. Yang kerajaan nak naikkan itu ialah service tax dari 6 peratus kepada 8 peratus.Sementara itu, tiada perubahan kepada sales tax.

Salah jika kita cakap SST naik 8 peratus

Betul jika kita cakap service tax naik 8 peratus

Akan tetapi, kenaikan dalam service tax ni pun ada pengecualian. Makanan, minuman dan telekomunikasi akan kekal pada 6 peratus. Contohnya, kau pegi restoran yang sebelum ni caj kau service tax dia akan still kenakan kau caj 6 peratus service tax. Rate ni tak berubah.

Tapi kalau kau check in hotel, rate dia akan naik dari 6 peratus kepada 8 peratus. Kau check in hotel hari-hari ke? Soalnya, adakah akan wujud tekanan pada harga? ya jika yang dinaikkan itu adalah sales tax. Tapi yang naik ni ialah service tax.

Kenaikan mungkin ada tapi minimal sebab yang naik ni ialah service tax terhadap perkhidmatan bukan makanan dan minuman.

NazriHamdan BroEconomist

Comments

Popular posts from this blog

Jom Hiking daa

Ujan2 lapaq kek.. #myblog

2012 ke 2018 Dah bèrbeza ke..