Hari Isnin ni, aku masih tak keja lagi la.. yer la masih ada keja lagi nak kena buat, umah pon belum habis di kemas lagi. lepas bangun tido aku dah tak bermalas-malas dah ari ni, mana boleh di ajar selalu bermalas-malas macam ni nanti di badan ni jadi 'mua'. nak bermalas selalu. Pastu kena hanto mem aku pegi keja, dalam pukul 9.30 pagi aku balik, em tengok kakak aku dah hampar tikar getah dah, tanggal nak masukkan yang hujung-hujung tu kat bawah almari je, jadi dah tak banyak keja dah la, aku biarlah dulu aku keluar pegi pasar Kuala Perlis dulu , isk tengok takde ikan yang beselera pon, ikan temenung pon yang import punya, tak best la, so aku amik moto pegi ke Kuala Sungai Baru pulak, tak le jauh dalam 7Km je, tengok ada jugak ikan yang fresh-fresh, ye lah tempat pendaratan ikan nelayan pesisir pantai, mesti la ikan baru-baru lagi yang belum di ais kan, emm menjelang kol 11am aku dah balik umah dah.. sampai kat umah kakak aku habiskan la masukkan hujung tikar getah tu ke bawah almari.. aku angkat almari kakak aku hulurkan tikar getah kebawah.. Pastu abis la keja.. kakak aku masak, aku dok buat entry untuk blogathon aku..
Dalam kol 12 lebih tu JKK datang umah, dia cakap petang dalam kol 2 ptg ni pegi Sekolah Syed Alwi ambil bantuan mangsa banjir, itu lah kadang-kadang kita tak menyangka, sesuatu yang tak disangka boleh jadi kenyataan.. tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu.. kadang-kadang beras secupak boleh jadi segantang.
Jadi lepas mandi, Lehor dan lunch, ada la dalam kol 2.30 kot aku pegi la, takut juga la aku nanti lewat payah, bukan senang nak dapat bantuan dari kerajaan ni. Sesungguhnya apa yang aku katakan ni benar.. bukan senag nak dapat bantuan dari kerajaan ni, dekat pukul 3.00 aku sampai kat sekolah, porang dah ramai, JKKK pulak dok sibuk mencari dan menghimpun anak buah masing-masing, mana yang dah didaftar nama dia, disahkan pulak kehadirannya, yang mana takde nama terpaksa lah balik saja.. yer lah ada yang air masuk bawah umah pon nak pi daftar jugak, yang ar berlinang kat halaman rumh tu ok gak, macam umah Pak Dan depan umah aku tu, air bertakung depan umah sampai 3, 4 ari, banyak gak ayam dia yang mati, teruatama anak-anak ayam dia, jadi kami tunggu la ketibaan bantuan dari kerajaan ni, ko 3.30 lum sampai, kol 4, tak juga sampai, isk kami dihidangkan dengan bihun, makan dulu, pukul 4.30 tak mai jugak, aku balik dulu la, nak pegi amik mem aku.
Dalam pukul 5.30 lepas sembahyang Asar, lepas cal kawan aku, di kata tak mai lagi tapi dah dekat dah, jadi aku pegi la pulak, yer lah bukan senang nak dapatkan bantuan dari kerajaan, tunggu punya tunggu dah nak masuk Maghrib baru lah rombongan yang nak bagi bantuan tu sampai, aku risik-risik juga la psai apa yang boleh jadi lambat macam ni? baru la aku tau citer yang pasukan ni terdiri dari 2 pasukan, 1 pasukan ni Dato Seri yang terajui, pegi kawasan Tambun Tulang dan sekitarnya, dan satu Pasukan lagi terdiri dari Datin Seri, oo macam tu 2 pasukan je? Lah, kalau dah 2 pasukan naper la tak atur jadual? Ni pehal sampai sumer tempat yang di suruh berkumpul pukul 2 petang, tak ker bengong tu, orang yang atur tu, dengan yang tunggu kat tempat berkumpul sama-sama jadi bengong, satu bengong tak tau nak keja satu bengong dok tunggu tak de keja..
Iyer lah, bukan senang nak dapat bantuan dari kerajaan ni, ramai la pakcik, makcik, kak cik dan adik cik yang tunggu sampai Maghrib, ada yang terlena di tempat duduk, ada yang teralepas Asar pon ada, yer lah nak tunggu bantuan kerajaan, bukan senang, terlepas kang melopong, jadi pakat tunggu dengan penuh harapan, lepas akhirnya bantuan tiba, lega la rasa makcik pakcik dan adik cik sekelian termasuk juga la aku dan kawan-kawanku mangsa banjir ni, dengan penuh harapan kami menanti akhirnya dapat la sorang RM50.00 dan beras 5 kg sekampit, Alhamdulillah, Alhamdulillah untuk rezekiNya, juga kesabaran kami menanti dan kemurahan hati kerajaan. Allah selamatkan lah Kerajaan!!
nih kesian adik ni, punya la lama tunggu sampai tension, tu yang mengembut rokok daun dulu tuh.....
Comments