Hari ni, sempat jua aku melakukan satu aktiviti yang dah lama aku tak buat, yakni berpeleseran kesorangan di tepi pantai memerhati mentari kembali beradu di singgahsananya (waduh ayat berlapis-lapis lah pulak) ... ialah sejak aku kerja lewat dan balik pon lewat nih, tidak berkesempatan nak larikan diri untuk melakukan aktiviti macam ni, sebenarnya aku memang suka tengok matahari turun macam ni.. suka sangat, terasa tenang di hati aku, tapi bila dah matahari jatuh takleh nak tunggu lama-lama la, terus aje balik.. pasal kalau tak balik bila yang nak sembahyang Maghrib nya kan..? Oh ya kenapa aku berkesempatan hari nih? .. pasal aku takpayah gi amik Athirah kat rumah pengasuh dia, pasal dia dah pergi bercuti kat rumah Tok Pah dia.. jadi aku ni sebenarnya on the way gi umah Tk Pah nak amik Athirah, Anieq dan mama dia la..
.. dan seketika kemudian,.. dia melepasi awan... lawa kan...?
Comments