Skip to main content

Senandung syahdu : Tsunami

27 December 2005Semalam.. genap lah setahun berlakunya peristiwa tsunami, seluruh dunia masih terasa akan kesannya, tapi ada bebarapa negara yang menerima kesan langsung dari kejadian ombak besar Tsunami ni... Terutamanya dari daerah Acheh di Indonesia , India, Sri Langka, Thailand dan beberapa negera lagi yang menerima kesan terus dari ombak tsunami ni. Di Malaysia lebih kurang 66 orang terbunuh akibat tsunami nihkawasan yang paling teruk di timpa ombak tsunami ialah di Kota Kuala Muda Kedah, Batu feringghi, Di Langkawi dan beberapa tempat lagi. Di Perlis kawasan yang terlibat adalah di Kula Sungai Baru dan Kuala Sanglang, tiada kematian yang di laporkan, yang ada hanya kehilangan nelayan ke laut yang kemudian pulang semula.

Emm.. aku masih ingat lagi masa ni, aku, emak dan kak pergi makan kenduri kat Behor Mali dan di sana orang sedang heboh memperkatakan pasal tadi berasa pening kepala, katil bergegar, tiang elektrik yang bergoyang, emm aku sendiri pon tak sedar sebenarnya, pasal aku bangun lewat, tiba-tiba ada orang bagitau yang banyak kapal yang karam dan pelantar pendaratan ikan jatuh ke kuala sungai, aku ingat diorang menambah citer je, tapi aku ajak jugak emak dan kak pi tengok, isk lalu lalu aje, entahkan sungguh entahkan tidak kan..? sampai sana memang benar lah, orang ramai kat sana, ketika aku sampai air dah surut entah kali ke berapa dah pasang surut ni, aku pon bergerak la ke pelantar ikan yang tak jatuh tu, tiba-tiba ada orang menjerit kata ombak datang pulak, isk.. memang bena rla aku sendiri menempuh pengalam dengan kedatang ombak kuat ni, kejap je dah sampai ke kuala sungai, membawa air yang hitam pekat, berlaga-laga sampan dan bot ikan sesama sendiri.. aku tengok kat dalam sungai tu, dah ada banyak sampan yang dah karam, tong ikan terapung sana suni, pukat ikan pon di bawak arus, ada juga sampan yang di hanyutkan ke tengah laut, ada juga nelayan yang cuba nak selamatkan sampan tapi, air yang nai dalam masa yng sinkat tu menyebabkan mereka tak dapat berbuat apa-apa! Kejadian pasang surut ini berlanjutan sampai malam, da aku kerap lak pergi tengok, entah pasal apa, rasanya kalau boleh aku tak nak lepaskan pengalaman ni. dan malamnya aku pergi lagi, tapi jalan sepanjang pantai dah ditutup polis, mereka kata ada gegaran susulan, dan di khuatiri kan berualang ombak tsunami ni, sampai esoknya keadaan masih dalam keadaan berjaga-jaga, pasal esoknya air akan pasang besar jadi mungkin air akan melimpah lagi.. jadi kawasan tepi pantai menjadi kawasan larangan, polis berkawal sepanjang simpang jalan, hanya penduduk setempat yang leh lalu, tapi aku lepas gak..

Kepada mangsa tsunami,
aku harap mereka akan bangkit,
kerana kehidupan takkan selesai dengan meratap,
kesedihan bukan penawar dalam meneruskan kehidupan.

Aku harap mereka tabah,
kerana ketabahan adalah tunjang kehidupan,
aku harap mereka rela terima keadaan,
kerana kerelaan itu sendiri adalah pengubat jiwa
dan perangsang dalam kehidupan.

-: Hari ni juga mem aku pi tenuduga kat MAA Insurance, jawatan yang di tawarkan hebat sangat 'Unit Manager', tapi akhirnya kena jadi jurujual insuran gak, emm heh aku tau memang diatakkan minat, sabo ajer lah sayang, belum ada rezeki.. nanti mintak yang lain lak yer..?

-: Aku teringat sangat kat emak masa ni.. yer lahdalam sibuk-sibuk tengok ombak tsunami tu pon dia masi dok larang aku tak bagi pi dekat.. em kasih sayang mak kat anak yang sorang ni.. abadi selamanya.

Comments

Popular posts from this blog

Khutbah Jumaat 08112024 - JAIPs secara ringkasnya.

She got the 'P'..