Skip to main content

Day 1 of six

Day 1 of six... 

Isk ape kebenda day1 of six? Secara ringkasnya day 1 of six merupakan se rentetan cereta di sebalik percutian yang tidak dirancangkan.. sementelah percutian ni selepas rentetan hari kerja yang bersambung-sambung kemudian dapat break dan terus melampau-lampau breaknya.. Apa ke tujuannya  rentetan cerita ni.. Hmm tiada tujuan khusus melainkan nak bagi up post yang semakin hari semakin *serot nih... apa punya segan dah (maleh tu)

Hari pertama.. Jatuh pada hari Deepavali.. wah orang kampung kata raya Hndu.. tiada yang raya se rayanya melainkan raya Hindu.. tiada sikap prejudis dan perkauman disini.. cuma bahasa kampung ni bila seseorang beraya sakan depa kata hari raya hindu lah.. Contoh ayat.. " Budak-budak nih dah abis UPSR raya hindu lah depa .. boleh lompat kelangit" ( Toturial Bahasa Perlis) 

Berbalik pada suasana pagi ni.. pagi nih agak berkabus.. bukan setakat agak nih, memang berkabus sungguh agak tebal.. bila lalu melalui nya boleh terasa titis air melekat kat badan dan pakaian. Entah betul atau tidak, samada pandangan orang tua-tua atau orang yang separuh tua nih, mungkin ada air bah.. entah lah betui atau dak pandangan ni, Hanya Kuasa Allah semua tu dia yang lebih mengetahui.

Yang pastinya dengan datangnya kabus nih biasanya akan membawa bersama musim timur.. Musim Timur Laut yang membawa angin sejuk dari daratan bagi kawasan Utara tanahair.. dan Membawa Hujan yang lebat bagi Pantai Timur Semenanjung. Tahun lepas datngnya musim timur ni membawa cuaca yang sejuk ( sesejuk bagai Cuaca kawasa Tundra.. boleh cecah bawah dari 16C) pada awal musim dan kemudian membawa musim kering yang membawa ke suhu 30 - 39C.. Tahun ni entah lah.. yang nampak banyak hujan juga tahun ni.. 


Aktiviti pagi ni.. bawah budak Athirah pi kelas TaeKwanDo dia.. Mengikut gaya nya ada Grading pada minggu hadapan.. namun nampaknya Athirah tak dapat masuk grading tu.. jadi kena postpone pi tahun hadapan untuk bertukar warna talipinggang nya.. Iya lah turut sajalah.. 


Untuk menu petang buat pula Mee Rebus gayanya.. menghabiskan tulang-tulang lembu yang di berikan masa korban hari tu.. boleh lah buat jamu sekeluarga.. sampai lah ke malam..


Belumpon sampai malam hujan dang angin kuat datang.. bila abis je ujan dan angin tu tengok kat pokok mempelam tu ada belon.. belon hidroge gayanya.. isk angin bawak dari program mana lah sampai sangkut kat situ...

Selesai sudah hari pertama.. 

Comments

Popular posts from this blog

Kalau Grab di Perlis - Inspired By Copilot

Entri kira muat...

Kasihani lah....