Skip to main content

sangkelu days off

Hari nih aku sambung cuti lagi la, malas nak gi keja, dah dua ari sambung cuti kena buat keja macam-macam dan berjalan sana sini bersama mem dan merttua aku, dah buat keja mengemas dan mencuci kat umah, aku nak cuti untuk diri aku jugak, satu hari aku duduk di rumah kadang - kadang tak de buat apa, cuma tidor dan tengok tv jer, kadang-kadang masa aku rajin aku akan berkebu, adalah sikit-sikit setakat tanam sayur-sayur dan juga jagung, bukan la besor pon tanah kat belakang umah tu.

Sedikit mengimbas masa lalu, masa ku bujang, aku suka sangat kalau leh cuti nak bermalas di umah, biar lah tinggal aku dengan emak saja, mak buat kej adia aku dok sowang tengok tv ke, tido ker.. tapi kini gamaknya kalau aku cuti macam ni memang nya aku tinggal sowang ler, dah tak de sapa gi dah kat umah...

Berbalik pada cite aku sowang ni, aku ingat nak cuci keta lah, dah seminggu tak bercuci, yer lah ari tu dah banjir, pastu sibuk dok cuci umah pastu terus gi berjalan, ni dah cuti aku basuh lah, bukan satu tapi dua-dua sekali, dengan keta kak aku sekali, heh rajin la pulak.. dah abiskan mencuci dan pas makan, aku do habiskan nak buat blog ni la.. pukul 4 lebih aku gi amik kak aku, pastu hantar dia balik, pastu patah balik gi amik mem aku, pastu kami balik terus ke rumah mertua aku jap, makan malam, dalam kol 9 balik umah, ngadap balik komputer ni nak siap kan blog a thon ni.. habis lah satu ari cuti aku..

-: Petang tadi aku dapat call dari Badar - Perpustakaan Arau, dia kata aku dengan dia akan di tukarkan ke Perpustakaan Cawangan Kuala Perlis, em akhirnya aku kena juga pindah lagi, walau pun dia kata hanya sementara tapi aku masih juga kena pi, ye la sapa nak pi lagi kan ? Aku yang urus sumer dari awal http://myppanps.blogspot.com tentu la aku yang kena, jadi tambah lagi satu koleksi pioneer aku kat tempat baru, mungkin keja aku ni untuk buka library baru kot?

Comments

Popular posts from this blog

Khutbah Jumaat 08112024 - JAIPs secara ringkasnya.

She got the 'P'..