Skip to main content

Selepas gelombang, tinggal hanya puing-puing untuk di bersihkan!

Sekarang, keadaan di Perlis, tenang aman dan damai macam biasa, hujan turun hampir tiap-tiap petang, kadang-kadang lebat kadang-kadang tu hanya gerimis sahaja. Setelah hampir sebulan berada dalam suasana pilihanraya, kini semuanya dah berakhir, semuanya kembali seperti sediakala.. poster-poster di tepi-tepi jalan pon dah hampir habis di bersihkan, orang-orang kampung sedang sibuk menghadiri kenduri sana sini, ada kenduri kahwin, masuk jawi (berkhatan/ bersunat) dan juga ada yang berkenduri kesyukuran.

Walau macam mana pun, kesan dari Pilihan Raya Umum ke 12 (PRU12), masih lagi di rasakan, sekadar di Perlis, masih ramai membicarakan rasa puas , ketidak puasan, seronok, marah, sakit hati, geram dan segala perasaan masih lagi terasa, namun semangat kekeluargaan, kemasyarakatan dan ukhuwah sesama Islam, terus kukuh di hati masing-masing. Tempat kenduri menjadi semakin meriah, kalau dulu sirap hanya sekadar bewarna merah, sekarang dah jadi hijau dan biru, namun semuanya yang hadir minum tanpa sebarang syak dan was-was.

Sedikit pandngan aku tentang pilihanraya kali ni, Di Perlis bagi aku, yang di sangka gelombang yang kan terjadi tapi hanyalah ada riak-riak kecil di gigi pantai, mungkin juga penduduk Perlis masih belum mampu menganjak pemikiran mereka, mungkin juga kerana buah tangan yang di bawa pembangkang belum dapat mencapai standard yang di kehendaki oleh rakyat Perlis. Walau terdapat bermacam pandangan, ketidak puasan terhadap pucuk pimpinan, tapi masih di peringkat 'acceptable' bagi orang Perlis. Juga mungkin rakyat masih mengambil jalan mudah, menerima yang sedia ada, berharap pada perubahan dan pembaikkan, dari memulakan yang baru yang tidak ada kepastian tentang apa yang bakal di lakukan oleh pembangkang. Ini mungkin amaran kedua bagi pucuk pimpinan, dan untuk yang ketiga kali aku pasti gelombang yang bakal datang pasti tak mampu di tangani jika tiada pembaikkan da perubahan di Perlis.


Di Peringkat kebangsaan pula, bukan lagi gelombang yang menimpa, tapi dah terjadi tsunami, yang melanda dan di seluruh negara yang menyebabkan beberapa buah negeri telah jatuh kepada pembangkang, beberapa orang menteri kanan, juga orang-orang penting parti juga telah kecundang di tempat masing-masing, sesungguhnya tsunami ini telah banyak memakan mangsa nya hingga melemaskan Perdana Menteri sendiri , satu gelombang yang dahsyat, yang tiada sejarah seumpamanya dalam BN , yang jelas menunjukkan bahawa rakyat bersuara terhadap isu-isu masa kini yang amat menuntut perhatian dan tindakan dari kerajaan. Hingga hari ini Pulau Pinang, Kedah, Perak dan selangor telah selamat mendapat Ketua Menteri dan Memteri Besar baru yang bakal merubah cara pentadbiran yang lama, sejauh mana janji-janji yang telah di war-warkan itu nak dilaksanakan, akan kita dapat saksikan dan pantau dalam masa 4 - 5 tahun ini, dengan mendapat hasil mahsul dari negeri-negeri ini, sudah pasti pembangkang boleh bangun untuk mentadbir dan menguruskan negeri bahkan parti di seluruh negara.




Hari ini Pak Lah Mengangkat sumpah sebagai PM dengan membawa modal majoriti mudah untuk membentu kerajaan. (gambar : the star)



Juga yang akan menjadi persoalan, adakah pemerintahan pembangkang ini akan telus, amanah, adil bahkan berhemah (t) seperti yang mereka kehendaki semasa menjadi pembangkang dulu, adakah rasuah, kronism, nepotism akan terhapus? adakah sports toto, magnum 4D dan seumpamanya akan di benteras dan di tutup? adakah kelab-kelab malam akan di tutup, kedai kedai jual arak akan di tutup, jenayah dan maksiat akan di benteras? Maka sama-sama lah kita tunggu dan lihat, sesungguh nya aku amat suka, amat seronok dan amat menyokong sepenuh hati ku jika semuanya berlaku, dan sesungguhnya jika semua ini terjadi, tidak teragak-agak lah hati ku ini untuk menurut dan patuh sepenuhnya.


Juga perlu kita ingat, bahawa bila kita berada di bawah, lebih mudah kita berteriak, menunjuk-nunjuk, membetulkan, juga mencari salah orang yang berada di atas, dan bila kita berada di atas, baru lah kita akan tahu bertapa sakit nya bila berada di atas, penuh dengan godaan, permainan, sepak terajang, nista mau pun fitnah. Semoga mereka tak akan jadi seperti mereka yang telah di jatuhkan.


Comments

Popular posts from this blog

Kalau Grab di Perlis - Inspired By Copilot

Entri kira muat...

Kasihani lah....