Skip to main content

Gempar Sehari..

Kemarinkan, bagus punya plan nak makan-makan, yer lah dah lama mem aku tak masak, semenjak lekat perut nih, dia alah tak leh bau wap masakan.. mesti nak mun*ah punya... dan dalam sepanjang tempoh ni dok makan hasil chef kak aku tak pun che bertauliah di kedai saja la.. Awal pagi lagi dalam kol 9.00 pagi dah bertolak hantar Athirah ke umah pengasuh dia la.. kesian lak nak bawak panas tul sekarang ni... lepas hantar Athirah pegi lak Nat (pasar minggu) Simpang Empat beli ikan , ayam serba sikit untuk dimasak tengah hari.. dah siap beli semua hujan turun lak.. lebat juga la.. terpaksa la tunggu dalam 10 minit baru la boleh balik.. on the way balik singgah kat CIM* Kuala Perlis, nak settle masalah insuran mem.. dalam kol 12.30 baru lah sampai umah dan mula masak, dalam kol 1.15 baru la siap nak makan... masakn simple jer lah macam ni..
Baru saja nak duduk mengadap makan ni, tiba-tiba (hmm ayat standard suspen ni...) telepon mem aku bunyi, rupa-rupanya telepon dari kak ipar aku yang bagitau yang mak mentua aku kena patuk ular, ular tedung senduk.. siap nangis-nangis lagi kak ipar aku.. lepas to call pak mentua aku, tang angkat.. ingatkan dia gi masjid ka mana ka, rupanya dia dah carry dengan moto pergi ke klinik kesihatan Simpang Empat, dari klinik kesihatan terus di bawak ke Hospital Tuanku Fauziah Kangar dengan ambulan.

Dah tau keadaan baru la kami sambung acara yang terhenti.. hu huu makan-makan kena jeuga la.. (nasib baik mem aku tak panik kali ni, boleh relak-relak dan makan-makan tak kalut2 nak gi spital..)
Dalam pukul 2.30 baru kami sampai kat spital .. walaupun tak leh masuk dalam wad tu, kami masuk jugak lah nak tengok keadaan mak mentua aku tu macam mana, menurut cerita mak mentua aku, kejadian ni berlaku dalam bilik air masa dia nak amik bekas sabun yang terjatuh, dan agak tersembunyi di belakang pintu bilik air.. hmm bilik air umah kampung ni biasanya bersimen sahaja dan berlumut macam tu.. dah tu agak suram jugak.. masa nak amik tu la ada ular bersembunyi dekat situ, bila mak mentua aku sua jer tangan.. terus ular tu nak patuk, sempat jugak mak mentua aku ni tarik tangan tapi terkena juga siongnya (taring).. hanya terdapat kesan calar macam di cakar kucing .. tapi sebagai langkah keselamatan kena juga di masuk ke wad selepas di ambil sample darah dan urine.
Malamnya sekali lagi kami pi jengok.. dan sempat la diaorang dok mesyuarat siapa yang nak temankan mak mentua aku malam tu, yer la walaupun langkah jaga-jaga sahaja, tapi mak aku ni selalu juga pening-pening dan sakit kepala, jadi selepas habis mesyuarat, maka menantu baru lah yang kena jaga, yer lah depa masih muda dan juga tak der anak dang tanggungan lain jadi.. kena la jaga kan..? Mem aku mesti la terlepas pasa kategori OKU .. yer la mana ada upayanya dah tido atas kerusi kan, kak ipar aku dah ada anak kecik (sebaya Athirah).. dan biras aku juga ada anak kecik (baru setahun).. jadi pakat terlepas la...

Comments

Neeza Shahril said…
awak masak sendiri ke? amboiiii.. cam tu boleh la mem berehat ye.. hehe
ish.. ngerinya jadi cam tu.. alhamdulillah mak mertua awak okay kan.. tu ke gambar ular yang patutk tu? dah kena ketuk ke?
Zul Abdullah said…
neeza,

Mem la yang masak tu, saya ni makan saja pandai, masak hmm... kat kedai saja la... alhamdulillah semuanya ok, seleaps dua malam stay di wad.. dah boleh balik...
kuIna said…
ms mula dok sini jran sblh tegur, mlm2 2tup tngkap nanti ular masuk.. sbb rmhnya telh dimasuki oleh reptilia tu. sjak hr 2 tak berani dah buka tngkp w/pun siang.

Popular posts from this blog

Salam Ramadhan

Entri kira muat...

Daulat Tuanku