Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2009

Hari Terakhir...

Hari ni merupakan hari terakhir aku berada di Perpustakaan Kanak-kanak, juga merangkap hari terakhir aku mengadap pelanggan secara terus.. sesudah hampir 14 tahun aku berurusan dengan pelanggan secara terus tentunya meninggalkan bermacam-macam kenangan, pahit manis.. suka dan duka.  Mengungkap sejarah, aku mula bekerja di sini semenjak Februari 1994 sebagai pembantu di bahagian kewangan, selepas setahun aku kemudian di tukarkan ke bahagian kanak-kanak pada masa tu, di sini aku bermula secara rasminya untuk mengadap kerenah orang awam, walaupun bahagian kanak-kanak, tetapi secara langsung aku kena hadapi semua peringkat masyarakat, dari yang kecil sehingga lah dewasa. Dengan keadaan masa itu tanpa bantuan teknologi, sememangnya memerlukan tahap kesabaran, dan kecekalan yang tinggi, semua urusan pinjaman, pemulangan, serta pendataran ahli di lakukan secara manual. Berbanding kini jumlah pengguna terutamanya di kala waktu puncak, iaitu pada hari Khamis dan Sabtu (masa tu Perlis masi...

..tahniah..

Tahniah.. tahniah.. Pertamanya nak ucap kan tahniah kepada 2 orang staf library baru melahirkan anak.. iaitu Pn Nor Ashikin dan juga Puan Ku Anis Ku Mat kerana telah melahir melahirkan cahaya mata . Dua dua mendapat bayi  lelaki. Pn Norashikin bersalin di Hospital Tuanku Fauziah  pada hari Sabtu lepas, manakala Pn Anis melahirkan baby di Klinik Mahsuri Jitra Kedah pada  tengahari tadi,  Puan Syikin Puan Anis Juga kepada dia nih: Erra Fazira Selamat Melahirkan Engku Aleesya Engku Emran Pada jam 11.40 pagi tadi, penyanyi, pelakon dan isteri kepada Ketua Pegawai Operasi Suria fm, Engku Emran Engku Zainal Abidin, ERRA FAZIRA telah selamat melahirkan anak pertamanya yang diberi nama Engku Aleesya Engku Emran. Engku Aleesya dilahirkan seberat 4.04 kg secara normal. Pelakon dan penyanyi Erra Fazira dimasukkan ke Damansara Specialist Centre di Kuala Lumpur, pada pukul 11.30 malam tadi setelah mengalami kesakitan. Alhamdulillah, syukur, semuanya selamat dan Erra Fazira dilaporkan sihat walafiat...

...banjir di Ulu Pauh

Semalam banjir kilat telah berlaku di Ulu Pauh selepas hujan turun dengan lebatnya selama lebih 2 jam setengah, akibat dari banjir tu, hanya kenderaan berat sahaja yang dapat melalui Jalan Changloon - Kuala Perlis ( err biasa di panggil Highway Changloon Kuala Perlis).. mem aku juga turut terlibat sangkut kat highway ni, sesampai sahaja sempadan Perlis - Kedah, kereta dah jem kat situ kerana jalan tidak dapat dilalui. Mau tak mau tepaksa patah balik menuju ke Kodiang, tetapi air juga telah melimpah jalan menyebabkan kereta tidak dapat lalu... maka terpaksa la berpusing-puisng mencari jalan keluar.. akhirnya dpat keluar ikut jalan lama Jitra - Kodiang - Arau melalui pesimpangan  Padang Sera... sampai ka rumah dah dekat jam 7.00 malam, maknanya hampir 2 jam berpusing-pusing mencari jalan keluar... Disini aku titipkan satu video dari kawan aku yang berada di Ulu Pauh , 

