Skip to main content

Mengadap Ilahi

Arwah Sayal Yassin

Jurukamera RTM Perlis meninggal dunia

KANGAR 21-01-09 – Jurukamera Radio Televisyen Malaysia (RTM) Perlis, Sayal Yasin, 53, meninggal dunia di sini malam kelmarin selepas mengadu sesak nafas.

Sayal yang pernah berlakon drama televisyen selain berkebolehan menyanyi, menghembuskan nafas terakhir ketika mengunjungi rumah seorang penduduk di Utan Aji pada 9 malam.

Isterinya, Siti Hawa Ahmad, 44, berkata, Sayal pergi ke rumah itu untuk mendapatkan penawar kerana tidak sihat sejak beberapa hari lalu.

Allahyarham yang berasal dari Labu, Negeri Sembilan dan menetap di Kampung Pak Lengah dekat sini, mengadu tidak sihat sejak seminggu lalu dan telah memohon cuti sakit kerana badannya semakin lemah.

Sayal mempunyai dua orang anak, Mohd. Sahir Fazli, 26, dan Norshahida, 24.

Turut menziarahi jenazah Allahyarham ialah Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Md. Isa Sabu, bekas Menteri Besar, Datuk Seri Shahidan Kassim, Anggota Parlimen Kangar, Datuk Seri Mohd. Radzi Sheikh Ahmad dan beberapa ketua jabatan.

Jenazahnya dikebumikan di tanah perkuburan Islam Kampung Behor Masjid tidak jauh dari rumahnya tengah hari semalam.


**************
aku kenali dia sebagai seoarang jurukamera RTM, selalu kelihatan di mana-mana kalau ada state function atau pun kalau ada function kerajaan pusat, atau pun pilihanraya, atau apa-apa saja yang boleh di jadi kan cerita, selalu saja nampak dia, selalu juga datang ke perpustakaan jika terdapat sebarang program terutamanya kalau melibatkan MB dan juga exco-exco lain, selain dari itu, kampung tempat tinggal nya tak jauh dengan rumah aku, rumah dia bersebelahan dengan rumah kawan aku yang kena stroke hari raya korban hari tu, selain dari itu, beliau juga merupakan kameraman bidan terjun majlis pernikahan aku, apa pun aku ucapkan takziah kepada keluarga beliau.. anggaplah ini semua sebagai satu ujian dari pada Nya, agar kita menjadi orang yang lebih tabah, semoga rohnya di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.. Al Fatihah..

credit:-
berita-Utusan Malaysia
gambar - bernama 

Comments

Popular posts from this blog

Entri kira muat...

Oh bulan mana bintang? Atas puncak kayu ara Oh cik puan mana hilang? Dalam dapur atas para