Skip to main content

KMC- Rawatan Susulan

Kemarin, aku bercuti lagi, nampak gayanya tahun ni cuti aku habis awal la, berbaki dalam seminggu saja lagi, isk baru bualan Julai, tapi cuti dah tinggal seciput... hmm tapi nak buat macam mana kan sakit demam anak, mau tak mau kena juga la bercuti, kalau dulu boleh la lari-lari sekejap, tapi sekarang dah tak boleh, dah pulak pengasuh adik anieq ni dok ngasuh dua tiga orang lagi.. jadi tak leh nak tinggal la anak-anak lain untuk gi klinik.. macam Athirah dulu dia sowang saja jadi boleh bawak dengan pengasuh sekali gi klinik...

Semalam, ada temujanji dengan KMC lagi, untuk pemerhatian susulan selepas rawatan hari tu, Alhamdulillah, dah tak banyak dah kahak dia, demam pon dah baik, selsema tu masih ada cuma tak teruk sangat dah, bersin pon sesekali, dan yang penting selera makan dah makin meningkat, bayangkan masa hari pertama pi buat checkup kat KMC berat adik Anieq baru 7.5 kg, tapi semalam timbang pulak kat doktor tu dah naik 8.1 Kg... dekat 600g oo.. doktor pun suka tengok...


Bertolak dari rumah lebih kurang pukul 6.50pg sempat juga lihat mentari naik..
 
Kerana bangun awal, dua-dua beradik nih belum sempat nak mandi, jadi kena mandi dulu sorang-sorang, jadi masa nih kakak pergi mandi adik belum lagi, layan je lah dia ni yang giler stereng
.. muka yang dah makin ceria selepas sebulan di landa demam..
macam biasa si kakak ni pergi mana pon suka cari kawan
  
muka seronok leh pi jalan-jalan..

Comments

Popular posts from this blog

Kalau Grab di Perlis - Inspired By Copilot

Entri kira muat...

Kasihani lah....