.. hijrah lagi

Ya, aku akan berhijrah lagi.. kali ini tempat hijrah masih di bangunan yang sama cuma berlainan organisasi, satu tempat dimana aku akan di timbunkan dengan buku-buku, satu ceruk  dimana orang awam tak akan sampai kecuali jika ada urusan penting, juga kalau ada lawatan rasmi baru boleh masuk.. kerja-keja aku lebih kurang macam ni lah.. SUMBER PEROLEHAN BAHAN Bahan-bahan untuk koleksi perpustakaan diperoleh secara:- Pembelian melalui peruntukan kerajaan. Hadiah dan sumbangan daripada agensi kerajaan dan swasta serta individu. MEMPROSES BAHAN Bahan-bahan dikatalog menggunakan  "Softrade library System" Bahan-bahan dikatalog menggunakan  "Anglo American Cataloguing Rules 2" (AACR)2 dan dikesan mengikut  "Dewey Decimal Classification"  (DDC) atau sistem Pengkelasan Perpuluhan Dewey. KOLEKSI NEGERI Bahagian ini berfungsi untuk mengumpul bahan-bahan mengenai negeri Perlis dan juga bahan-bahan hasil karya penulis negeri Perlis. Di antara bahan-ba...

... anugerah @ hukuman

Hari ni, satu perjumpaan aka mesyuarat akan diadakan di Bilik Mesyuarat tingkat atas akan diadakan pada jam 10.00 pagi, aku sendiri tidak tahu siapakah lagi yang akan terlibat kerana panggilan mesyuarat kali ini tidak terdapat sebarang notis yang di titipkan di papan kenyataan staf, hanya satu panggilan telefon untuk memaklumkan perkara ini, justeru kerana itu juga aku tidak tahu apakah motif perjumpaan aka mesyuarat kali ini, cuma yang ada hanyalah desas desus tentang rombakan kabinet organisasi, bermakna ada staf akan bertukar organisasi. Ada yang bertukar organisasi kerana kenaikan taraf jawatan, ada bertukar organisasi kerana pertukaran tempat, juga bertukar organisasi di atas sebab-sebab yang hanya pengarah sahaja yang tahu aka yang di fikir adalah terbaik untuk jabatan nya.  Heh heh ari ni aku bersiap awal.. masih lagi dengan jadual kerja pukul 9.30 - 6.30 petang, entah bagai mana harus aku melangkah keluar dari rumah? mungkin sebagai perwira yang mendapat anugerah dari Mah...

Kempen

Hari ni aku berada disini.. err di mana nih? apakah kempennya? eh.. nanti la aku updatekan.. pasal ada lagi program sat gi..

... syy..!!

... tadi aku dapat call dari opis.. hari Isnin nih aku ada mesyuarat, tapi tak tau mesyuarat apa, masa dia jam 10.00pagi di bilik mesyuarat tingkat atas..  apakah ini mesyuarat yang aku ternanti-nanti kan itu.. mesyuarat rombakan.. adus pesoalan dimanakah aku akan di hantar mungkin akan terjawab.. tapi syy jangan kasi tau orang lain yer..?

... jom bergelap ?

. .jom bergelap.. tujuan dia ialah untuk menyokong kempen pencegahan pemanasan global, kempen ini akan diadakan pada hari Sabtu bermula jam 8.30 malam sehingga jam 9.30 malam, bagi yang bertanyakan adakah dengan 1 jam atau 60 minit atau 3600 saat dapat menurunkan suhu dunia, entah la aku sendiri tak tahu nak menjawabnya.. bagi lah yang lebih afdal menjawabnya, tapi tak salah mencuba kan..?  Aku? .. entah tak pasti nak mengikutnya.. kang ada yang keriau tak berenti, maklumlah tak pernah bergelap, tido malam pon pasang lampu tido, mungkin juga aku boleh memadam lampu yang tidak perlu dinyalakan.. macam lampu porch ke, lampu jamban ke, err sangguh korang bertinggung dalam gelap? atau sanggup korang tahan selama sejam? he hee jawab la sendiri...  Satu lagi, kalau korang nak join juga, sila pasti kan tahap keselamatan rumah, harta benda, dan juga keluarga berada dalam keadaan selamat, biarlah pintu berkunci , takut kang dah gelap bagai, ada lak tetamu yang tidak diundang lak mu...

