Pagi Ahad ni macam biasa lepas sembahyang Subuh sempat lagi aku bermalas-malasan.. kiranya dalam pukul 9.00 baru la aku bangun.. emm tengok kiri kanan banyak jugak perkara yang nak di buat, ye lah mangsa banjir.. air pon dah surut.. kat dalam umah aku masih lagi lintang pukang dengan selutnya, denagan kertas mertas nya, barang-barang dalam dapur lagi... anak ular dan cacing pon ada dalam umah.. jadi banyak la jugak keja... lepas angkat dua tiga barang, clearkan pengaliran keluar air... aku rest kejap.. sempat pegi nat lagi... beli ikan, sayur, buah-buahan sikit, beli makanan untuk sarapan dan paper aku pon balik la. Apa yang menariknya isu hangat yang banyak di bualkan di nat ni hanya lah " ghumah hang naik ayaq dak? ", " Ayaq dalam dak naik umah" , "Takat mana ayaq naik, ghumah aku sampai takat pinggang" , dan macam macam soalan yang di bincang, yang pastinya hanya bersekitar satu perkara, air naik, bah , dan banjir... huh isu hangat tu.. dan aku dapati ramai jugak peniaga yang tak meniaga lagi, mungkin rumah diaorang masih banjir lagi kot..?
Sampai umah, lepas sarapan, tengok paper kejap, aku teruskan keja membasuh dan mencuci, karpet la, tikar getah la, kakak aku tolong jugak la membasuh ni.. tinggal la mem aku tak leh keja berat jadi dia memasak saja.. sampai la dekat nak Lehoq baru la selesai.. pas mandi dan lunch dapat la aku rehat kejap. Petang nya dalam kol 3 lebih kami kuar la pulak, nak pi merayau la, dah lama tak merayau, jadi kami pi amik mak mentua, kakak ipar, adik ipar, pegi la jejalan kat Pekan Jitra. Tengok bekas air bah.. aku tengok air dah surut dah, tapi masih banyak umah yang di naiki air, ban yang di korek nak bagi air cepat lalu pon banyak jugak, ada juga tandop yang pecah... isk kiranya meman teuk la banjir kat sana... kesannya masih leh nampak.. terutamanya sawah padi, banyak jugak yang musnah, keisan, sedih dan simpati aku pada depa, mau tak nya, padi dah kuar, dah hampir masak.. tau-tau musnah macam tu aje.. sedih aaa..? terkilannya aku aku tak dapat nak abadikan dalam blog ni gambo-gambo tu pasal aku drive.. macam mana aku nak tangkap gambo.. nak berenti jalan kecik, kereta lak berderet, isk apo la nak aku buat.
dah dekat nak sampai pekan Jitra aku tengok berderetnya kereta, la ada pesta apa pulak? Terhenjut-henjut keta nak pi, alah macam hari raya la pulak, biasanya tak la jem sampai macam ni. Selepas sekian lama terhenjut-henjut tu, boleh juga masuk ke Pekan Jitra, uh ramainya menesia... Aku tengok masih banyak kesan banjir kat situ, peniaga masih banyak yang tak bukak kedai, dan ada yang bukak pon sekerat je, pasal diaorang masih dok membersihkan kesan lumpur kat dalam kedai, dan setengah tempat tu aku tengok ramai lak orang dok berkerumun, laaa.. ada pekedai dok lelong barangan kedai yang tenggelam dek air.. isk murah murah jugak barang dia.. kami kat sana sampai kol 6 lebih dah, niat tu nak pi cari baju sekolah adik ipar aku tu, last-last orang ramai sangat, baju pon takde yang berkenan kami balik macam tu aje la.. lepas singgah satu masjid tu, ntah kat mana tak dan aku nak tgk signboard,.. kami balik la, on the way tu singgah makan Nasi Lemak Batu 6, sedap jugak nasi lemak dia, makan dengan kari ikan mamak style.. uh ada ummmphh ooo... lepas anto mak mentua dan adik serta kak ipar, kami terus balik umah..
Sampai je umah aku tengok ada satu bungkusan kat dapur.. emm dalam bungkusan tu aku tengok ada beras 5 kilo, ada minyak masak, ada gula, ada sardin dan ada milo 1 pack 250gm.. heran jugak aku bungkusan apa..? Rupa-rupanya ada orang datang bagi untuk mangsa-mangsa banjir kat kampung aku dan kampung-kampung bersebelahan.. jadi dengan rasminya aku ni dan keluarga aku dah diiktiraf sebagai mangsa banjir dan layak mendapat bantuan.. mungkin bantuan yang di bagi ni adalah bantuan kecemasan, dan mungkin ada lagi bantuan yang akan di berikan. Hmm manalah sapa tau kan..

Comments