Skip to main content

Sinar Baru!


Kini, sudah sah!
Perlis dah dapat Menteri Besar Baru,
Setelah sekian lama menanti,
setelah bermacam rajau di tempuhi akhirnya
selesai juga akhirnya!


15 Mac, 2008 22:10 PM

Pelantikan Md Isa Dibuat Berdasarkan Keputusan Majoriti
KUALA LUMPUR, 15 Mac (Bernama) -- Keputusan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail melantik Datuk Dr Md Isa Sabu sebagai Menteri Besar Perlis dibuat berdasarkan sokongan majoriti Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) negeri itu.Md Isa berkata pemilihan itu dibuat selepas pertemuan Raja Perlis bersama sembilan ADUN termasuk beliau di Istana Siraj, di sini semalam. "Kami (sembilan ADUN) adalah daripada 14 ADUN Barisan Nasional (BN) yang memenangi kerusi pada pilihan raya 8 Mac. Oleh itu kami merupakan suara majoriti dalam DUN Perlis dan mengikut perlembagaan, Raja ada hak melantik mana-mana pihak yang mempunyai bilangan besar sebagai Menteri Besar," katanya kepada pemberita bagi menjelaskan situasi sebenar di Perlis, di sini hari ini.Katanya lapan ADUN BN -- Yip Sun Onn (ADUN Titi Tinggi), Mohd Rawi Kassim (Beseri), Sabry Ahmad (Santan), Abdul Jamil Saad (Sena), Dr Por Choo Chor (Indera Kayangan), Mat Hassan (Kuala Perlis), Ahmad Bakri Ali (Kayang) dan Datuk Seri Syed Razlan Syed Putra Jamalullail (Pauh) serta beliau yang memenangi DUN Bintong telah bersepakat menemui Raja Perlis sambil disaksikan sendiri oleh Penasihat Undang-undang Negeri, Setiausaha Kerajaan Negeri dan Raja Muda Perlis.

"Datuk Seri Shahidan Kassim telah menemui Tuanku pagi semalam dan kami (sembilan ADUN) telah menemui Tuanku kemudiannya untuk menyatakan pendirian masing-masing sambil mengakui pendirian itu dibuat secara sukarela tanpa didalangi mana-mana pihak," katanya.Mengikut Perlembagaan Negeri, Artikel 39 (2) Undang-Undang Tubuh Negeri Perlis ada memperuntukkan bahawa Raja hendaklah melantik seorang yang pada fikirannya mendapat kepercayaan ramai ahli menjadi Menteri Besar bagi mengetuai majlis kerajaan negeri.... berita lanjut sila ke bernama.
Posted by Picasa

Comments

kuIna said…
spt di negeri2 yg lain... kuasa raja & pelembagaan penyelamat bangsa

Popular posts from this blog

Kalau Grab di Perlis - Inspired By Copilot

Entri kira muat...

Kasihani lah....