Skip to main content

Ikut Hadith atau Ikut Mazhab?




Ikut Hadith atau Ikut Mazhab? 

1. Ini antara polemik yang sering ditimbulkan secara tahunan dan bermusim. Polemik isu antara orang yang bertamazhub (bermazhab) dan La Mazhabiyah (tidak bermazhab) ini kuat berlaku di Pakistan antara golongan ahlul hadith dan deobandi. Kali ini isu ini dibangkitkan mungkin kerana ingin pertahankan perkataan Muhaizad berkaitan Nabi ikut kanan, tok guru ikut kiri.

Di Malaysia ini golongan menolak mazhab hampir kita katakan sangat sedikit. Yang ada di Malaysia adalah:

- Mempelajari method bermazhab iaitu khususnya mazhab syafie seperti di Pondok dan pasentran. Dalam beberapa isu tertentu boleh mengambil pandangan yang memudahkan (selagi tidak syaz) jika menghadapi kesukaran untuk dijadikan amalan dengan dhawabit kriteria tertentu dan tidak tatabu rukhs. 

- Golongan kedua mempelajari fiqh sunnah ataupun mengambil hukum daripada ahadith al-Ahkam berdasarkan syarahan para ulamak. Mereka tidak ambil literal nas. 

Saya kan bicarakan berkaitan kedua-dua method ini secara ringkas insyaallah. 

2. Sekarang kita berbicara dahulu berkaitan method pertama iaitu sistem bermazhab lebih baik untuk seseorang penuntut ilmu mempelajarinya agar kita mempelajari agama secara bersistem. Asatizah dalam bidang hadith seperti Maulana Asri,  Maulana Fakhrurrazi dan Dr Rozaimi sebelum mereka mempelajari bidang hadith,  mereka belajar secara sistem bermazhab. 

Maulana Asri dan Maulana Fakhrurrazi kita ketahui mereka talaqi di Pondok sebelum ke daurah hadith di India Pakistan. Dr Rozaimi pulak beliau belajar fiqh mazhab Syafie dengan bekas mufti iraq iaitu Syaikh Abd Malik al-Sa'di

Dr Rozaimi pernah talaqi kitab minhaj al-Thalibin dan Kifayah al-Akyar dalam mazhab Syafie di Jordan dahulu. 

3. Jika kita lihat para ulamak muktabar termasuk ahli hadith, mereka juga dinisbahkan dengan mazhab. Antaranya adalah:

Ibn kathir
Al-Adzhabi
Ibn Hajar al-Asqalani
Ibn Solah

Dan ramai lagi mereka dinisbahkan dengan mazhab Syafie. Kita akan melihat ulamak hadith juga dinisbahkan kepada mazhab. 

4. Apa itu mazhab? Adakah bermazhab bermaksud menolak dalil? Salah jika berpemikiran begitu. Maksud mazhab adalah:

ماخْتصّ به المجتهد من الأحكام الشرعية الفرعية الاجتهادية  المُسْتَفادة من الأدلة الظنية

[Kitab Ghamzu Uyun Al-Bashair fi Syarh al-Asybah wa an-Nazhoir, m/s 1/30]

Mazhab adalah pandangan para mujtahid  yang diambil dalam memahami dalil-dalil syarak. Bermazhab bukan bermakna menolak dalil tetapi menggunakan pandangan ulamak berlandaskan dalil. 

5. Untuk penuntut ilmu yang belajar secara bersistem, tidak dapat tidak perlu mempelajari dengan bermazhab untuk beramal dengan mendapat tapak dalam khazanah ilmu fiqh. 

Antara kelebihan mempelajari ilmu fiqh secara bermazhab kita dapat mengetahui masail ataupun permasalahan tertentu yang mungkin tidak disebutkan secara jelas di dalam hadith. Para ulamak mazhab menyusun permasalaham tertentu agar mudah untuk kita beramal. 

6. Cuma, para ulamak yang mengajak kepada tamazhub iaitu bermazhab juga ada meletakkan bab berkaitan taksub mazhab. 

Kita tidak boleh bermudah-mudahan menuduh orang yang bermazhab adalah menolak dalil. Namun sikap taksub mazhab wujud sejak zaman dahulu lagi sebab itu bab ini ada direkodkan dalam karya para ulamak.

7. Golongan kedua pula adalah orang yang mempelajari secara fiqh al-Sunnah iaitu mempelajari daripada kitab ahadith al-Ahkam seperti Umdah al-Ahkam dan lain-lain. Adakah mereka ini menolak mazhab? Sudah tentulah tidak sama sekali.

Apabila guru membaca hadis, guru akan memberi pandangan fuqaha dan apa pemahaman fuqaha terdahulu terhadap hadith tersebut. Maulana Asri beliau istiqamah mengajar Sahih al-Bukhari dan lain-lain. Maklumat yang saya dapat beliau telah lama khatamkan mengajar sahih muslim di masjid. Bukan senang nak khatamkan di masjid dalam konteks di negara kita. 

Mereka ini telah belajar sistem tamazhub (bermazhab) sebelum terjun ke bidang hadis ini. Jadi tiada istilah mereka ini menolak mazhab ataupun tidak. 

Dr Rozaimi dan lain-lain pun mereka tidak menolak mazhab.  Ada beza diantara menolak mazhab dan tidak beriltizam dengan satu mazhab tertentu. 

7.  Golongan yang belajar fiqh al-Sunnah bukan dikategorikan sebagai menolak mazhab dan faham hadith sendiri-sendiri. Mereka juga berpegang dengan pandangan fuqaha dalam memahami sesuatu hadith. Cuma mereka tidak beriltizam dengan sesuatu mazhab sahaja dalam kesemua masalah. Selagi tidak Tatabu Rukhs dan tidak mengikuti pandangan yang syaz itu tiada masalah.

Imam Syafie berkata:

ومن نظر في الفقه نبل مقداره ، ومن كتب في الحديث قويت حجته

"Sesiapa yang merenung mempelajari fiqh maka akan mulia darjatnya, sesiapa mempelajari hadith, kuat hujahnya"

8. Ada banyak pihak share video penjelasan UAI tentang hal mazhab ini sebelum ini mungkin kerana hendak membela kenyataan Muhaizad berkaitan: "Jika Rasulullah Ikut Kanan, tok guru ikut kiri" itu. 

Ada yang hendak katakan perkataan Muhaizad perlu di takwil iaitu maksud sebenar beliau adalah perlu mengikut ulamak dalam memahami al-Quran dan hadith. 

Tapi hakikatnya Muhaizad sendiri menyalahi ulamak fiqh mazhab Syafie dalam bab inai bagi lelaki dan beliau bersalahan dengan ilmuwan asyairah di Malaysia. Muhaizad mengatakan sunat inai bagi lelaki ketika nikah. Beliau kata sunat bukan sekadar harus. Kalau kata harus ada lagi perbahasan. Beliau kata sunat terus. 

Kalau untuk dharurat kita faham la, ini bukan dharurat. 

Jadi hendak takwil bagaimana lagi kalam Muhaizad itu kerana banyak perkara beliau bawa tidak bersamaan dengan dalil dan pandangan ulamak muktabar seperti Imam Syafie dan sebagainya.

Comments

Popular posts from this blog

Kalau Grab di Perlis - Inspired By Copilot

Entri kira muat...

Kasihani lah....