MAKKAH: Gempa bumi menggegarkan kawasan Utaybah, kira-kira 25 kilometer dari Masjidil Haram pada jam 2 pagi waktu tempatan Selasa lalu, mengejutkan penduduk kota suci Islam itu.
Tiada kematian atau kerosakan bangunan akibat kejadian itu walaupun penduduk melaporkan anjing menyalak sejurus sebelum gegaran dan bunyi bising atau apa yang didengari seperti bunyi letupan.Gegaran susulan yang dilaporkan berlaku dalam tempoh enam jam selepas gempa bumi awal mencetuskan ketegangan di kota suci ini. Anggapan mengenai gegaran disebabkan kerja pembinaan yang berterusan di bandar raya itu, jelas tidak berasas.Seorang penduduk Utaybah, Siraj Muhammad Omar, 23, berkata beliau berasa empat gegaran dengan yang pertama dan keempat paling kuat. Beliau bersama tujuh anggota keluarganya yang ketakutan selepas gegaran pertama bergegas naik ke atas bumbung bangunan.Muhammad Baid, 22, yang berketurunan Maghribi, berkata dia meninggalkan rumah sebaik berasa gegaran pertama dan kembali semula selepas keadaan kembali normal.
Gabenor Makkah, Putera Abdul Majeed, segera membentuk jawatankuasa meneliti punca dan maklumat terperinci mengenai kejadian itu.Sementara itu, penasihat teknikal geofizikal bagi Persatuan Kaji Bumi Arab Saudi (SGS), Dr Ian Stewart, berkata tiada sebab untuk penduduk berasa takut dengan skala gegaran yang melanda Makkah itu.Gempa bumi itu yang diawasi di Madinah, kira-kira 300 kilometer dari Makkah, cuma berukuran 3.7 pada skala Richter. “Bangunan yang dibina dengan baik tidak terjejas dengan gegaran itu,” katanya.Kuasa yang dibebaskan oleh gempa bumi berukuran tiga hingga 3.5 pada skala Richter secara kasar bersamaan dengan letupan 30 hingga 70 tan TNT.Ia selalunya dirasakan tetapi tidak mendatangkan kerosakan besar. Dianggarkan, gegaran seumpama itu berlaku 50,000 kali atau lebih di seluruh dunia setiap tahun. - Agensi

Emmm patutnya kita renung bersama kan..?
source: http://www.bharian.com.my/
Comments