Skip to main content

Pra Banjir?

Dalam seminggu ni asyik hujan saja.. Kalau tak pagi petang, tak petang malam, malam sampai subuh pon boleh.. Hmm kadang2 lebat kadang tak, paling kurang pon gerimis.
Dek hujan berterusan bunga bunga nak banjir dah pon ada.. Air kat sawah melimpahi batas bendang, parit dan taliair juga melimpah, Di Rumah Aku pula air mula bergenang masuk dalam Rumah.. Hmmm
Terdapat juga berita air Dari kawasan bukit Wang Kelian sedang menderu must menghala kawasan Kaki Bukit  dan Gua Kelam.. Yang nanti akan berdudun masuk ke Ampang Timah Tasoh.
Kalau salah terkaman boleh memaksa pintu ampang di buka dan air masuk ke Pekan Kangar... Boleh juga mai sampài umah Aku. Projek lencongan air bah màsih tak siap lagi. Nih Di kala taip ni hujan turun pulak dah... 

Bendang yang batasnya dah tenggelam..


Air dari Wang Kelian yang deras di Sungai Gua Kelam..



Air di Sungai Perlis kat Kangar..

Comments

Popular posts from this blog

Khutbah Jumaat 08112024 - JAIPs secara ringkasnya.

She got the 'P'..