Skip to main content

Musim bertukar lagi...

Februari - Awal March 2008


Hujung March 2008

Laaa.. dah lama aku tak update rupanya, last aku update selepas dari pilihanraya, dan semua update aku pada masa tu adalah berkaitan dengan pilihanraya.. isk dah jadi makin taksub aku dengan pilihanraya, sampaikan lain-lain perkara kurang menjadi hal pada aku.. dan aku rasa bukannya aku sorang yang berkeadaan macam ni, tapi ramai juga yang berkeadaan macam ni. Bahkan detik-detik penubuhan kerajaan negeri juga begitu dramatik, sampaikan penubuha kerajaan pusat bagi aku tidak lah menjadi begitu bermakna. Sesungguhnya perubahan pucuk pimpinan di Perlis sendiri begitu mendapat perhatian dari seluruh penduduk negeri, terutamanya dari ummah Melayu sendiri (.. bangsa lain tidak la dapat aku selami perasaan mereka di pilihanraya kali ini.. ). Di kemuncak segalanya terjadi lah apa yang terjadi sekarang ni, dan baik atau buruk yang bakal di hadapi adalah episod baru yang bermula utuk tempoh yang boleh menjangkau 5 tahun lagi.

Berbalik pada kehidupan aku sendiri, buat masa ini tidak ada apa perubahan yang berlaku lagi, masih di tempat sama, masih dalam keadaan yang sama, masih mencai sebarang penunjuk untuk perubahan. Yang pastinya ada perubahan yang akan berlaku, tapi hanya masa, kudrat dan iradah Nya akan menetukannya, buat masa ini aku tetap bersyukur atas apa jua anugerahNya. Yang pastinya musim akan terus bertukar, berubah mengikut keadaan semasa, dan musim yang di tinggalkan pastinya tak akan sama dengan musim yang akan datang.
Posted by Picasa

Comments

Popular posts from this blog

2012 ke 2018 Dah bèrbeza ke..

Musim pelam bebunga.. Tapi bunga pelam apakah ini..

Jom Hiking daa