Skip to main content

Virus Attack!!


Pernah kah anda terfikir, pada suatu hari, anda dapati anda dah tak seperti biasa, terdapat tanda-tanda yang anda sudah tidak sihat seperti biasa, sudah terdapat tanda-tanda yang anda mempunyai penyakit yang akan anda hadapi dan terpaksa anda rawat, jaga pemakanan dan tukar rutin lehidupan anda? Dimana keadaan kesenangan dan keseronokan cara hidup anda ini terpaksa di tukar kearah cara hidup yang lebih sihat, dan lebih baik. Ok make it simple, bila kita perlu tukar ke cara hidup yang lebih sihat, bermakna sekarang ini anda tidak lah se sihat seperti yang anda fikirkan..? Jadi setiap sesuatu yang kita nakbuat, nak minum, nak makan kita always kena fikir tentang penyakit kita dulu.. pernah kah kita fikir akan berada dalam keadaan ini.. dan usia berapakah kita fikir kita akan berada dalam keadaan macam ni? Boleh kah anda terima kenyataan yang andah dah berpenyakit?!!!

Ini lah aku bayangkan.. ini lah aku fikirkan.. dimasa bengkak kaki aku mula membesar, dan bila orang lain tengok, 80% mengatakan ini adalah penyakit gout, 15% mengatakan aku kena gigitan serangga atau haiwan berbisa lain manakala 5% hanya sekadar bertanyakan kenapa kaki aku bengkak hingga sebegini yang mana aku sendiri tidak mempunyain sebarang jawapan, klu dan tanda-tanda dari mana dia datang atau macam macam mana dia boleh datang. Berpandukan kepada pendapat survey, makan mau tak mau terpaksa lah aku menerima kenyataan bahawa aku kini ada penyakit, penyakit yang kebanyakkannya di hidapi oleh pakcik-pakcik (pasal 89% pesakit gout adalah lelaki) yang berumur 40 tahun keatas.

Jadinya semalaman tu aku tidor tak lena memikirkan bahawa kini aku dah ada penyakit, dah mempunyai satu tanda bahawa umur aku dah meningkat, penyakit dah ada.. da lepas ni ntah la apa lagi yang akan datang kan.. pasal kalau penyakit gout ni boleh juga terjadi jika terdapat kegagalan buah pinggang, yang mana boleh meningkat risiko sakit jantung, stroke dan sebagainya.. dan punca pada penyakit ni adalah kerana makannan juga.. tengok tu, punya baguih cari maklumat sana sini mentelaahnya sampai kan kadang aku takut, kadang berasa lega .. kadang aku rasa macam aku terlebih dapat maklumat saja.. menjadi aku makin takut..

dan pada 2/3 ari tu.. sekali lagi pergi ke klinik, klinik lain pulak.. pasal klinik yang aku pergi kali pertama sehari sebelumnya tuh, hanya bagi aku pain killer ngan ubat sapu yang aku rasa sesuai untuk mengurut kaki yang tergeliat (terseliuh), dan di Klinik Dr Rohimi ni aku dilayan agak baik la sikit, ada juga di tanya tentang sedikit latar belakang penyakit keluarga aku, juga ada buat pemeriksaan tekanan darah dan juga tahap kandungan gula dalam darah.. jadi pada kesimpulannya.. ada juga pemeriksaan.

Hasil dari pemeriksaan doktor ni, bahawa sebenar nya aku tak dak gout (seperti yang aku igaukan ni), juga di dapati kandungan gula aku di paras normal, tapi aku dinasihatkan untuk menurunkan kandungan gula ni, jadinya erti kata lain aku dikehendaki kurang makan, kurang akan malam, banyakkan bersenam dan juga banyak minum air masak, juga kurangkan pengambilan gula. Tekanan darah aku hanya dia kata acceptable sahaja pasal jantung aku berdebar juga keadaan masa petang yang aku pergi check tu. Jadinya apa yang aku takut di atas tu belum lagi sampai.. hanya peringkat warning yang mana kalau aku terus berkeadaan sekarang mungkin juga akan jadi pada ku nanti. Hu huu.. ngeri juga mimpi aku ni.....

moral of the story..
jangan cepat panik
jangan mudah terima pendapat orang
jangan terlalu banyak dapat maklumat..
Posted by Picasa

Comments

Popular posts from this blog

Kalau Grab di Perlis - Inspired By Copilot

Entri kira muat...

Kasihani lah....