...menuju PTK.. part II

Kami memulakan perjalanan untuk mengambil peperiksaan PTK Umum di bawah KEKKWA pada jam 9.00 pagi lebih kurang, bertolak dengan menaiki Van Jabatan, turut sama dalam van ialah 5 orang lagi kawan sekerja aku, sepanjang perjalanan adalah lancar, tak hujan , juga tidak juga terlalu panas, padajam 1.30 ptg singgah di Hentian Tapah untuk makan tengah hari juga bersolat. Lebih kurang pukul 3.00 petang meneruskan perjalanan dan sampai ke Hotel Kok Ping kat Chow Kit dalam pukul 5.30 petang, selepas check in kat hotel kami keluar semula untuk mencari tempat untuk menghadiri PTK pada besok harinya... oleh kerana 'tak ketahuan ' dimana letaknya Kompleks Darul Putri kat Cheras tu menyebabkan kami berpusing-pusing lah disekitar KL nih tercari-cari, sampai kan dua tiga kali kena berhenti bertanyakan jalan. Akhirnya hampir jam 6.40 petang baru lah berjumpa di mana letaknya Kompleks Darul Puteri itu.. adeh laaa...  Besoknya;  Jam 7.15 pagi, selepas check out dari hotel dan bersarapan kat ba...

..menuju PTK..

.. aku akan menghadiri peperiksaan PTK di Cheras mulai 24 - 25 Mac 2009.. until then tiada update lah nampaknya..

...PTK lagi....

Hari tu, aku ada dok mengeluh pasal tak dapat nak pergi amik peksa PTK kat KL kan? kat sini  , tapi selepas di cuit sana-cuit sini, maka akhirnya nama aku di masukkan juga untuk amik peperiksaan, tapi surat tawaran tidak sempat hendak di pos, cuma no giliran saja yang di beri, suratnya kan di bagi kemudian kat pusat peperiksaan, jadinya akhirnya aku dapat juga pergi KL nak amik peksa.. hu huu, kami di jangka akan bertolak awal pagi pada 24.03.09, peksa pada 25.03.09 dan balik hari yang sama, hanya tido semalam sahaja.. jadi mau tak sekarang nih aku kena prepare la serba sedikit apa yang patut di buat, baca sana sini serba sedikit.. jadi itu je lah preparation nya.. 

Escapism...

Hari ni, sempat jua aku melakukan satu aktiviti yang dah lama aku tak buat, yakni berpeleseran kesorangan di tepi pantai memerhati mentari kembali beradu di singgahsananya (waduh ayat berlapis-lapis lah pulak) ... ialah sejak aku kerja lewat dan balik pon lewat nih, tidak berkesempatan nak larikan diri  untuk melakukan aktiviti macam ni, sebenarnya aku memang suka tengok matahari turun macam ni.. suka sangat, terasa tenang di hati aku, tapi bila dah matahari jatuh takleh nak tunggu lama-lama la, terus aje balik.. pasal kalau tak balik bila yang nak sembahyang Maghrib nya kan..? Oh ya kenapa aku berkesempatan hari nih? .. pasal aku takpayah gi amik Athirah  kat rumah pengasuh dia, pasal dia dah pergi bercuti kat rumah Tok Pah dia.. jadi aku ni sebenarnya on the way gi umah Tk Pah nak amik Athirah, Anieq dan mama dia la .. masa aku sampai kat sini, matahari masih berselindung di sebalik awan.. .. dan seketika kemudian,.. dia melepasi awan... lawa kan...?

Gelapnya.. nak hujan nih...

Sekarang nih kan, suasana agak gelap, macam nak malam, petir pulak berdentum-dentam, mungkin ini tnda nya hujan nak turun, tapikan hujannya masih tak turun-turun jugak.. gelap saja...  tengok tuh gelap saja... .. tu kan ada kilat...

.....bollywood ka ni..?

Tadikan masa tengah hari, nak keluar pergi cari makan, tiba-tiba nampak kuning saja kat tempat jalan kaki ngan parking kereta, ingat kan pasal apa , rupa nya bunga sena senang meluruhkan kelopak-kelopaknya, hmmm  jadi di sepanjang jalan tu penuh lah dengan bunga sena yang kuning itu, juga sapa yang parking keta kat situ memang terimalah dengan redho yang keta depa di selaputi bunga sena kuning itu... isk sabo jer lah... kuning saja kan..? isk penuh atas keta... isk sepanjang jalan nih penuh dengan pokok sena... .. kan dah masuk mood Bollywood, sampai ada yang macam nak gelek.. :)

... weng lagi...

