Skip to main content

Day 4 of six - Nat

Hari ni tak de planning nak kemana-mana sangat, macam biasa rutin tiap-tiap minggu kalau tak kemana, Nat aka Pasar Sehari Behor lateh menjadi satu kebiasaan. Selain dari mencari barang-barang basah untuk di buat stok untuk dua tiga hari akan datang, sempat juga menjamu mata melihat pelbagai jenis barangan yang di jual, dapat juga melihat telatah penjual dan juga pembeli dengan telatah bertawar mereka, juga dengan peniaga yang dengan aksi menarik perhatian pembeli.

Ada bebarapa gerai yang menjadi kebiasaanku singgah untuk membeli barang basah dan juga makanan. Sesekali tengok orang berniaga macam teringin juga nak berniaga bersama mereka. Kadang-kadang tengok barangan yang dijual macam tidak ada orang yang nak membeli, tapi hakikatnya kalau ada penjual, akan ada saja yang akan membeli.. Itu rezeki namanya.. 

Oh aku juga ada barang yang nak di jual.. Anak Pokok  Kemboja yang bunga nya bewarna merah dan pink aku nak let go.. pasal ada banyak juga lagi yang sedang membesar.. ada yang berminat boleh masuk fesbook dan PM saja for best price.. 

Comments

Popular posts from this blog

Khutbah Jumaat 08112024 - JAIPs secara ringkasnya.

She got the 'P'..

Meningkatkan Amal Ibadah Menuju Syurga