Skip to main content

Wet Territory


Hari ni.. dah masuk hari ke 6 rumah ku dimasuki air.. dah enam hari juga tido ku tak menentu, memang inilah banjir bterbesar yang penah aku hadapi kat umah ku, seumur hidup aku ini lah pertma kali dan yang terbesar banjir melanda kat sini.. kalau dulu aku mengatakan kiranya banjir sampai ke umah aku, memang besarlah banjir yang melanda kat perlis.. dan memang itu lah yang berlalu.. banjir ini mencatat sejarah sebagai banjir yang tak diduga yang terbesar penah berlaku di Perlis. Keadaan hujan yang luarbiasa yakni hujan di luar musim yang berlarutan selama empat hari dan empat malam telah melimpah air yang luar biasa banyak nya dan mencatat bacaan melebihi paras waspada 29.40 meter di Empangan Timah Tasoh, di mana kemucaknya membawa kepada bacaan setinggi 30.00 meter menyebabkan ianya perlu di lepaskan secara berperingkat untuk menurunkan isipadu air di empangan. Kesannya limpahan ini menyebabkan banjir ke seluruh negeri Perlis.. lebih 40 pusat pemindahan banjir telah di buka bagi menampung lebih 8000 mangsa banjir. >>> panjangnya intro

Yang paling menjengkelkan aku ialah kemana hilangnya wakil rakyat yang telah dilantik, yang diangkat oleh rakyat.. sepanjang masa banjir ini tak nampak batang hidung pon.. bukan la hendak meminta simpati mau pun bantuan, tapi kesian juga pada orang kampung tertanya tanya mana la wakil rakyat mereka..
Ahh.. abis sudah citer banjir... kang aku letakkan gambor kat sini... nanti update entry nanti aku masukkan..

Emm.. satu hal lagi.. ari ni aku sembang ngan 'peep', korang jangan dok pikir bebukan pasal nama 'peep' ni, di bukannya bebudak jahat maupon bohsia ke, 'peep' sorang insan yang aku kenal, ari keciknya sampai sebesar2 nya, in fact aku leh anggap dia sebagai adik, moupun kekawan.. sekali aku ingat aku boleh nak angkat terus je, sesenang itu dan semudah itu aja, tapi hakikatnya aku tak mampu, kalaupon aku mampu, aku tak boleh.. dan kerana itu maka telah merosakkan 'peep', ( isk bukan rosakkan yang tu jgn narrow aa...), dan telah juga merosakkann hubungan kami.. aku dah maleh nak cite panjang pasal apa yang terjadi.. mungkin kalau aku rajin aku sambung dalam 'blogathon' nanti.. jadi sepetang aku chat ngan dia, melunaskan apa yang kelabu.. menjelaskan apa kelam.. dan harapan ku agar perhubungan kami akan berterusan dan jelasnya bkn sebagai hubungan intim tetapi sebagai sedara kalau boleh.. ok full stop citer ni..
isk elok2 jer nak tukar hari baru ni... key lah dah ngantuk.. nak sambung blog dalam mimpi lak.. oh yer air bah dah makin surut.. kang makin banyak keja clearence kena buat.. isk sabo je lah

Comments

Popular posts from this blog

Khutbah Jumaat 08112024 - JAIPs secara ringkasnya.

She got the 'P'..