Yeah... weng aku bau nak ilang.. tapi kan dengan tiba-tiba dia up balik, aku kan sekarang ni tengah dok pepare nak gi amik peksa PTK kat KL (.. boleh la jalan-jalan sama pasai pi ngan van jabatan..), sekali dalam dok sonok-sonok nak pi tu, nama aku tecicir la pulak, entah macam mana boleh tercicir, aku pon tak tau, padahal hari tu borang di fax sekali dengan kawan2 aku yang laen.. isk tension la aku macam ni... macam mana depa wak keja tah.. ampessshh.. baru nak sonok-sonok dah jadi macam ni... 

...sungguh aku jadi blur

hmm.... sungguh mood aku jadi weng, jadi blurr.. tanpa sebab yang khusus, tanpa sebrang sasaran, tiba-tba saja jadi macam nih, punyalah tak elok mood nih sampai anniversary aku ke 4 pon aku boleh sambut gitu-gitu saja, tak der hadiah, tak der acara sambut , hanya wish gitu-gitu di angin lalu saja (sms la..). Isk kenapa ya aku jadi macam nih..? entah, agak sukar aku nak jawab... Seperti biasa juga, bila dah weng takkathuan hala macam ni, aku perlukan terapi, terapi aku tak susah, hanya melayan novel saja... of coz aku tak citer kat org lain pasai aku tak der tahu sebab dia, dah lak tak tahu sapa sasaran aku .. he hee ada juga masa-masa kita jadi macma nih no... ops citer aper aku layan hari nih, haa citer nih.. huhu.. kalau sungguh-sungguh aku layan citer nih, boleh berderai air mata oo, (ops..kang jadi awie dalam filem 'baik punya cilok.." tuh, nampak macho, tapi syahdu nya lebih la pulak kan..? so apa perasaan aku sekarang nih, a little bit ok, but need more like the above.....

...entah apa entah..

. . entah pasai apa tah.. hari ni dan dua tiga hari lepas.. aku jadi blurr sangat, tak tau apo nak di kato... adeh la...

Happy Anniversary sayang...

.. hari nih annivasary perkahwinan aku.. waaa dah masuk 4 tahun, belum cukup satu penggal penuh la... tentu masih banyak yang akan aku hadapi, pahit manis, masam masin, suka duka, susah senang.. dah menjadi asam garam untuk menempuh hidup berkeluarga nih... Alhamdulillah rezeki kami dimurahkanNya, dengan dua orang cahaya mata yang di anugerahkan tentunya melengkapkan kehidupan kami.. aku amat-amat bersyukur.. semoga kehidupankami terus di berkati..  Happy Anniversary Sayang..... !!

..dah pukul 3 pagi...

... la isk.. dah pukul 3 pagi rupanya, ingatkan baru kol 2 pagi lebih-lebih, hmm tu la sekarang ni selalu la berjaga, apa taknya, bila tidurkang anak dengan kita lak tertidur sama, lepas tu baru terjaga pulak dalam kol satu  hingga pukul 2 pagi, baru nak sembahyang Isyak.. lepas tu pulak bila  dah terjaga susah pulak nak lena balik... itu lah yang sempat buat update sikit-sikit... kalau siang tu memang tak dak can, baru duduk depan PC, jap tu Athirah mai nak tengok harimau lah, lian lah ntah macam-macam lagi... Tadi sempat juga buat update pasal anak-anak nih, rasanya lama juga tak update blog depa nih, sempat masukkan juga aksi-aksi athirah pakai tudung juga aksi adik anieq yang dah cekap meniarap.. jadi tak mau ceta panjang-panjang kat sini, terus saja la klik kat gambar depa ni... aku dah maleh nak bagi ulasan lagi lah, dah mengantuk beno dah ni, jadi selamat malam lah yer.. dah pagi la..          

main embun...

