Skip to main content

Alhamdulillah.. Harumanis...!!



Alhamdulillah.. Musim Harumanis datang lagi.. merata-rata  heboh di perkatakan tentang Harumanis ni.. Tahun ni gayanya macam buat dia agak menjadi.. dapat juga lah pakat merasakan sorang sikit.. buat yang teringin nak mmerasa.. cepat-cepat lah sikit.. awal-awal musim ni sebelum cuti sekolah bermula.. buahnya masih sekitar RM25 - RM28 sekilo dengan jaminan kualiti dari Jabatan Pertanian Negeri .. kalau cari kat kampung-kampung mungkin mungkin tiada jaminan kualiti kerana tak ramai yang mampu nak tanggung kos maintenance dia...

Bagi aku dan famili tahun ni buahnya agak menjadi tapi serangan dari musuh buah pon dah bermula.. harapnya sempat lah aku tuai sebelum kehabisan.. buah diatas adalah buah sulong tahun ni.. and more to come soon, harapnya buahnya secantik dan sesedap buah ni.. Amin.. 

Jemput la kalian datang ke Perlis menikmati sendiri kelazatan buah Mempelam Harumanis ni.. tapi harap faham dengan sebahagian peniaga yang tak sabar mencari keuntungan.. menuai buah yang kurang matang menyebabkan rasanya tidak seperti di war-warkan. Jadi AWAS lah.. kalau nak betul-betul cari lah Jabatn Pertanian Bukit Bintang Batu Pahat Perlis (6.535700,100.193001)..

Comments

Popular posts from this blog

Kalau Grab di Perlis - Inspired By Copilot

Entri kira muat...

Kasihani lah....