Skip to main content

Merdeka SPM!

 


Alhamdulillah, selesai sudah anak sulong menghadapi peperiksaan SPM nya.. maka dengan itu secara rasminya berakhir persekolahannya. Moga segala usaha dan kegigihan dalam menempuh alam peperiksaan ini tetap akan menjadi kenangan seumur hidup. 

Selepas ini akan melangkau ke alam dewasa, dah berumur 18 tahun bermula bulan Jun nanti. Maka harusnya kena berani membuat keputusan sendiri menghadapi alam realiti di masa akan datang. Tetapi sudah tentunya peranan ibu dan bapa masih tidak terhenti, tapi bukan lagi sebagai penentu arah tuju hanya seadar sumber rujukan dan pedoman untuk beliau menempuh hari-hari akan datang.

Selamat berjaya dalam keputusan SPM nya nanti, apa jua keputusan yang akan di perolehi, adalah hasil dari usaha nya sendiri, kita hanya boleh tunjuk jalan, nasihat dan juga tunjuk ajar, namun bergantung sendiri pada usahanya juga. Apa pun mama dan abah akan tetapi ada untu mendapatkan nasihat dan rujukan. Moga sinar akan lebih terang untuk terus berjaya di masa akan datang.

Comments

Popular posts from this blog

Kalau Grab di Perlis - Inspired By Copilot

Entri kira muat...

Kasihani lah....