Skip to main content

...menuju PTK.. part II

Kami memulakan perjalanan untuk mengambil peperiksaan PTK Umum di bawah KEKKWA pada jam 9.00 pagi lebih kurang, bertolak dengan menaiki Van Jabatan, turut sama dalam van ialah 5 orang lagi kawan sekerja aku, sepanjang perjalanan adalah lancar, tak hujan , juga tidak juga terlalu panas, padajam 1.30 ptg singgah di Hentian Tapah untuk makan tengah hari juga bersolat. Lebih kurang pukul 3.00 petang meneruskan perjalanan dan sampai ke Hotel Kok Ping kat Chow Kit dalam pukul 5.30 petang, selepas check in kat hotel kami keluar semula untuk mencari tempat untuk menghadiri PTK pada besok harinya... oleh kerana 'tak ketahuan ' dimana letaknya Kompleks Darul Putri kat Cheras tu menyebabkan kami berpusing-pusing lah disekitar KL nih tercari-cari, sampai kan dua tiga kali kena berhenti bertanyakan jalan. Akhirnya hampir jam 6.40 petang baru lah berjumpa di mana letaknya Kompleks Darul Puteri itu.. adeh laaa... 


Besoknya; 
Jam 7.15 pagi, selepas check out dari hotel dan bersarapan kat bawah (.err kedai mamak), kami bertolak ke Kompleks Darul Puteri Cheras, walaupun peksa akan bermula jam 9.30 pagi tapi kerana masih tak konfiden dengan kecekapan kecekapan laluan ke Kompleks Darul Puteri tu juga kerana banyak jalan yang sesak dek Perhimpunan Umno kat PWTC tuh. Benarlah sememangnya kami sesat lagi, terpaksa dua tiga kali tawaf baru lah sampai..  dan pukul 12.30 pagi baru lah selesai 2 kertas peperiksaan PTK dijalankan..  

Dah abis peperiksaan baru lah masing-masing rasa lapar, dan lepas tu singgah kat Chow Kit balik bershopping-shopping macam tu, dan bertolak pulang lebih kurang jam 6.00 petang, sepanjang perjalanan balik hujan renyai-renyai menyebabkan perjalanan jadi agak perlahan, sampai di Kangar lebih kurang jam1.00 pagi.. hmm abis sudah log perjalanan untuk amik PTK tahun nih.. tapikan mungkin lepas ni ada lagi peksa, mungkin hujung bulan 4 nih.. 

Comments

Popular posts from this blog

Kalau Grab di Perlis - Inspired By Copilot

Entri kira muat...

Kasihani lah....