Skip to main content

Cuti-cuti - Ahad





Isk.. hari ahad hari tu sebenaqnya masih lagi suasana musim kenduri, kenduri yang berderet-deret nya datang dalam tempoh seminggu, dan hari ahad ni adalah hari terakhir, dan masih ada satu kenduri yang perlu aku hadiri, kenduri di rumah pak menakan mem aku... kiranya kenduri penutup musim la.. musim kenduri ni, memang agakmemeritkan, dengan suasana musim panas yang masih berbaki, bahngnya memang tidak dapat di hindari la.. cuma nasib baiknya hujan yang turun di sepanjang minggu telah menakung air di sawah-sawah.. maka kuarang lah panas keirng itu tetapi bahang wap panas nya masih memedihkan kulit dan menyebabkan perpeluhan yang tidak kurang banyaknya.

Dek kerana ruymah kenduri ni saudara terdekat mem aku, bahkan juga boleh jadi warisnya, jadi adalah tidak molek untuk just bertandang makan kenduri semata-mata, jadi malam tu sempat juga lah kami menjenguk (read: menjenguk semata-mata, pasal dah tak der apa yang nak di buat dah ..) persiapan yang dilakukan, tungguu sampai lebih kurang 9.30 - 10.00 malam kami pon balik dengan alasan yang Athirah dah ngantuk.. he hee masih pegang lesen besar bila bawak budak2 nih.

Besoknya dalam pukul 12.00 lebih kurang baru lah pergi makan kenduri, juga maih lagi bawak alasan nak bagi Athirah tido dulu baru pergi makan kenduri, emm tunggu disana di bawah bahang yang memijarkan kepala dan badan tu sehingga pukul 2.30 dan lepas tu pulang semula ke rumah mertuaku.. dah sampai tu abis lag bebudak tu kena londeh pasal panas sangat.. tunggu umah mak mertua aku sampai lah lepas waktu maghrib.. pastu baru la pulang ke rumah.. begitulah adanya cuti hujung minggu ku kali ini..
Posted by Picasa

Comments

Popular posts from this blog

Kalau Grab di Perlis - Inspired By Copilot

Entri kira muat...

Kasihani lah....