.. pagi tadi juga ada sedikit ruang ... jadi boleh la aku keluar main embun sekejap.. bukan apa sangat pon saja jalan-jalan tengok pokok rambutan yang sedang berbunga tuh, sambil -sambil jejalan tu sempat juga bawak kamera murah tuh , sambil-sambil tuh sempat juga buat close-up pada bunga-bunga liar yang ada.. waaa pagi-pagi bila buat macam tu memang basah la kain.. kena embun.. layan saja la.. bukannya selalu leh buat macam ni...  Kalau ada yang bertanyakan aku apakah nama kuntum-kuntum bertuah ini, maka aku kelu.. dah lupa nama nama kuntum  bertuah ini, kalau ada yang nak merisik , merisik lah sendiri pada ibu bapa depa, yang pastinya semua kuntum-kuntum ini berkembang di waktu pagi.. he hee 

isk... rumput licin ka..?

Aku tengah dok minum, di pagi yang masih basah dek embun, tiba-tiba kak aku bagitau ada keta terjun sawah.. he hee biasa la kalau keta terjun sawah ni memang jarang sangat nak dengar, lain la kalau traktor terjun sawah tidaklah menjadi kehairanan...  jadi aku jengok lah kat tingkap... apa lah kesnya... sambil tu sempat juga amik kamera murah tuh.. jadi macam ni lah kesahnya.. macam kes keretapi tergelincir dari landasan saja kan..? ini lah keretanya... jatuh sikit saja.. tapi kedua-dua belah tayar sebalah kirinya.. jadi memang tak dapat naik sendiri lah.. kena ada penyelamat baru boleh naik ni.. sekejap kemudian penyelamat pon datang.... ini lah usaha si penyelamat tu.. dalam 10 minit dah selesai...

... selamat pengantin baru

Hari ni, of coz aku masih bercuti, tapi cuti hari ni ada acara istemewa, salah sorang anak menakan aku, dari abang yang sama emak tapi berlainan ayah, nama dia Nur Farhana Abd Aziz telah selamat di ijab kabulkan dengan pasangan nya Mohammad Safwan B. Md Isa semalam, dan hari ni ada lah hari persandingannya. Nur Farhana ni ada lah pasangan kembar anak abang aku nih, tapi kembar yang berlainan jantina... ni lah pasangan kembar tu.. nih pulak abang depa yang sulung nih istiadat bersanding.. yang ni pon.. suasana majlis kawen eh ni pulak..? nih pengantin pompuan dah di bawa pergi....

Kamera idaman...

Tadi kan aku ada tunjukkan gambar bunga rambutan kat entry sebelum nih kan, yang tu aku amik pakai kamera kompak saja ....., tapi anganku entah bila waktu nya kan sampai, teringin aku nak miliki kamera ni, Canon D90 huhu canggih beb..  Newly designed Nikon DX-format CMOS image sensor with wide ISO sensitivity range with low noise EXPEED for smooth tones, rich colors and fine details Innovative D-SLR movie function: D-Movie Scene Recognition System integrated with Face Detection System Easy-to-use Live View mode Picture Control System: Customize the visual style of your images Active D-Lighting for smooth tone reproduction in high-contrast lighting Versatile practical 11-point AF system Bright pentaprism viewfinder featuring frame coverage of approx. 96% Advanced Scene Modes for superior image quality Extensive palette of in-camera Retouch Menus Engineered for precision and durability Harga dia dalam RM 3,900.00 er mana la nak cari, terpaksa la mimpi saja dulu.. ...

dah kembali...

Hari.. aku berasa lega sangat.. segala kerja-kerja yang patut aku lakukan, dah pon aku dapat lakukan, ada yang dah selesai, ada yang baru nak bermula dan ada yang pending tapi pokok kata .. ianya dah bermula.. jadi dah tak serabut kepala aku nih.. juga tak sia sia cuti aku hari ni dan kelmarin... dan selepas nih aku akan bercuti-cuti dengan dengan kepala yang ringan.... ohhh ya.. musim rambutan dah nak bermula la, dah ada bunga-bunga cinta rambutan.. he hee layan sajork la.. ... okeh kita close up sikit.. dan ini dia pokoknya.. harap-harap tu menjadi lah tahun ni .. . tapi awas pahlawan-pahlawan ni juga semakin banyak... kalau banyak gayanya kena berperang lagi la tahun ni...