Skip to main content

Menanti Mentari muncul






Dah lama sebenarnya bila hujung minggu ni, kami betul-betul berada di rumah, biasanya ada saja aktiviti berjalan-jalan, aktiviti riadah, atau aktiviti balik kampung... entah kenapa, minggu ni teringat nak duduk di rumah saja, jadi sepanjang hari cuti ni aku berada di rumah, mengadap tv, mengadap athirah dan juga mengadap pc juga.. hanya ini lah aktiviti kami cuti kali ni. Untungnya bila duduk di rumah, boleh la makan masakan mem aku ni, pagi-pagi dia kata teringin nak makan gulai tulang lembu, bagi aku tak kesah la nak masak apa, aku kut saja la, jadi pepagi lagi dah kami pergi nat, cari tulang rusuk lembu dan juga ikan dan segala bala.. stok untuk seminggu!

Lepas makan tengahari, tak da apa nak buat masing-masing layan tv sajala, dan kebetulan ada F1 kat Sepang, jadi aku bersiaran langsung ke sana la.. dan bila berada di rumah bersama dengan Athirah, jenuh la dok melayan dia, bermacam-macam hal dengan dia ni, nak naik angin pon ada, nak tergelak pon ada, dan kebanyakkan nya ada lah nak tergelak la dengan keletahnya yang tak habis-habis dan bermacam-macam tu. Sekarang ni Athirah dah banyak perkataan yang dah boleh sebut terus tak pelat lagi dah, macam kalau dulu dia sebut 'amau' sekarang dah sebut 'tak mau', kalau dulu sebut 'nak agi', sekarang dah sebut 'nak lagi' dan kadang-kadang siap di tambah 'la' kat hujung, emm sapa tak tergelak, sapa yang tak tersenyum dengaq dia dok cakap!


Begitulah kisahnya, hujung minggu di rumah melayan Athirah yang bermacam-macam tu... begitu lah juga kisah hujung minggu di rumah sebelum gaji masuk.. waaa kaaa.. kaaa... !

Posted by Picasa

Comments

Popular posts from this blog

Kalau Grab di Perlis - Inspired By Copilot

Entri kira muat...

Kasihani lah....