Skip to main content

Aku Seorang Pencacai

Baby Twins Kakak Aku
Sabtu-3/12 : Hujung minggu ni aku sibuk, walau pun aku tak kerja, tapi sibuk dengan kenduri kat kampung. Beginilah rutin hidup aku sekarang, kalau dulu kenduri kendara kat kampung jarang sangat aku nak join, cuma kalau ada tak pon aku cuma pegi makan, singgah sembang sekejap dah balik. Heh kini mungkin juga kerana aku dah makin tua ( ikut kata joe la) maka fikiran pon dah makin terbukak lah gamaknya.. kenduri kendara pon dah jadi sebahagian daripada kehidupan, pagi sabtu ada satu kenduri dekat umah aku yang akan diadakan pada hari ahad, jadi awal pagi sabtu lagi aku dah mula terlibat, buatt khemah lebih kurang, siapkan lah perkara perkara yang patut sampai lah kol 10 lebih aku pon blah la tgk dah tak der ape sangat nak buat, ye lah kita buat keja yang besar besar lah, yang kecik kecik tu tinggal adik beradik diaorang lah buat, pastu terus aku ke market cari ikan sikit, then balik umah lepak jap.. petang pas gi amik kakak aku kuar lagi pi makan kenduri kat umah sedara aku kat Kg Pida 5, Kedah.. petang baru balik... adus letih gak seharian bergerak..kalau dok saja pon kena drive lak...

Ahad-4/12 : Hari ni pas aku bangun (kol 9.00.. heh terbabas gak) mandi, pastu pegi nat ( pasar sehari) cari barang masak sikit dalam kol 10 lebih balik, terus pegi kat umah orang kenduri, buat keja lebih kurang, makan pastu balik amik mem ngan kak aku bawak pegi ke tempat kenduri pastu balik..singgah kat satu lagu kenduri pastu balik , adus abis keja aku.. ( keja?.. apa lah keja aku kan)

Isnin-5/12 : Keja balik, ari ni internet takde, server tengah di upgrade, alah diaorang nak masukkan PHP program ke? Yelah nak web rasmi nak masukkan kat situ, jadi 1 hari internet down.. nasib system ok , kalau tak aku yang kalut, so dah tak de keja aku kena accompony satu syarikat tu nak buat networking, fitting elektrik untuk projek USP.. ehh ikut aje lah aku, mcm pencacai je.. kejap Kuala Perlis, kejap Arau.. pastu Kuala Perlis, pastu Arau balik.. alah buring nyer akuuuu... dah la pakai keta aku (van diorang penuh barang, so diaorang bahagikan keja.. aku lak kena angkut yang lain.. kalau bagi duit minyak ok gak.. maunya terpaksa gak berkorban untuk opis aku.. dengo tu sumbangan untuk opis). Keperihalannya.. last-last aku yang tak makan tak rehat.. mau lembik lutut aku.. isk sabo ajer la...

Selasa-6/12 : Sampai kat opis pagi pagi lagi aku heck internet.. hah dah ok la, so sepagi la aku dok guna internet, petangnya aku bawak mem pi check perut kat spital... alhamdulillah sumernya ok.. weight dia naik 6kg.. uhhh macam nak dapat twins ajer.. :), isk tak de la.. aku jer buat spekulasi, yer lah kali ke 2 gi check berat badan dah naik 6 kg.. tu baru masuk 4 bulan.. emm bila dah 7, 8 bulan isk...

Comments

Popular posts from this blog

Khutbah Jumaat 08112024 - JAIPs secara ringkasnya.

She got the 'P'..