Hari ni, satu perjumpaan aka mesyuarat akan diadakan di Bilik Mesyuarat tingkat atas akan diadakan pada jam 10.00 pagi, aku sendiri tidak tahu siapakah lagi yang akan terlibat kerana panggilan mesyuarat kali ini tidak terdapat sebarang notis yang di titipkan di papan kenyataan staf, hanya satu panggilan telefon untuk memaklumkan perkara ini, justeru kerana itu juga aku tidak tahu apakah motif perjumpaan aka mesyuarat kali ini, cuma yang ada hanyalah desas desus tentang rombakan kabinet organisasi, bermakna ada staf akan bertukar organisasi. Ada yang bertukar organisasi kerana kenaikan taraf jawatan, ada bertukar organisasi kerana pertukaran tempat, juga bertukar organisasi di atas sebab-sebab yang hanya pengarah sahaja yang tahu aka yang di fikir adalah terbaik untuk jabatan nya.
Heh heh ari ni aku bersiap awal.. masih lagi dengan jadual kerja pukul 9.30 - 6.30 petang, entah bagai mana harus aku melangkah keluar dari rumah? mungkin sebagai perwira yang mendapat anugerah dari Maharajanya, atau bagai seoarang pesalah yang telah di jatuhkan hukuman.. agak-agak bagai mana ya..?
Comments