Skip to main content

Puasa : Hari ke 29

Hi... Hari adalah hari ke 29 Ramadhan.. Hari ni jugak orang pi tengok anak bulan Syawal... Yeah.. terlihatnya anak bulan Syawal maka akan berakhirnya Bulan Ramadhan Almubarak.. di mana bulan yang penuh dengan keberkatan.. penuh dengan pengampunan dan penuh dengan pengajaran.. kau juga pernah terdengar dalam suatu majlis agama.. ramadhan Al Mubarak ini juga merupakan sebuah sekolah yang mana sekolah ini adalah untuk mendidik diri kita sendiri.. mendidik tentang erti sebuah kehidupan.. emncari kinsafan bagi mereka yang kurang sempurna.. mendidik diri kita agar lebih banyak bersabar.. lebih mendidik kita agar dapat menjadi seorang akauntan yang berkaliber.(akauntan untuk buat check and balance ttg sorang hamba terhadap Penciptanya.. ). dan macam2 lagi.. apa2 pun Ramadhan ini amat meninggalkan kesan padaku.. semuanya menjadi suatu permulaan dalam kehidupan aku.. Di Ramadhan ini lah kali pertama kali aku sambut sebagai suami, dan pertama kali juga Ramadhan ini aku sambut tanpa kehadiran ibu ku disisi.. ahh semuanya pertama kali..

Rasanya Syawal yang mungkin akan datang pada esok hari akan menganjak aku setapak lagi kehidupan ku kehadapan.. maka penyesuaian akan berlaku lagi.. dan semestinya perubahan akan terus berlaku.. dan lagi.. dan lagi.. dan lagi...

Dan Syawal ini kali pertama aku akan sambut luar dari kariah tempat tinggal ku.. pertama kali salam sejarah hidupku sejak 33 tahun dulu aku akan bersembahyang raya di luar kariah tempa tinggal ku.. yer pertama kali aku kan beraya di rumah mertuaku.. itukan juga satu perubahan.. ?

Di rumah ku meriah dikala ni.. dengan empat orang anak buahku.. meriah sungguh dengan telatah mereka.. dan aku masih lagi keja .. aghhhh.. Tak pe lah dah nasib aku agaknya...

Dari Meja Redaksi http://sangkelu.blogspot.com inigin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir dan Bathin di atas segalah tingkah laku, percakapan, gurauan dan juga apa jua yang menjolok mata, memanaskan telinga maupun yang mengguris hati.. Kami Menyusun Sepuluh Jari Memohon Keampunan daripada semua.. dan Selamat Hari Raya Aidil Fitri..

Comments

Popular posts from this blog

Khutbah Jumaat 08112024 - JAIPs secara ringkasnya.

She got the 'P'..