Skip to main content

.... penantian adalah hukuman..?


... adeh aku masih lagi menanti pertukaran bahagian, semakin hari.. semakin aku saspen.. entah lah di mana akan aku di hantar nanti, adakah aku akan di hantar ke cawangan-cawangan seperti yang lalu, atau adakah akan ke perpustakaan desa seperti suatu masa dulu.. hmm kenapa aku katakan macam tu, pasal yang aku nampak sekarang ni area nih la yang banyak kekosongan dia, yang mana possibblelity yang agak tinggi... 

Mungkin juga buat pertama kali aku akan di bagi di bahagian yang tak pernah aku impikan, tak pernah aku fikir aku di perlukan (waaahh..!! perasan nya aku..) seperti di bahagian perpustakaan bergerak (pasal akan ada satu perpustakaan bergerak baru yang akan tiba.. yang mana memerlukan seseorang yang berpenge'tahu'an, okeh aku tekan perkataan tahu bukan nya pakar.. pasal aku tak pakar.. hanya tahu sahaja..) atau juga mungkin aku akan berada di bahagian katalog dan teknik yang mana tidak lagi perlu bekerja shift ( melainkan di perlukan).. entah lah..

Adeh cukup lah.. cukup lah aku meneka.. harap sehingga di jatuhkan hukuman di beri tugas baru nanti cukup lah aku berteka teki, tak akan ada makna nya aku terus begini.. biar lah apa jua yang mendatang.. harus ku terjah.. waaa semangat kouu..!! 

Comments

Popular posts from this blog

Jom Hiking daa

Majlis Pelancaran Karnival Membaca!

2012 ke 2018 Dah bèrbeza ke..