Skip to main content

Eh... ape hal ni..?

Nih siapa nih, mai mana anak dara ni? He .. he jangan ko cuba nak berfikiran yang bukan-bukan yer.. jangan cuba di gossip2kan.. sebenarnya ini ada lah salah seorang student Kolej komuniti Tambun Tulang yang sedang buat praktikal kat sini... dan kerana dia agak suka sengih dan ketawa, juga suka bersembang dan bercerita, sesaja lah aku letak ceritanya disini.

Semenjak dua menjak ni, ramai juga praktikal student yang singgah kat sini, semuanya dari pelbagai bidang dan institusi yang berbeza, biasanya dari UiTM Shah Alam, Arau, pernah juga ada dari UUM Sintok, dai USM Pulau Pinang, juga dari Politeknik Syed Sirajuddin, dan juga Kolej Komuniti... dulu, masa staf kat sini tak begitu ramai macam sekarang, hubungan antara student da pekerja agak rapat, student boleh kenal denga semua staf yang ada, bahkan boleh berkunjung kerumah staf.. dan depa pon kadang-kadang dah jadi macam staf.. boleh melibatkan dalam semua aktiviti, program dan juga bidang tugas yang berbeza. Tempoh masa 3 - 6 bulan sudah cukup untuk mengeratkan silaturrahim, malahan ada yang terus ke jinjang pelamin (aku diantaranya!....), dan kalau depa rajin, ingin mengetahui, komited dengan latihan paktikal ini, sebenarnya boleh dijadikan pengalama untuk mengharungi alam pekerjaan nanti...

Walaupun aku rasa pensyarah dan pelatih depa dah memberi taklimat, memberi penerangan dan tunjuk ajar sebaiknya, tapi kejutan budaya apa bila menjengah ke alam pekerjaan memang tidak dapat di hindari, budaya teori dan praktikal memangnya agak jauh jurangnya, itu pon bergantung kepada sektor yang dipilih, kalau sektor swasta dengan budaya kerjanya yang sendiri, tengat date line , dengan jadualnya yang ketat, kalau sektor kerajaan penuh dengan teorinya, mesyuaratnya, program amalnya, dan juga bidang tugas yang bermacam-macam di bawah tajuk terakhir dalam PTK yang mengambil kira 5% dari ruang kerja sebenar!

Begitu pun ini lah realiti pekerjaan, seminit kita terpegun , minit ke dua kita harus bergerak mengikut arus, kalau kurang ilmu kurang pengalaman jangan di coba melawan arus, akhirnya kita yang keletihan di tepi 'ban'. Sekarang.... student sekarang senang, datang praktikal sudah ada garis panduan, sudah ada skema dan kriteria yang di tetapkan. sudah ada standard yang perlu diikut, apa kelas key ini data, apa kelas nak buat filing surat, apa kelas nak buat pameran, apa kelas nak ikut program yang di anjurkan, mereka dilatih untuk jadi professional dalam bidang masing-masing, jadi kerja yang remeh temeh ni apa kelas kan? Tapi jangan lupa kerja remeh temeh macam ni kalau kita tak tau, macam mana nak conduct orang bawah, macam mana nak organise orang bawah bekerja denagn betul, dan macam mana nak tau perasaan orang bawahan.. ...

hu huu... panjang benau lak aku merapu, merepek dan meraban.. udah lah.. asalakn korang bahagia, udah la...

Comments

Neeza Shahril said…
entry ni dimuatkan kemudian ya.. hehehe..comel budak ni.. berkenan ke?? :P
Zul Abdullah said…
he hee nih antara entry-entry yng terpendam.. yang tak der idea nak mengarang.. so masukkan gambar dulu pastu baru post kan kemedian...

berkenan.. ? hanya berkenan dimata.. di hati jangan.. boleh di pandang ,.. di pegang jamgan... :)
Neeza Shahril said…
tapi kan, muka dia ada iras2 mem awak sikit2 la.. ;)

Popular posts from this blog

Khutbah Jumaat 08112024 - JAIPs secara ringkasnya.

She got the 'P'..