Skip to main content

Larangan puasa pada hujung Sya'ban



Ustaz Ahmad Adnan Fadzil,28 Jun 2013

1. Sabda Nabi SAW; "Apabila berbaki separuh daripada bulan Sya'ban janganlah kamu berpuasa (hinggalah tiba ramadhan)." (Jami' at-Tirmizi; 738, hasan soheh).

2. Sabda Nabi SAW; "Janganlah sesiapa mendahului Ramadhan dengan puasa sehari atau dua hari sebelumnya, kecuali seorang yang sudah biasa berpuasa, maka bolehlah ia berpuasa." (Soheh al-Bukhari; 1914).

3. 'Ammar bin Yasir RA berkata; "Sesiapa berpuasa pada hari syak (30 sya'ban) dia mengingkari Abal Qasim (Nabi Muhammad SAW)." (HR al-Bukhari secara mu'allaq dan at-Tirmizi. Jami' at-Tirmizi; 686, hasan soheh).

Menurut Imam ar-Ruyani; hukum puasa selepas nisfu Sya'ban adalah makruh. Adapun puasa sehari atau dua hari sebelum Ramadhan hukumnya haram (Tuhfah al-Ahwazi; 2/275). Namun, menurut ulama dikecuali larangan tersebut daripada tiga orang;

1. Orang yang meneruskan puasa yang dimulainya sebelum bulan Sya'ban masuk separuh kedua (yakni sebelum 16 Sya'ban), sekurang-kurangnya ia berpuasa dari 15 Sya'ban.

2. Orang yang meneruskan kebiasaan puasanya; seperti ia biasa berpuasa isnin dan khamis atau puasa nabi Daud AS.

3. Puasa qadha, nazar dan kaffarah.

Comments

Popular posts from this blog

Kalau Grab di Perlis - Inspired By Copilot

Entri kira muat...

Kasihani lah....