Skip to main content

Harumanis.. meh chek mai!


(haa.. tgk tu, buah tak banyak tahun ni..)

Emm nampak gayanya musim mempelam harumanis dah mula dok mai dah, di tepi tepi jalan dah ada di jual... dengar kata tahun ni banyak harumanis dari Kedah.. isk aku sendiri tak pasti , yang pastinya harga dia tak penah jatuh, antara RM5 - RM8 sekilo, kalau awal musim tu memang mahal la, bila dah jenu (banyak) maka harga pon akan makin turun la.

Tentang hak dok jual kat tepi jalan aku tak pasti datang dari mana, atau sebetulnya pelam harumanis ni, pasal setahu aku dulunya hanya di Perlis yang sesuai di tanam , tapi mungkin dengan teknologi yang ada sekarang ni tak mustahil boleh di tanam di mana-mana. Satu lagi kat Perlis ni belum banyak buah ni, orang kata baru dok buang buruk, dan kalau ada hak awal tu kena jaga-jaga takut kena buah peram dengan karbaid.. di jamin kurang manis.

Kat umah aku sendiri buah tak banyak tahun ni.. ada 3 pokok, satu pokok kena ulat jadi banyak ranting yang patah, dua pokok lagi buah tak banyak.. mungkinlepas la kami anak beranak makan. :).

Comments

Neeza Shahril said…
sedapnya mango tu.. nak cikit buleh??
Zul Abdullah said…
neeza,
teramat mahalnya mempelam ini,
tak terdaya untuk di ekspot keluar,
tapi jika ada orang yang mengidam,
terpaksa jua lah di hantar dengan sedikit pengerasnya!

:)
kuIna said…
ha.. nie la musim yg sy tunggu, thn lepas 3 kotak sy kena pos ke KL, nasib baik pkai bus exprss aje kalau x harga pos mengalahkan harga mempelam.
Neeza Shahril said…
hehehe.. takut nanti sampai sini tinggal biji aje sebab dah kena belasah kat aiport.. huhuuuu

Popular posts from this blog

Khutbah Jumaat 08112024 - JAIPs secara ringkasnya.

She got the 'P'..