Hari ini tercipta lah sejarah, dengan rasminya Menteri Besar Perlis ke 6, YB Dato' Dr Md Isa Sabu telah di lantik, dengan selesainya Majlis Angkat Sumpah di Istana Arau Perlis di hadapan DYMM Tuanku Syed Sirajuddin ibni Syed Putra Jamallulail pada jam 6.00 petang tadi. Sesungguhnya perlantikkan ini telah memadam kan segala kemelut yang melanda negeri Perlis semenjak Parlimen dan DUN Perlis di bubarkan.
Setelah bermacam-macam peristiwa yang berlaku, setelah bermacam sandiwara di lakonkan dan juga bermacam episod drama yang bermain di negeri Perlis ini, akhirnya kuasa pemutus kembali kepada Raja pemerintah negeri Perlis, dengan peruntukkan dalam undang-undang tubuh negeri yang memberi sepenuh hak pemutus kepada Raja setelah pada fikirannya calon yang dipilih mendapat sokongan majoriti dari DUN Negeri maka Baginda berkuasa melantik Menteri Besar Perlis. Daulat Tuanku, patik-patik rakyat negeri menjunjung kasih atas titah perintah tuanku!
Kerana masalah tugas yang tidak dapat di elakkan, maka tidak dapat lah aku menhadiri, beramai-ramai bersama rakyat Perlis lain, menanti saat pertukaran kuasa MB di hadapan Istan Arau.. yang dapat aku nyata kan kat sini, hanyalah beberapa keping gambar dari kawan-kawan dan juga mereka yang hadir pada petang tadi. Ucapan terima kasih kepada mereka terutama sekali lagi kepada Pak Mat Kayangan dari AP.Com yang memberi kebenaran melekatkan gambarnya di sini.

Comments