Telefon Maintenar!

December 14, 2005

Hmmm.. aku letih laa ari ni... ntah la pasai apa... tapi tadi adala aku dok naik turun tangga, buat extension telefon yang leh sambung kat bilik aku dengan kaunter.. kang tak lah teruk aku berkejar sana kejar sini semata-mata nak jawab tepon, alhamdulillah tak sangka aku ni terer gak.. dah siap keja aku tu, dah leh pakai pon..pasai tu la kot aku letih sangat.

Semalam aku kata macam nak demam, tapi tak demam pon, mungkin jugak aku demam tapi aku rasa tak demam, isk yang mana satu ni... emm sebenarnya aku boring la malam ni, nak tido awal sangat, kang sebelum subuh dah jaga.. nak tengok tv dah ada owang tempah, tengok E Pring kat Channel 8 la.. tengok gambar Cina la.. akhirnya aku boring sendiri.

Dalam kepala aku ni penuh dengan idea.. aku ada plan nak buat satu blog marathon dimana aku nak conclude keseluruhan kejadian kesah dan apa-apa yang terjadi pada diri aku sepanjang tahun 2005 ni.. aku masih mencari ayat2 yang sesuai, phrase2 yang sedap, dan apa2 jua yang berkaitan untuk di masukkan kedalam entry penutup ku di tahun ni... moga aku dapat merangkum semua sekali la.. senang! Kurang2 orang akan tahu apa orangnya sangkelu ni.. kenapa dia mengelu.. apa yang bermain dalam fikiran dia.. apa misteri yang menyelubungi dia dan apa2 saja berkenaan dengan diri dia ( jangan harap la aku nak bagitau direct.. kan aku ni kelu.. kiasan adalah sebahagian dari kekeluan... tu pun dah cukup baik)

Dan aku harap entry ku di penghujung tahun ni bukan satu dalihan, bukan satu dongengan maupun alasan diatas apa jua tindakan aku, tindakan yang telah aku lakukan.. so stay tuned!

Heh kekadang aku rasa macam nak jadi joe lah pulak.. kalau joe merantau di kejauhan, merantau di negeri orang.. tapi aku ni merantau dalam diri ku sendiri.. merantau mencari sebab dan musabab mengapa aku mengelu..

jom lah.. aku nak gi tgk CSI Miami...

You Might Also Like

0 comments