Skip to main content

..tahniah..

Tahniah.. tahniah..

Pertamanya nak ucap kan tahniah kepada 2 orang staf library baru melahirkan anak.. iaitu Pn Nor Ashikin dan juga Puan Ku Anis Ku Mat kerana telah melahir melahirkan cahaya mata . Dua dua mendapat bayi  lelaki. Pn Norashikin bersalin di Hospital Tuanku Fauziah  pada hari Sabtu lepas, manakala Pn Anis melahirkan baby di Klinik Mahsuri Jitra Kedah pada  tengahari tadi, 


Puan Syikin

Puan Anis

Juga kepada dia nih:
Erra Fazira Selamat Melahirkan Engku Aleesya Engku Emran

Pada jam 11.40 pagi tadi, penyanyi, pelakon dan isteri kepada Ketua Pegawai Operasi Suria fm, Engku Emran Engku Zainal Abidin, ERRA FAZIRA telah selamat melahirkan anak pertamanya yang diberi nama Engku Aleesya Engku Emran. Engku Aleesya dilahirkan seberat 4.04 kg secara normal. Pelakon dan penyanyi Erra Fazira dimasukkan ke Damansara Specialist Centre di Kuala Lumpur, pada pukul 11.30 malam tadi setelah mengalami kesakitan.
Alhamdulillah, syukur, semuanya selamat dan Erra Fazira dilaporkan sihat walafiat.. Nampaknya, bertambahlah seorang lagi pendengar Suria FM. Engku Aleesya dilahirkan seberat 4.04 kg secara normal. Engku Emran nampaknya seronok dan teruja dianugerahkan baby perempuan. Mesti comel, kan?
Pada jam 3 petang nanti, Engku Emran telah mengadakan sidang akhbar di Damansara Specialist Center untuk memberitahu keadaan dan tahap kesihatan Erra Fazira serta memberikan gambar bayinya untuk siaran media.

Comments

Popular posts from this blog

Entri kira muat...

Salam Maghrib.. Sudah² ka.. moh le balik..